Followers

Monday, 12 March 2012

Aktiviti masa cuti

Cuti - cuti gak, tapi kalo dah nama anak lelaki, wajib kita berbakti pada orang tua. Aktiviti aku selang dua hari lepas. Sampai Muar hari khamis, hari sabtu tu aku pergi petk buah dengan dua orang budak endon aku. Bambang (baju hijau) dan Samad (baju biru putih)

 Dulu Bambang kurus macam Samad, tapi sejak bekerja kat Malaysia selama 2 tahun (ikut kerja dengan bapak aku) badan dia ada sikit macam Sazali Samad dah.
OK, baju biru tu aku. Memang berat, ade dekat 25 kilo rasanya sebijik buah tu. 
Lepas petik buah, kitaorang akan hantar terus pada peraih (jarak dalam 500 meter dari kebun) . Kawasan yang kami petik ni kat Batu Pahat. Kalau kat Air Hitam, kitaorang akan hantar direct ke kilang proses sawit kat Muar. Harga jualan sawit tu akan lebih mahal kalau kita hantar terus direct pada kilang

 ni antara hasil petikan untuk bulan ni. Aku rasa bulan Mac ni, pokok - pokok semua masih lawas ( kuantiti buah yang kurang). Sebab kalau tanya mana - mana tokey Sawit pun, ada yang kebun diorang tak keluarkan buah lagi. 



huhu, ni anak tokey, rajin gila, umur baru 5 tahun, tapi dah belajar bawak benda alah apa ntah namanya. Tapi memang hebat r cara dia control. Tokey aku cerita, anak dia ni belajar bawak benda ni tahun lepas. Da macam mainan anak dia plak aku tengok. Korang tengok, cam mana bapak Cina didik anak dia. Dorang akan bawak anak dorang ke tempat kerja sejak kecil. Biar anak - anak dorang tahu susah senang mak ayah cari duit.

kerja budak ni, pastikan buah - buah yang dikumpul, dimasukkan ke dalam trellar menggunakan mainan dia.  huhu, aku suka tengok emosi budak tu waktu dia naikkan buah tu semua ke dalam trellar. Muka excited + happy + bersahaja. Ini budak memang beruntung. Kecik - kecik lagi ayah dia dah terapkan nilai proffesionalisme dalam anak dia.

Petang tu, aku pergi ladang nenas kat Air Hitam Muar. Ade budak endon yang kerja kat sana, call aku, ada buah nenas reject (cukup masak). Buah nenas reject ni, bukannya rosak, tapi buah ni perlu dijual ke pasar waktu dia mentah supaya waktu nak jual tu, buah dah tak busuk. Sebab tu peniaga suka amik buah mentah


huhu, kuning oren buah nenas ni. Memang manis la. Satu lori, harganya cuma rm 20 ringgit sahaja. Hidup kena pandai cari port murah :)


ni kuda poni aku, si coffee. agak kurus, mungkin sebab kuda betina aku dah mati. So kuda ni agak kesepian. X pe coffee, aku faham perasaan kau. Kita sama - sama lonely  
 aku tahu ko sedih, tapi apa kan daya. Rindu itu juga satu perasaan kan. ceh, berjiwang dengan kuda :)

 swimming pool, berenang dan berkuda....hobi dan sunnah. Memanah je aku x pandai lagi 



 mesti korang tertanya kan, nenas 1 lori tu nak buat apa. Jawapannya untuk santapan lembu - lembu ni. Sambil bagi makan ternakan, aku pun makan sekali.


lembu aku jinak, boleh usap - usap


 tarik telinga



tu je. thank u for blog-walking. Mode : malas nak menulis 

Monday, 5 March 2012

syok sendiri.....

credit to ayu sebab amik dan edit gambar ni. Korang boleh tengok hasil kerja dia kat link ni. Kira aku dah ada  member yang boleh aku tempah bila aku nak kahwin nnt. Jimat dah kos photographer. keh keh keh

Hidup kena optimist bro

Ada satu scene dalam hidup ni, hidup kita akan ditimpa satu dua ujian...Ujian yang kadang - kadang buat ko rasa  ko tak mampu nak hadapi seorang diri. Kadang - kadang ko terasa dianayai oleh pihak lain walaupun kadang - kadang ujian tu sebenarnya nak buat kau lagi matang, lagi dewasa, lagi kental dan macam - macam lagi.

Dipendekkan cerita, aku kena pergi buat praktikum kali ni sorang - sorang. Jarak dari rumah sewa ke sekolah dalam 18 kilometer. Banyak benda aku da rancang sebelum ni, tapi kalo dah nama perancangan manusia, bila - bila masa je Allah boleh ubah mengikut kehendakNya sebab Allah tu Tuhan Maha Berkuasa. 

Aku mula takut, serius fikiran aku negatif, negatif gila, gila - gila punya negatif. Aku mula terbayang yang kemungkinan aku akan mengalami satu dua pengalaman buruk kat sekolah tu nanti. Mungkin terlewat, mungkin motor rosak, mungkin itu, mungkin ini dan mungkin paling - paling buruk pun aku akan kemalangan sewaktu perjalanan ke sekolah nanti.

Check punya check, apa yang menggangu benak fikiran aku time tu, aku rupanya takut keseorangan. Aku takut buat kerja sorang - sorang. Aku takut bila aku perlukan seseorang untuk aku berkongsi masalah, orang tu tak de. Bila perasaan tu ada, secara automatik, perasaan negatif lain juga akan timbul.

Last - last bila aku pikir balik. tak patut aku rasa macam tu. Aku lelaki dowh, apa guna mak aku mengandungkan aku sembilan bulan dan dilahirkan menjadi lelaki kalo hal macam ni pun aku nak gentar. Aku terima. yeah aku terima sekolah tu. Aku terima dengan terbuka. 

Setakat sekolah jarak 18 km tu, ramai lagi cikgu yang jarak dari rumah beribu - ribu km, yet dorang teguh. Perempuan plak tu. Serius. aku cam malu ngan diri aku pagi tadi. Macam mana aku boleh biarkan diri aku negatif gila pagi tadi. Alhamdulilah, nasihat kaunselor buat aku sedar, masalah tu kecik je bro. Apa nak kisah. Time ni la kita belajar pikul pengalaman kan? belajar hidup sorang - sorang. Belajar jadi cikgu. Belajar jadi lelaki, belajar jadi orang dewasa. Mesti bapak aku bangga. kah kah kah

Moral of the story, hidup kena optimist bro. Kalo mental tak kuat, camna jasmani ko nak berfungsi.

 “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan
, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”

(Surah al-Insyirah: 5-6)


Sunday, 4 March 2012

aku dan business

assalamualaikum, yeah , assignment 50 percent sudah hampir siap. Teori  - teori psikologi pendidikan semua tu dah terhadam di usus perut.  Aku mula rasa loya bila teringat teori Skinner, dan sewaktu dengannya.  Sekarang aku nak focus pada kajian lapangan (seni bina) iaitu masjid Kampung Laut yang terletak di Nilam Puri Kelantan.

Sebelum aku mengolah, dan membuat apresiasi mengenai masjid tu.  Aku sempat - sempat jenguk blog business kitaorang.  Mungkin korang tak tahu, selain blog aku yang tak seberapa ni, ada 1 blog lagi yang aku kena handle bersama  dua orang kawan baik aku, Azyan dan Arham  iaitu http://noren-collection.blogspot.com/.


Untuk pengetahuan semua readers, blog ni terhasil dari usaha kami bertiga. Menggunakan kudrat dan modal sendiri, kitaorang nekad untuk tubuhkan 1 perniagaan. Melalui perbincangan dan pertukaran pendapat, maka terhasillah Noren Collection. 

Kami di NorenCollection menawarkan kualiti kain, shawl dan tudung yang terbaik dengan harga berpatutan.  Well, mula - mula agak ralat gak la nak urus benda ni sebab macam lari dari jiwa kelakian aku. Seriously.

Siapa sangka seorang guru pelatih lelaki yang mempunyai susuk tubuh yang agak segar bugar menjual tudung, shawl dan kain pasang? Aku sebenarnya tak biasa dalam bidang ni. Tapi kalau kita tak mencuba, sampai bila pun kita tak tahu. Betul tak?

Korang sendiri tahu yang berniaga dengan jual beli barangan halal adalah sunnah nabi. So why not aku amik peluang ni? Orang muda kan. Apa ertinya balik kuliah, hafal teori - teori. Cukup bulan praktikal, dan pergi dapat degree. Aku bukan orang macam tu. Aku sukakan cabaran. Aku tak suka makan gaji. Bila mengajar nanti, aku kena menerapkan nilai keusahawanan di kalangan murid - murid. Macam mana aku nak praktikan benda tu semua di kalangan murid kalau aku pun sendiri kerja makan gaji?



Dua tiga hari ni, memang agak terasa juga pandangan kawan - kawan lain. Mungkin sejak aku suka update pasal  business kitaorang ni kat wall facebook aku. Ramai yang tegur sambil senyum, "nak beli kain bang, jual tudung ke bang'? heheh . Aku senyum sambil tersipu - sipu malu.  Relax lar orang tegur tu sebab perihatin dengan perkembangan diri kita. Ambik nilai positif bro. Bila dia dah perasan pasal business ni, mesti dia akan bercerita pasal business ni pada kawan - kawan. Satu teknik marketing dengan kos yang percuma tu bro. Siapa yang nak bagi kan?



huhu, this my first business blog with my friends.  Agak kalut gak la mula-  mula sebab tak de pengalaman macam mana nak hidupkan 1 business online. Tapi alhamdulilah, pengalaman mengajar aku.  Banyak benda aku dah belajar, contohnya macam mana nak cari tempat marketing selain facebook. Aku belajar iklankan blog ni kat web - web yang agak popular dengan rating tertinggi.  Seriously, kalau tak join benda business ni semua, life aku mungkin sebagai guru pelatih dan  penternak separa proffesional.


p/s: dalam perancangan nak buat blog pasal business penternakan pulak :)

Saturday, 3 March 2012

aku dengan assignment

aku tak de idea nak buat assignment pasal


 'peluang ketidasamaan pendidikan di Malaysia, sebagai guru, huraikan strategi yang boleh diguna pakai dalam menangani isu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.


panjang tugasan mestilah 1500 hingga 2000 patah perkataan.


bukan susah pun. serius tak susah, aplikasi dalam kehidupan harian sebagai cikgu, beribu idea boleh menyingah. Aku kumpul maklumat sikit, baca buku, baca jurnal.


buat masa sekarang ni, aku baca 3 buah buku. 


Budaya Pembelajaran by Noreati Rasyid


Guru Sebagai Pendorong Bilik Darjah by abdullah Hasan Ainon Mohd


Psikologi Pembelajaran by Kamarudin Hj. Hassan


untuk jurnal. aku amik kajian 



BUDAYA SEKOLAH RENDAH: HUBUNGANNYA DENGAN
KEPEMIMPINAN, KOMITMEN ORGANISASI DAN PENCAPAIAN
AKADEMIK OlehYAAKOB BIN DAUD



PELUANG DAN CABARAN PENDIDIKAN DALAM KALANGAN 
MASYARAKAT LUAR BANDAR : 
SATU KAJIAN KES ISI RUMAH MELAYU MISKIN DI JAJAHAN 
BACHOK, KELANTAN 
SITI MASAYU ROSLIAH BINTI ABDUL RASHID 

actually, hari ni dan hari seterusnya aku malas sikit nak menulis, tapi aku target nak siapkan assignment tu malam ni, supaya cuti aku tak diganggu dengan hal - hal akedemik ni. Aku nak betul - betul relax waktu cuti sambil bermain dengan anak panda kat kebun. 


untitle

Jari jemari rakus menghentam keyboard dengan pantas seiring dengan idea dan luahan perasaan yang terbuku di hati. Setakat menulis luahan perasaan, apa la sangat permikiran ilmiah yang diperlukan? Sekadar menulis kerana aku sedar naluri menghentam orang itu sudah sebati di dalam diri. Penggunaan kata – kata kesat pastinya dapat menikam tuju ke hati yang membacanya. Lalu ditarik halus agar bisanya merebak ke ulu hati dan perlahan – lahan ke urat saraf.



Tapi aku tahu aku tak sekejam itu, cukuplah dengan kata – kata sedikit berlapik dilapisi dengan sopan keturunan. Tidak perlu rasanya aku menyusun kata – kata nista, kerana aku tahu kau juga manusia. Tak suka dilayani dengan cara jijik dan hodoh perlakuan. Cukuplah kau tahu, aku juga insan seperti mu. Makan nasi bersulamkan lauk, manakan tidak aku terasa dengan perangai mu serupa beruk?


Mode: layan lagu dangdut via vallen . 123 kali. 

Official Music Video Mirwana & Altimet - Itu Ini Begitu Begini + Lyrics on Video



Kau membisik, Kau memanggil,
Cuba mengheretku ke ruang fantasi,
Bicaramu menggoda, Semua bagai indah,
Hanya madah sia-sia, Racun berbisa..

(CHORUS):

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta..

(VERSE 1)

Aku merenung ke luar tingkap
Memikirkan masa aku yang kian singkat
Merancang usaha aku yang perlu ditingkat
Terkenang masa lalu yang lebih ringkas.
Pesanan ringkas di alat komunikasi,
Bisik belakang lagi gosip sensasi
Dulu geli hati pernah ku minati
Yang dahulu manis kini aku rasa basi,
Bila diumpankan secebis umpatan,
Yang lebih penting lebih senang dilupakan,
Yang gangsa digilap kita sangka emas,
Kaca dikejar yang berlian lekas terlepas
Nasi yang dikendong senang tercicir
Bila sibuk mengejar madu mengalir dari bibir
Yang dijual murah untuk beli sepah,
Hingga tubuh kebulur, dan rohani resah

(Chorus)

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta.

(VERSE 2)

Satu masa dulu kita dua sejoli,
di antara hobi, bercerita di kedai kopi
Hingga pukul 2 3 4 5 pagi,
Malam tua tapi kita masih muda lagi
Gerak pantas mulut manis bila ada gadis,
Macam baju tukar laju biar mereka menangis,
Tak heran ada yang lain lain,
Kita saing bukan sukan hanya main main,
Bukan tempat aku untuk mencemuh mencaci,
Tapi aku bukan, lelaki itu lagi,
Kau ada hidup kau aku punya hal sendiri,
Lihat aku punya masjid indah yang terdiri,
Jauh sekali tempat aku mengadili
Tapi aku harap kau pandai membawa diri,
Kalau jumpa diluar pasti bertegur sapa,
Jemput ke rumah aku kalau ada masa,

(BRIDGE):

Helah dan dusta punca sengketa,
Menghancurkan segala,
Bawa sengsara dan airmata..

(Chrous X2)

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta

Read more: http://www.liriklagumuzika.com/2011/09/lirik-lagu-itu-ini-begitu-begini.html#ixzz1o4FIqJCD