“Kalo tak de apa – apa untuk dibincangkan, kita akhiri mesyuarat olahraga kita malam ini dengan tasbih kafarah dan surah al –as” Aku tutup mesyuarat dengan nada hormat dan aku mintak semua ketua dan penolong ketua unit sem 5 untuk tunggu sebentar.
Abang – abang dan kakak – kakak guru DPLI beransur meninggalkan bilik mesyuarat dan tinggalkan aku dan beberapa guru pelatih yang sama batch. Aku bangun dari tempat duduk pengerusi majlis dan bergerak dekat dengan mereka. Mengambil kerusi terdekat, dan cuba berlagak biasa, aku rendahkan nada tone, dan mula buka bicara.
“ok korang, pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi hadirkan diri pada mesyuarat malam ini. Cuma ada satu part saya nak korang tahu yang mesyuarat bermula pada pukul 9 dan kita terpaksa menunggu 3 per 4 ahli untuk memulakan mesyuarat pada malam ni. Tadi kita terpaksa mula pada pukul 9.15 malam dan target aku, kita habis mesyuarat ini pada pukul 10. Ini bukanya satu amaran atau rasa amarah, Cuma satu peringatan tentang masa sebab muslim yang baik sering mengingatkan saudara – saudaranya.” Aku bernada serius tetapi masih lagi dalam lingkungan mesra.
Aku diam sekejap. Tengok wajah setiap ahli dengan sekali pintas. Dan aku juga harus sedar, mata mereka juga memerhatikan gerak dan nada aku menyampaikan mesej. Tone suara harus dikawal, perlahankan suara bila perlu agar tidak menimbulkan emosi – emosi yang negatif.
“sekali lagi, saya ucapkan terima kasih sebab sudi hadir, dan sila sampaikan salam sayang saya kepada mereka yang tidak hadir. Apa yang saya mintak malam ni, bila mesyuarat dipersetujui waktunya, sila datang tepat pada masanya. Benda ni pun boleh menyenangkan semua pihak, supaya selepas pukul 10.00 pm, waktu tu waktu individu, saya dah tak boleh kacau. Apa – apa hal, saya mintak maaf sekiranya nada suara saya tinggi atau terkasar bahasa. Terima kasih sebab datang” aku melihat setiap pasang mata di dalam bilik mesyuarat dan melihat anggukan kepala setiap ahli sudah cukup membuktikan mereka bersetuju dengan peringatan yang aku sampaikan.
Aku amik motor modenas dan bergerak balik ke rumah. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh jadi pengerusi projek olahraga tahunan maktab. Serius, ni semua atas perlantikan ketua – ketua unit yang nak kan aku jadi Pengerusi tahun ni. Atas sebab percaya dengan daya aku jadi ketua atau nak menganayai aku? Aku pun tak tahu. Tapi aku ni manusia ego, sekali diberikan tugas, aku akan buat dan bapak aku sendiri selalu cakap, hari ni kita tolak sesuatu tugas, sampai bila – bila pun kita tak akan belajar.
Jadi aku betulkan niat aku balik. Aku buat semua ni semua, pikul tanggungjawab sebagai ketua, pengerusi projek ape semua, sebab aku nak belajar. Aku nak belajar kawal emosi, aku nak belajar belajar untuk jadi pemimpin berkaliber, aku belajar untuk bertolenransi. Semua ni aku tak belajar dalam bilik kuliah, tapi belajar semasa proses kerja sama ada sebagai pemimpin ataupun orang bawahan.
Ilmu – ilmu tentang soft skill ni korang tak kan dapat secara total dari teori, tetapi dari pengalaman. So aku sahut cabaran ni. Timba pengalaman dari setiap saki baki waktu yang bertempoh 2 tahun untuk aku jadi manusia yang berkaliber kat maktab ni.
do the best .. hehehe .. insyaAllah semuanya akn baik-baik aja :)
ReplyDelete