Followers

Saturday 12 May 2012

buat si dia, harap kamu baca



Aku try nak cari 1 ayat mudah, yang bisa membuat kau mengerti masalah aku, tanpa  ada rasa perjudis mahupun prasangka. Bukan aku mahu menunjuk siapa salah mahupun betul, jauh sekali nak menghakimi tindakan kau buat keputusan untuk putus kawan.

Berat hati si pembaca, berat lagi hati si penulis ni.  Kita pernah terputus hubungan 3 tahun lamanya kerana hal kita yang tak kesampaian. Masing – masing membawa hati yang luka dan biar masa yang mengubat segalanya. Bila hati kita suda redha, kita saling mencari, bukan untuk menjalin cinta, tapi utnuk menyambung kembali sisa – sisa persahabatan yang masih ada.

Aku sambut kehadiran mu sebagai kawan, malah aku tempatkan diri kau di posisi penting iaitu sebagai kawan baik aku.  Segala buku lama telah aku tutup, dan aku buka buku baru bersama mu, iaitu buku persahabatan.  Banyak jasa dan kebaikan yang telah kau beri, dan kepercayaan telah terbina antara kita sebagai sahabat. Biarpun berlainan jantina, aku pasti kau lebih mengenali hati budi ni lebih baik dari orang lain.

Ya, aku telah ada penghuni baru dalam hati ini, mungkin silap aku tak memberitahumu hal ini sejujurnya. Bukan niat aku untuk melukakan hati sesiapa, sebab itu aku pendam dahulu rahsia ini, kerana aku takut kau mungkin terkejut dan berasa terasing.  Buat pengetahuan mu, aku mmg agak bz dua bulan lepas. Tak percaya? Pg tanya housemate aku, jadi pengarah project, assignment, praktikum dan segala bagai. Jangankan nak meluang masa untuk kau, dengan awek aku sendiri pun aku tak layan. Makan minum aku pun entah ke mana, itu belum lagi waktu tidur yang kadang - kadang cuma berbaki 3 jam sehari. 

TIada sebab untuk kau rasa terasing, aku tak pinggirkan kau, aku cuma bz. Ini mmg routine aku sebagai student IPG, life kami sangat2 bz di pertengahan sem. Mana tak nya, assignment sampai 10 nak kena hantar, tu belum lagi final project, praktikum apa semua.

Sejujurnya aku tak pinggirkan kau, kau masih kawan baik aku. Aku Cuma perlukan 1 waktu yang sesuai untuk beritahu aku ada seseorang. Aku terkejut kenapa kau amik keputusan untuk putus kawan? Tak perlu cam tu, Aku tak simpan dendam akan perpisahan dlu, kenapa kau masih mengulang sikap yang sama?

Yang keliru,
Anept malek

No comments:

Post a Comment