cuti....lecture bagi assignmentsssssssssssss...........tapi aku rasa assignment bapak aku penting lagi. So 3 hari dari 7 hari cuti tu, aku tolong bapak aku siapkan thesis PhD dia . Tak de tolong mana pun, tolong susun2 sikit, tolong tengok2 mana tau ada kesilapan ayat atau ejaan. Dan tolong bagi sokongan moral kat bapak aku.
drive dari Muar untuk sampai ke UTM Skudai, makan masa dalam 2 jam setengah. Sampai sana, terus kami ke Fakulti Pendidikan UTM.
Lepas jumpa timbalan dekan, kami terus ke pejabat lecture bapak aku. Aku dengan adik aku, tunggu kat luar, sebab bapak aku ada personal talk dengan Dr Lecture. Mungkin untuk pembetulan sikit Phd dia
Entah cam mana, mana aku boleh ternampak carta pai ni. Agak interesting bagi aku, lebih sistematik. Yer la, dalam 8 masa tu, cuma dua jam sahaja ko berada di pejabat, 6 jam lain, tugasan luar, bestnye.
aku rasa dah 10 tahun gak bapak aku sambung belajar kat sini. Dari umur aku 12 tahun, aku dah jejak kaki ke UTM sebab follow bapak aku buat Master dengan kawan - kawan dia. Bapak aku pernah cerita, kawan - kawan yang buat master dengan dia dulu, ramai dah jadi Dekan, Prof Madya dan macam - macam lagi.
Aku tau, bapak aku rasa dia mungkin agak terlewat berbanding kawan - kawan dia yang lain. Aku tau perasaan dia sekarang ni. Bapak aku sambung belajar semua pakai duit dia sendiri, bukan full time, tapi part time. So bagi aku, bapak aku dah cuba yang terbaik mungkin dalam hidup dia. Dengan nak uruskan kerjaya sebagai guru, sebagai pekebun, sebagai student Phd, dan paling penting sebagai bapa. Tak de manusia yang sempurna, memang tak de kecuali nabi dan Rassul saje.
tapi bapak aku buktikan, manusia memang tak sempurna serba serbi, tapi usaha dan tekad menjadikan dia lebih ke depan dari diri dia sebelum ni. Jadi jangan mengalah, teruskan usaha, walaupun kadang - kala hidup penuh masalah, dibelenggu kerisauan dan keraguan, selagi ada doa, usaha dan tawakal Insya Allah, Allah buka jalan.
UTM tak banyak berubah, bangunan yang besar tu masih tersergam indah seperti 10 tahun yang lepas. Yang berubah hanya diri kita. Adakah kita semakin maju ke depan? atau semakin mengundur ke belakang. Semuanya terpulang pada diri kita sebenarnya.
bukan senang nak sambung belajar, mungkin semangat diri berkobar - kobar, diobori dengan api jiwa muda. Namun si tua telah tunjukkan realiti hidup tidak semanis yang disangka, hidup bukan di angan jenin, menunggu puteri raja jatuh dari langit, akhirnya rebah ditimpa angan pelamin.
Si tua tinggal jejak, bukan bermaksud berlagak, jauh lagi membangga diri, tapi ingin tunjukkan jalan pada si muda. Tunjukkan jalan, bahawa hidup memang perit, tetapi perit itu mendewasakan kita, Berikan pilihan yang membencikan, tetapi pilihan itu mengajar si muda bahawa tidak semua kita nak akan kita dapat walapun dengan usaha menggunung kerana semua ketentuan di tangan Tuhan.
Berikan duri, berikan mata hulu pedang, berikan cangkul, berikan ilmu, curahkan pengalaman. Biarpun perit, biarpun jatuh, biarpun tersungkur, si tua sentiasa cuba meyakinkan si muda, hidup memang begini, tetapi manusia masih mampu mengubahnya selagi usaha, doa dan tawakal menjadi hulu mata pedang di setiap benak hati anak muda. Jangan takut terjatuh, jangan takut tersungkur, jangan takut tersilap kerana itu proses belajar, tapi jangan sekali rebah tanpa sebarang usaha, ibarat melarikan diri dari medan perang. Berdosa besar hukumnya.
betulkan sikit lagi je bah, insya Allah, pasni dapat Title Dr.... |
Thank u dad, biarpun pagi tadi aku baru je peluk abah aku sebelum balik ke Kuala Terengganu, aku mula rasa yang jauh di sudut hati, risaukan keadaan dia sekarang. Aku tahu, yang dia sedang berusaha, dan aku rasa dia pun tahu, aku semakin dewasa. Hasil acuan seorang ayah yang tak pernah kenal erti lelah, mana mungkin aku sebagai anaknya tunduk mengalah....
nice...besar pengorbanan ayh awk untuk ank2 dia..dan awk plak...alhamdulillah mampu rasa apa yg dia lakukan..(fhm ke x ape yg sy ckp ni?) :')
ReplyDelete