Followers

Tuesday, 21 February 2012

Jalan - jalan di Pantai Ketapang

dua tiga hari ni rasa malas nak menulis, sebab assignment aku dah bertimbun.  Kalah timbunan baju yang belum dilipat atas katil tu.  



Dua tiga hari ni gak aku sering dilanda masalah jiwa - jiwa yang menyebabkan emosi kejantanan aku agak terganggu. Tolonglah kaum wanita, fahamilah lelaki, kami bukan plastik yang korang boleh campak tepi jalan, pastu bila korang rasa nak guna untuk bungkus sampah, korang tanpa segan silu untuk kutip semula plastik tu (demi kepentingan korang).




Tolonglah belajar untuk tidak menjilat ludah sendiri, dan yang penting jangan meludah sesuka hati. Aku tahu niat di hati itu suci, tapi kesilapan lama tak mungkin boleh reverse sesuka hati. Aku pun manusia, ada hati dan perut, kalau usus perut yang panjang boleh terluka, inikan pula hati yang aku tak tau saiznya besar mana.. 






Orang di sini hargai niat orang di sana untuk menjalinkan persahabatan seperti dulu. Dengan harapan, persahabatan yang dulu boleh dirungkai  dan dibina dengan memori baru yang boleh disulam ketawa dan mesra?








Tapi apa guna persahabatan kalau dulu dah pandai mencaci dan menghina sesuka hati? Hanya diperlukan ketika merasa diri perlukan seseorang untuk mendengar masalah engkau yang tak seberapa? Sedangkan aku di sini penat menjadi lebai mendengar rungutan engkau, sedangkan semua masalah aku hadam sendiri.






Aku tak perlukan sahabat macam tu. Perlu ke aku foward balik msg dulu? Msg yang pernah kau send dengan rasa marah, dan disulami dengan rasa bangga kerana puas menjatuhkan aku dengan kata - kata cacian? Tak perlu rasanya kau tulis kau tiada lagi perasaan pada aku lagi, kerana aku pun sudah tawar hati dengan perangai bongkak mu. Sering merasakan diri mu kononnya diabaikan oleh kekasih, sedangkan bila aku merayu, kenapa hendak menoleh pun  rasa tak sudi?




Kenapa hendak dihulur pinangan persahabatan sedangkan dulu aku ni menjadi bahan gelakan dan plastik sampah di benak hati engkau. Bukan aku tak sudi berkawan, cuma aku dah tawar hati.






Carilah lelaki lain yang boleh mengisi kekosongan di hati kau, mungkin sebagai kawan, sebagai kekasih atau sebagai suami tapi sila pastikan lelaki itu bukan aku. Bukankah engkau sendiri bangga menceritakan kau teruja bila ada lelaki baru yang ingin berkenalan dengan mu? 


salam friends? nah, i dont think so. Aku lagi aman sebelum kau hantar sms pada malam tu...





No comments:

Post a Comment