Followers

Sunday, 12 February 2012

kerinduan ( jiwang part 2)

Malam ni aku rasa malas nak siapkan assignment yang lecture bagi. Tutorial pun aku tak sentuh. Macam mana nak buat, pendorong tak de. Sejak dia tinggalkan aku 3 hari lepas, aku rasa hidup aku macam tak lengkap.

Kalau dulu si dia yang selalu temankan aku malam – malam buat assignment. DIa tak banyak karenah, kalo aku suruh buat benda tu, dia akan buat, kalau aku suruh photostate, buat salinan dokumen ke apa, dia akan buat laksana si isteri yang patuh pada suaminya. Dia tak banyak karenah. Sejak  kami berjumpa di Kuala Terengganu, aku da jatuh cinta pandang pertama kat dia. Terus aku masuk melamar sebab aku rasa kewangan aku da cukup time tu.


Sejak kami duduk sebilik, dia yang selalu temankan aku, time aku stress, time aku nak marah, dia tetap di situ menemani aku. Sedia mendengar keluhan aku setiap kali menyiapkan tugasan yang diberi.  Dia tak macam yang lain. Dia tak pandai nak marah kalau aku buat silap, dia hanya akan diam dan tersipu – sipu malu kalau aku puji “beruntung aku ada engkau”.


Pernah sekali dia buat hal, tapi sekejap je. Biasalah, adat perhubungan, pujuk memujuk tu mesti ada. Aku goda – goda dia, belai – belai, raba – raba sikit, ringan – ringan hingga terdedah apa yang sulit dan akhirnya dia tewas dalam pujukan aku. Akhirnya hubungan kami ok semula. Biasalah beb, ni semua melibatkan kemahiran dan keintelektualan, kalau tak penuh ilmu di dada, jangan mengaku diri tu lelaki.



Hari tu lecture macam tak puas hati dengan kerja aku. Dia suruh aku buat balik mana yang patut. Aku balik tu rasa stress gila. Rasa nak tampar pokok pisang je sebab pokok pisang tak boleh tampar balik. Masuk bilik, terus aku capai si dia, tapi si dia enggan. Macam mode dia tak baik time tu, dia tak nak ikut cakap aku lagi. Dia mula tunjuk keras kepala. Selepas setahun bersama, kenapa hari ni nak tunjuk keras kepala? Terus tangan kanan aku menampar mukanya, beberapa kali. Tanpa belas kasihan, aku tampar, ketuk kepalanya dengan keras. Tapi dia tak melawan, apa kan daya, dia insan lemah.



Selang seminggu, dia tidak lagi berinteraksi dengan aku. Tiada lagi bibit – bibit mesra, tiada lagi puji memuji, selepas kejadian itu. Yang tinggal hanyalah dendam dan ego aku yang tidak pernah padam. Pada malam jumaat minggu lepas, aku cuba merapati si dia kembali. Mungkin ada sedikit keredhaan dalam perhubungan kami berdua.

Aku tegur dia sambil tangan aku menyentuh tubuhnya lembut tapi dia diam, tiada lagi respond, aku raba nadi, tiada lagi denyutan. Aku mula panic, apa dah jadi? Aku  mula rasa gelisah, aku risau kalau si dia tinggalkan aku selamanya.

Aku mula call technician.  Technician kata, mungkin amik masa seminggu nak baiki dia sebab ada kerosakan mungkin akibat hentakan. Aku menyesal sebab menggasari kau, walaupun banyak jasa kau pada aku, aku tak pernah pun menghargainya. Aku harap ko cepat sembuh CIK PRINTER.

[HQ] Leessang - I AM NOT LAUGHING




No comments:

Post a Comment