Cuti - cuti gak, tapi kalo dah nama anak lelaki, wajib kita berbakti pada orang tua. Aktiviti aku selang dua hari lepas. Sampai Muar hari khamis, hari sabtu tu aku pergi petk buah dengan dua orang budak endon aku. Bambang (baju hijau) dan Samad (baju biru putih)
Dulu Bambang kurus macam Samad, tapi sejak bekerja kat Malaysia selama 2 tahun (ikut kerja dengan bapak aku) badan dia ada sikit macam Sazali Samad dah.
OK, baju biru tu aku. Memang berat, ade dekat 25 kilo rasanya sebijik buah tu.
Lepas petik buah, kitaorang akan hantar terus pada peraih (jarak dalam 500 meter dari kebun) . Kawasan yang kami petik ni kat Batu Pahat. Kalau kat Air Hitam, kitaorang akan hantar direct ke kilang proses sawit kat Muar. Harga jualan sawit tu akan lebih mahal kalau kita hantar terus direct pada kilang
ni antara hasil petikan untuk bulan ni. Aku rasa bulan Mac ni, pokok - pokok semua masih lawas ( kuantiti buah yang kurang). Sebab kalau tanya mana - mana tokey Sawit pun, ada yang kebun diorang tak keluarkan buah lagi.
huhu, ni anak tokey, rajin gila, umur baru 5 tahun, tapi dah belajar bawak benda alah apa ntah namanya. Tapi memang hebat r cara dia control. Tokey aku cerita, anak dia ni belajar bawak benda ni tahun lepas. Da macam mainan anak dia plak aku tengok. Korang tengok, cam mana bapak Cina didik anak dia. Dorang akan bawak anak dorang ke tempat kerja sejak kecil. Biar anak - anak dorang tahu susah senang mak ayah cari duit.
kerja budak ni, pastikan buah - buah yang dikumpul, dimasukkan ke dalam trellar menggunakan mainan dia. huhu, aku suka tengok emosi budak tu waktu dia naikkan buah tu semua ke dalam trellar. Muka excited + happy + bersahaja. Ini budak memang beruntung. Kecik - kecik lagi ayah dia dah terapkan nilai proffesionalisme dalam anak dia.
Petang tu, aku pergi ladang nenas kat Air Hitam Muar. Ade budak endon yang kerja kat sana, call aku, ada buah nenas reject (cukup masak). Buah nenas reject ni, bukannya rosak, tapi buah ni perlu dijual ke pasar waktu dia mentah supaya waktu nak jual tu, buah dah tak busuk. Sebab tu peniaga suka amik buah mentah
huhu, kuning oren buah nenas ni. Memang manis la. Satu lori, harganya cuma rm 20 ringgit sahaja. Hidup kena pandai cari port murah :)
ni kuda poni aku, si coffee. agak kurus, mungkin sebab kuda betina aku dah mati. So kuda ni agak kesepian. X pe coffee, aku faham perasaan kau. Kita sama - sama lonely
aku tahu ko sedih, tapi apa kan daya. Rindu itu juga satu perasaan kan. ceh, berjiwang dengan kuda :)
swimming pool, berenang dan berkuda....hobi dan sunnah. Memanah je aku x pandai lagi
mesti korang tertanya kan, nenas 1 lori tu nak buat apa. Jawapannya untuk santapan lembu - lembu ni. Sambil bagi makan ternakan, aku pun makan sekali.
lembu aku jinak, boleh usap - usap
tarik telinga
tu je. thank u for blog-walking. Mode : malas nak menulis
No comments:
Post a Comment