Followers

Friday, 30 March 2012

monolog lelaki ~

Jam di handphone menunjukkan 6.43 petang, aku masih lagi di atas motor modenas 100 cc, sementara menunggu warna lampu traffic light bertukar colour dari merah ke hijau. Sambil melihat kiri dan kanan, sempat aku mengushar awek UNIZA yang bertudung labuh biru. Kelihatan anggun beliau di atas motor Ego nya yang berwarna hitam.



Masuk hari ni dah 2 minggu aku balik kerja petang, jarak 25 km dari rumah ke sekolah membuatkan aku terpaksa berulang balik 50 km sehari semata- mata kerana tugas aku sebagai cikgu. Dalam hati aku bermonolog, kenapa perlu mengeluh? bukan kah ini juga satu cabaran dan pendidikan? be strong Anept.  Lampu merah sudah pun bertukar warna, warna hijau menjadi penganti, pantas aku pecut motor dan meninggalkan awek bertudung labuh tersebut.





Motor modenas aku memecut dalam kelajuan biasa - biasa, tidak perlu rasanya aku pulas minyak sampai 110 km per hour kerana jarak hanya tinggal dalam lingkungan 10 km. Sedang aku mengelamun sorang - sorang atas motor, mata aku terpandang sesuatu yang mengasyikkan. Awek kampung yang berpakaian pink serba sendat, sedang asyik memeluk erat teman lelakinya di atas motor Rxz Catalayzer. Rambut awek tersebut terbang menghurai ketika motor bf nya melayan bahtera jalan raya mencilok di celah - celah kereta  ibarat kapal yang dikemudi di  lautan yang dipenuhi iceberg.



camni la lebih kurang


Dalam hati gua yang masih teruna, " kan best kalo ada awek camtu, boleh teman aku balik sekolah hari - hari, tak lar penat cam ni. Pelukan erat dari seorang tangan wanita pastinya mampu mengubat sakit belakang aku, dan sekaligus mengantikan peranan kusyen empuk ibarat orang yang baru sahaja memandu kereta baru. Gua lelaki, pastinya gua pervert.

Tapi apakan daya, gua cikgu, mana boleh gua tunjuk perangai sebegitu rupa. Macam mana aku nak nasihatkan anak - anak murid perempuan aku supaya jangan ikut jantan betengek atas motor, kalo aku pun angkut perempuan naik motor bertengkek di belakang gua. Mesti dorang claim aku ni sekufu sekafat dengan boyfriend dorang, oh ini tidak patut sama sekali.




Perjalanan ku teruskan jua, walaupun sebagai lone ranger, lagu lara hati by kato bagaskara menjadi alunan yang menemani perjalananan di senja magrib. Semua sudah pulang ke rumah di sambut keluarga yang tercinta. Sedangkan aku balik ke rumah disambut assignment. Semua housemates aku yang 4 orang tu pergi jadi facilitator pengakap untuk budak - budak sekolah rendah selama 2 hari 1 malam.  Rumah terasa sunyi dan sememangnya aku manusia yang tak sukakan kesunyian.




Aku suka life aku sekarang, aku rasa aku di track yang betul. Maksud aku, aku pergi praktikum, belajar jadi cikgu, a real teacher i mean. Belajar uruskan 2 3 perkara dalam 1 masa. Belajar untuk bekerja di bawah tekanan. Belajar untuk jadi orang bawahan yang menerima arahan. Dalam 2 minggu ni,  aku rasa banyak benda aku belajar.




cuma bila menyentuh skop status "masih belajar", aku kadang - kadang terasa down. Down bukan kerana apa, down bila ada awek - awek yang cuba nak berkenalan, soalan dia, mesti tanya " awak habis belajar bila?" "lama lagi tak habis?" . Pasti ramai yang pelik, soalan tu pun rasa nak down? OK soalan tu sebenarnya cam satu soalan menduga kewibawaan aku sebenarnya.

lately, ramai kawan - kawan perempuan aku yang dalam rancangan nak betunang dan berkahwin, and of course, bf/ tunang dorang tu semua dah ada 1 pekerjaan tetap. Bila aku try compare dengan diri aku dengan bf dorang, even aku 22, aku rasa stess, sebab aku tak bekerja. Jangan sentuh pasal pekerjaan perladangan dengan ayah aku, sebab tu harta dia, bukan harta aku. Aku perlu belajar kumpul harta sendiri, kumpul duit sendiri.



Entah kenapa aku rasa 1 tahun setengah tu macam 1 jangka masa yang lama. Kalo aku ada awek? mampu ke si dia tunggu aku? Kalau dia mampu, parents dia rasa berbaloi ke anak dia dara dia untuk tunggu aku habis belajar dan kumpul duit semata - mata nak bernikah dengan anak dia?

Gaji aku bukan besar, even ramai yang cakap gaji cikgu sekarang best. Banyak benda aku nak capai, cuma fikrah manusia yang berjantina lelaki dalam diri aku selalu mendesak untuk berkahwin. Tapi kemampuan tu masih tak de. Aku selalu terpikir, kalau aku nak kahwin, maksud aku, untuk buat kenduri apa semua. Aku rasa aku dah mampu, sebab ayam - ayam tu semua aku ada,  lembu - lembu bapak aku bersepah kat ladang tu, tinggal nak tumbang je. Cukup syarat untuk bagi menjamu tetamu - tetamu yang datang. Cuma aku takut aku jumpa jodoh yang pentingkan glamour, ikutkan sangat trend nak jamuan mewah - mewah. (itu baru majlis kahwin, belum life seterusnya lagi)




Siapa yang nak perempuan kaki boros kan? tapi kalo dah nama nya sayang, gunung emas pun boleh lebur.

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, tapi aku sendiri tak sure aku ni dalam kategori yang baik - baik atau sederhana atau sebaliknya.

argh, banyak benda plak bercelaru bila pikir pasal jodoh. senang cita cam ni, aku belajar bagi habis, baiki ahlak aku, kumpul duit, kumpul harta. Bila dah rasa ready nak kahwin, aku iklankan diri aku kat blog ni, setel~

wat cam ni, 

Friday, 23 March 2012

cikgu la sangat......

Jam loceng berwarna biru laut begitu asyik menjerit – jerit di jendela cermin. Alunan – alunan jeritannya begitu rakus menendang – nendang eardrum sehingga membuatkan aku tersentak dari tidur yang hanya berbaki 3 jam.

Argh,  kenapa perlu ada ayat – ayat touching ni. Dipendekkan cerita, aku kena buat praktikum. Kalo kat university, korang lebih sinonim dengan ayat praktikal.  Praktikum ni satu cara untuk aku tambah skill mengajar. Dari aku duk 8 sem duk ngadap buku ngan laptop je, mana ada feel. Sekali sekala kena lah ada hands on, baru betul content knowledge dengan skill ko tu bersepadu di satu title mahasiswa pendidikan.
realitinya, gua tak sehandsome seperti di atas, sila kecewa

Cukup dengan intro di atas.  Blog kali ni tak de pasal cinta- cinta, pasal hakikat lelaki mengejar cinta perempuan, tak de~ dah lama aku tinggalkan title mat jiwang. Aku sekarang bergelar cikgu, perlu untuk  aku tunjukkan satu pembawa watakan manusia yang  baik, cemerlang dan positif thinking kepada anak – anak murid gua. Walaupun pada hakikatnya aku bukan begitu.
Katakanlah aku hipokrit, tetapi aku tak kisah, kerana semua manusia perlu membawa 1 atau 2 watak lakonan di atas pentas drama dunia.  Sekarang watak guru, pakaian kena kemas, rambut kena sikat tepi, tag nama kena pakai.  Jumpa guru besar , guru senior, kena senyum. Buku RPH perlu ada di sisi, ibarat  beg tangan di tangan perempuan.
camnilah buku reko kalau korang nak tau

Jumpa murid, kena tunjuk nilai diri yang positif.  Hari ni aku kejar murid – murid lelaki.  Panggil murid – murid yang tak tuck in baju sekolah (baju tak masuk dalam seluar).  Padahal zaman sekolah dulu,  aku murid yang suka letak baju sekolah kat luar.  Tapi itu dulu, aku sekarang orang dewasa, kena bagitau apa itu adab pakaian yang berdisiplin pada anak – anak korang nanti. Aku tak hukum budak – budak tu. Aku pergi dekat dorang, pastu aku masukkan baju sorang demi  sorang ibarat seorang ibu yang  mengemas pakaian anaknya. Betulkan collar baju, seluar dinaikkan sampai paras pusat, pastu aku tepuk tepuk bahu dorang dan cakap “kan lagi hensem cam ni, pas ni cikgu tak nak tengok lagi baju kat luar, paham” nada aku tegas, tapi masih boleh diterima dengan senyuman dan anggukan mereka.


Lesson plan kena  update selalu. Setiap guru yang mengajar, wajib baginya menyediakan rancangan pengajaran harian. Tak boleh buta- buta ajar macam tu je. Sejak hari pertama, kepala aku duduk pikir pasal RPH , SET INDUKSI, hari ni nak ajar apa. Boleh ke tercapai hasil pembelajaran? Macam – macam lagi. Kawalan kelas pulak macam mana?




Dipendekkan cerita, seorang kawan maktab aku tak dapat control kelas. Bukan niat aku nak aim kelemahan dia dalam post ni. Tapi  untuk kebaikan semua orang, kalao cikgu – cikgu baru. Bila mula – mula masuk kelas, jangan tunjuk sangat kemesraan, tak perlu berpegang kepada teori mok soon sang sangat. Itu zaman mak bapak kita punya teori. Zaman budak – budak jumpa cikgu, semua tunduk kepala, tak berani nak bertentang mata, apatah lagi nak hantar surat cinta, inikan pula surat dari lawyer.



Zaman sekarang, budak boleh buat tak endah pada arahan guru. Konon  pekerjaan mak bapak lagi hot dari kerja cikgu. Ada aku kisah, pekerjaan mak bapak murid ? dalam polisis pendidikan aku, aku layan semua sama rata,  anak cikgu pun aku  marah,  anak tukang sapu pun aku tegur. Siapa buat silap, aku betulkan, siapa buat benda yang baik, aku puji. Aku tak nak kat akhirat nanti, aku dicop berlaku tak adil dalam pekerjaan aku, inikan pula pekerjaan  aku sebagai  seorang guru.

Bergerak awal dari rumah seawal subuh untuk ke sekolah tak menjadi bebanan bagi aku.  Macam Hamdan cakap, mesti ada hikmah kenapa aku dapat sekolah jauh – jauh.  Antaranya, untuk latih aku bangun pagi. Kalo dulu dalam rumah ni, aku bangun paling lewat sekali. Tapi sekarang, aku paling awal, siap kejut housemates aku lagi.

Aku cikgu seni, so seperti guru library, mesti ada perpustakaan, guru sains kena ada lab.Tapi dipendekkan cerita, sekolah aku tu tak de bilik seni sebab bilik tu dah dijadikan bilik simpanan buku teks. Double standard sungguh.  Aku apa lagi, direct jumpa GPK. Mintak kunci dan kebenaran untuk gunakan bilik tu. Itu hak aku sebagai guru seni dan tanggungjawab aku untuk kendalikan bilik tu.  GPK pun paham niat murni aku dan terus bagi aku kunci tu. “pas ni, semua pasal bilik tu saya serahkan pada awak, hok mana – mana barang yang tak de tu, awak tulis, nanti kami beli” pesan guru GPK pada aku.
meja guru aku di sekolah tersebut

bilik seni . berhabuk dan tidak tersusun pada mulanya



proses pembersihan fasa pertama, pindahkan buku susun atur perabut



 proses pembersihan fasa ke dua, bersama anak anak murid 5 Bestari







Thank you atas pertolongan anak – anak murid aku yang sungguh komitied untuk datang petang – petang semata – mata nak kemas bilik tu.  Padahal baru 1 kali je aku ajar diorang. Sebab tu aku cakap, sebagai seorang guru, first impression tu penting. Budak boleh nilai ko, ko ni boleh dipijak atau boleh dihormati. Aku pilih untuk dihormati dari dipijak oleh anak murid aku. Tunjukkan siapa cikgu dan siapa murid dalam bilik darjah. Aku siap bagi peringatan, bila kita belajar, kita belajar betul – betul. Bila kita bergurau, kita bergurau. 


Kesannya, budak hormati kau sebagai seorang guru, dan sayangi kau macam seorang kawan.  Yang penting budak copy apa yang orang dewasa buat. Kalau ko tunjukkan nilai yang baik pada kanak – kanak ( anak kau terutamanya) maka dorang pun akan ikut perangai kau.  So hati – hatilah bila berkelakuan di depan kanak – kanak. Orang cakap, nak lihat masa depan negara, lihat remajanya. Lain plak bagi aku, nak tengok kegemilangan sesuatu negara, tengok mak bapaknya, kalo baik soleh, Insya Allah, negara akan stabil kerana baka pendidikan yang baik – baik. Kalau sebaliknya? Maka ko dapat tengok macam yang biasa ko tengok ko tengok pada remaja sekarang.


Ada satu part paling menyentak hati aku sepanjang minggu ni. Bukan kerana lesson plan, bukan kerana jarak jauh dari sekolah,  bukan kerana meja guru aku best, tapi kerana murid itu sendiri. Macam biasa, bagi aku, bila orang buat kerja,  kena bagi upah.  Aku pun hulur rm 15 pada tujuh orang anak murid aku kerana kudrat mereka menolong aku membersihkan biik seni.
Kau tau jawapan dorang? “ Cikgu, mok kite ajor, dok boleh amik duit, kita orang tolong suka – suka je” jawapan amir disambut dengan anggukan kepala 6 orang kawanya yang lain yang hanya berumur 11 tahun. Aku paksa, tapi dorang tetap berpegang teguh kepada nilai murni yang mak bapak dorang ajar iaitu keikhlasan.




Aku tunduk malu, untuk menilai keikhlasan murid – murid yang umurnya separuh dari umur aku yang sudah mula tahu apa itu yang dipanggil pertolongan dan apa itu keikhlasan. Siapa sangka ibu bapa mereka yang hanya bekerja buruh kasar dan berniaga di pasar malam boleh menerapkan konsep nilai murni jauh lebih baik dari aku, seorang guru?  Aku dalam hati berdoa, semoga  perjalanan anak muridku menjadikan mereka teguh dan kental . Aku berdoa Allah permudahkan jalan anak murid ku, dan tetapkanlah nilai mereka ini pada untuk masa depan. Sesungguhnya Allah bersama – sama dengan hambaNya yang ikhlas……

gambar hiasan

Petang tu, aku belanja dorang kopok lekor dengan ABC. Hidup kena happy, apa  yang aku raikan, bukannya kerana pekerjaan aku, tapi kerana pengalaman yang Allah beri….

Monday, 19 March 2012

assignment hubungan etnik sem 3

2.0 Soalan:
Jelaskan perbezaan budaya kehidupan dalam masyakat yang dikatan menjadi halangan dalam mewujudkan perpaduan dan intergrasi dalam kalangan etnik di Malaysia.
Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya, dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan etnik di negara ini. Pendapat ini disokong oleh Zulhilmi Paidi (2003) yang menyatakan perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.Sejak merdeka sehinggalah mutakhir ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan bertujuan mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Budaya merujuk kepada suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. Budaya terbentuk dari banyak unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan, dan karya seni. Bahasa, sebagaimana juga budaya, merupakan elemen yang tidak dapat dipisahkan dari diri manusia sehingga banyak orang cenderung menganggapnya diwariskan secara genetik..
2.1 Usaha kerajaan dalam mengekalkan perpaduan di kalangan rakyat
“ Orang Melayu, Cina, India dan lain – lain kaum yang hendak menumpukan taat setia dan tinggal bersama serta menumpu dan menumpahkan darah serta kerja membanting tulan di negeri ini, tinggallah dengan baik antara satu sama lain kerana negeri ini berlainan dengan mana – mana negeri yang ada di dunia ini”
Tunku Abdul Rahman Putera Al – Haj
(Perdana Menteri Pertama)
Lapangan Terbang Sg Besi, Kuala Lumpur
3 Jun 1957

            “Berdasarkan petikan ucapan bekas Perdana Menteri Pertama Malaysia, dapat disimpulkan bahawa perpaduan merupakan satu elemen penting dalam mengekalkan kemerdekaan yang telah dikecapi selama 54 tahun. Perjuangan untuk memperoleh kemerdekaan ini hanya boleh dicapai melalui kerjasama antara kaum dan etnik di Malaysia. Melalui kesedaran dan ikhlasan bersepadu inilah tertubuhnya Parti Perikatan yang terdiri daripada gabungan UMNO, Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) dan kongres India Tanah Melayu (MIC)
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk atau penduduk yang terdiri dari berbilang bangsa, agama dan kebudayaan. Oleh itu perpaduan negara adalah matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada dalam bidang politik, ekonomi, sosial mahupun pendidikan. Menurut Zilhilmi Paidi (2003) tanpa perpaduan yang perlu dipertahankan, kemungkinan untuk mengecapi kemajuan bersama hanya tinggal menjadi kegagalan mutlak. Kebangkitan bangsa merdeka hanya akan bekesan dan bertambah kuat melalui perpaduan yang digembleng dari setiap kaum di Malaysia. Hujah ini diperkuatkan lagi melalui ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berbunyi:

Bangsa yang berjaya ialah bangsa yang memiliki nilai hidup yang tinggi. Nilai hidup yang tinggi termasuklah sikap disiplin, tabah hati serta hormat menghormati antara satu sama lain. Bangsa yang mempunyai nilai hidup yang tinggi tidak akan pecah barisan apabila diserang, sebaliknya akan rapatkan barisan mereka dan berdiri tegak menangkis segala serangan. Mungkin beberapa daripada mereka akan gugur tetapi kerana barisan tidak retak dan berkecai apabila kemenangan diperoleh, maka yang gugur akan dapat dibangun dan dipulihkan semula”.
Tun Dr Mahathir Mohamad
Majlis Anugerah Perpaduan Formula Malaysia
Dan Pelancaran Yayasan Formula Malaysia
1 November 2000

“ Perpaduan Matlamat 1 Malaysia” merupakan ceritera perjuangan dan perjuangan Dato’ Sri Mohd Najib selaku Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Sehingga kini isu perpaduan masih lagi releven dan tidak boleh dipandang sebelah mata kerana impaknya begitu mendalam pada kemajuan negara dalam semua aspek. Sama ada kita sedar atau tidak, kejayaan negara yang dikecapi hasil suatu usaha yang konsisten dari semua pihak dalam mengekalkan keamanan sejagat melalui perpaduan. Buktinya, konsep perpaduan yang diperjuangkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib adalah kesinambungan dari perjuangan Almarhum Tunku Abdul Rahman (Pengerak Minda Rakyat 2010).

Dalam mencari jalan menyelesaikan masalah perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah dan inisiatif dalam mewujudkan suasana keamanan berteraskan perpaduan yang jitu. Namun begitu, perpaduan tidak akan dapat dicapai dengan mudah, berpegang kepada prinsip “ setiap perjuangan yang bermakna memerlukan pengorbanan yang besar” setiap individu dari pelbagai ras dan kaum perlu mengorbankan kepentingan masing – masing dalam menjiwai erti perpaduan yang sebenar.





2.2 Punca – punca masalah perpaduan di Malaysia
Terdapat beberapa sumber dari media massa seperti surat khabar dan internet yang menyatakan punca masalah perpaduan di Malaysia adalah disebabkan rakyat malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan keturunan. Perbezaan pegangan, kepercayaan dan kepentingan kaum yang perlu diperjuangkan dari setiap parti politik menyebabkan hubungan perpaduan menjadi renggang. Mengambil ikhtibar dari peristiwa 13 Mei 1969, babak hitam dalam sejarah negara Malaysia di mana prinsip perpaduan antara kaum diletakkan jauh dari persepsi masyarakat mengakibatkan perasaan syak wasangaka dan perjudis menebal da kalangan masyarakat hingga menyebabkan perbalahan yang merugikan melibatkan banyak nyawa dan harta benda (Majalah Info, 2010, halaman 10)

Segala - galanya bermula apabila dalam pilihanraya tahun tersebut isu-isu sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Berdasarkan peristiwa tersebut, dapat dilihat bahawa jatuhnya perpaduan di negara Malaysia apabila setiap dari kita mula mempersoalkan dan mempertikaikan hak – hak antara kaum di Malaysia. Sememangnya peristiwa 13 Mei 1969 cukup mendewasakan Malaysia dalam menguruskan perpaduan supaya keperihan yang terpaksa diharungi dalam mencapai keamanan tidak lagi berulang.(Dr. Sivamurugan Pandian, 2010).

2.3 Dasar Pecah Dan Perintah
Selain itu, dasar pecah dan perintah British sebelum zaman kemerdekaan turut mempengaruhi nilai – nilai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia hingga kini. Sebelum zaman kemerdekaan, British telah meletakkan ketiga – tiga kaum utama di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India di tempat yang berbeza mengikut peranan masing – masing. Pemerintahan tersebut bertujuan untuk menjaga kepentingan ekonomi British di tanah Melayu di samping menjarakkan jurang perpaduan di antara kaum. Kaum Melayu digalakkan tinggal di kawasan kampung untuk menguruskan pertanian, kaum cina pula ditugaskan bekerja di lombong – lombong bijih timah dan tinggal di bandar, manakala kaum india pula bekerja di estet – estet dalam menguruskan ladang getah di tanah Melayu. Menurut Rohani (2003) Implikasi dari dasar “pecah dan perintah”, ketiga – tiga kaum tersebut hanya berinteraksi ketika mereka menjalankan perniagaan jual beli di pasar.

 Hujah ini disokong oleh Hagiwara(1979);…dasar pecah dan perintah British telah mengasingkan ketiga – tiga komuniti ras – ras dan etnik antara satu sama lain kecuali dalam bidang penukaran ekonomi dalam perniagaan. Pergerakan politik berlainan yang mengikut garis golongan etnik juga muncul di semenanjung Malaysia. Setiap parti politik yang muncul hanya mempunyai sedikit perhubungan antara satu sama lain dan mereka akan berusaha mengukuhkan identiti dan kesedaran ras – etnik sendiri. Implikasinya hingga ke hari ini, penempatan kaum Melayu masih lagi di kampung dan desa kecil yang jauh tertinggal dalam arus kemajuan. Berbeza pula dengan kaum cina yang mampu mengaut keuntungan berlipat ganda dalam kemajuan kerana peratusan keuntungan perniagaan di bandar – bandar besar berlipat ganda lebih tinggi dari perniagaan berasaskan pertanian yang dijalankan di kampung – kampung yang selebihnya dipelopori oleh orang Melayu sendiri.

2. 4 Agama Dan Budaya
Perbezaan budaya dan agama juga turut menjadi persoalan mengenai faktor kegagalan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia ketika itu. Kaum Melayu sebahagian besarnya beragama Islam, kaum Cina beragama sama ada Buddha, Lao-Tze, Taoisme, Confucius manakala kaum India beragama Hindu. Di samping itu terdapat ramai juga yang beragama Kristian. Ada yang berpendapat, bahawa kejahilan terhadap agama yang dianuti oleh segolongan masyarakat menyebabkan salah tafsiran dan membuat kesimpulan mereka perlu memerangi individu dan kelompok masyarakat yang berbeza pegangan dan agama dengan mereka. Isu ini menjadi barah hingga menyebabkan kebencian dan syak wasangka di kalangan masyarakat menular sesama sendiri. Kesannya, masyarakat Malaysia mula berantakan pada 13 Mei 1969.

Seharusnya isu perbezaan agama dan budaya tidak sepatutnya dijadikan isu yang boleh menimbulkan sebarang sentimen perkauman.  Apa pun agama yang dianuti, rata – rata menyeru agar penganutnya melakukan kebaikan, bersatu padu, berahlak mulia dan melarang sebarang perbuatan yang menjurus kepada kehancuran. (Majalah Info, 2010, halaman 24)

Firman Allah S.W.T bermaksud;
Hendaklah kamu sentiasa rujuk kembali kepada Allah S.W.T serta bertakwalah kamu kepada-Nya dan kerjakanlah sembahyang dengan betul dan sempurna dan janganlah kamu menjadi daripada mana – mana golongan yang musyrik iaitu orang yang menjadikan fahaman agama mereka, mereka berselisih pula menjadi berpuak – puak, tiap – tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya ( daripada fahaman dan amalan yang terpesong itu ”
Surah Al Rum, ayat 31 - 32

Berdasarkan firman Allah S.W.T di atas, jelas membuktikan bahawa Islam melarang sebarang persengketaan yang sia – sia.  dalam menjaga perpaduan negara, agama Islam dijadikan sebagai agama Persekutuan, namun begitu Malaysia tidak menyekat mana – mana kaum mengamalkan agama yang dianuti. Asas pengangan agama yang kuat mewujudkan keharmonian dan sikap hormat menghormati dalam kelompok masyarakat Malaysia

Menurut Laurent Merzger (2007) menyatakan sikap orang Melayu yang suka menabur janji atau lebih tepat dengan istilah “ janji Melayu” turut menjadi punca kepada keretakan perpaduan di Malaysia.  Seperti menjadi kebiasaan dan rutin harian bagi golongan masyarakat kaum Melayu yang tidak begitu menitikberatkan dalam mengotakan janji yang telah diberikan. Mengambil petikan dari tulisan Dr Mahathir Mohamad:  “time does not seem to be appreciated by Malays. Life is valuable, but time is not”. berdasarkan pendapat Dr Mahathir, jelas terserlah sikap orang Melayu yang suka menabur janji dan melengah – lengkahkan kerja hingga ke minit terakhir memberi satu persepsi yang negatif terhadap kaum Melayu itu sendiri. Budaya ini memberi imej yang buruk kepada orang Melayu dalam proses menjiwai perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Sama ada kita sedar atau tidak, budaya negatif ini mempengaruhi hubungan sosial, ekonomi serta kebudayaan kaum Melayu dengan kaum lain. Kaum lain hilang keyakinan dalam menjalankan proses perniagaan dengan kaum Melayu. Kaum lain hilang kepercayaan dalam menjalinkan proses pembangunan bersama – sama kaum Melayu implikasi dari budaya orang Melayu yang tidak mahu berusaha membaiki kelemahan dirinya sendiri. Jika budaya ini berterusan menular dalam kalangan orang Melayu, kita akan terus tertinggal ke belakang dan perasaan syak wasangka dan iri hati terhadap kejayaan kaum lain akan terus menebal dan misi dan visi perpaduan hanya tinggal menjadi angan – angan dan akhirnya menjadi mimpi yang tidak kesampaian.

Selain itu, salah satu sikap orang Melayu yang dianggap lemah ialah budaya politik wang yang semakin berleluasa di kalangan parti politik Melayu itu sendiri. Amalan politik wang yang berlaku di Malaysia memperlihatkan ketidak tulusan parti politik dalam memperjuangkan hak kaum – kaum di Malaysia. Seperti senario politik di serata pelosok dunia, parti politik di Malaysia tidak terlepas dari amalan politik wang sehingga menyebabkan pegangan dan prinsip parti diketepikan demi kepentingan sesuatu individu. Mengambil petikan Yahaya Ismail (2003) yang menyatakan: “since 1987, UMNO has been nurturing dan promoting materialistic cultural values for politcal power” jelas memperlihatkan kelemahan parti dalam menangani masalah budaya politik wang. Implikasi dari amalan politik wang, perpaduan di antara kaum menjadi bertambah sukar, kepercayaan terhadap parti – parti politik yang seharusnya menjadi tunggak perpaduan menjadi rapuh dan hilang ditelan kerakusan amalam politik wang terbabit.

2.5 Pendidikan
Perpaduan dari segi pendidikan di negara Malaysia masih belum dapat dicapai sepenuhnya. Mengimbas dari sejarah pendidikan negara pada awal kemerdekaan, wujud  empat aliran pendidikan yang berlainan sebelum terhasilnya Sistem Pendidikan Nasional. Empat aliran tersebut adalah aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India yang menggunakan silibus yang berbeza – beza berdasarkan keperluan kaum masing – masing. Jelasnya di sini, perbezaan sistem pendidikan mendorong kepada kegagalan perpaduan kerana kurangnya interaksi antara pelbagai kaum di peringkat awal kanak – kanak dan awal remaja.

Melihat konsep perpaduan dari perspektif pendidikan orang Cina, perpaduan menjadi sukar apabila pendidikan dan status bahasa Cina sering dibangkitkan dalam mempertahan identitii masyarakat Cina di Malaysia. Merujuk kepada Tan Chee Beng (1988)  dan Tan Liok Ee (1988) yang menyatakan simbol identiti orang cina yang signifken dan setiasa menjadi isu perhatian ialah pendidikan dan status bahasa Cina itu sendiri. Mengimbas kembali sejarah lama sistem pendidikan di tanah akhir sebelum merdeka, Laporan Pendidikan Barnes (Barnes report of 1951) yang mengkritik kepentingan Mandarin  sebagai bahasa penghantar di sekolah hanya akan melambatkan proses proses integrasi dan asmilasi kaum Cina dengan kaum lain sekaligus  melumpuhkan proses perpaduan di antara kaum. Ekoran dari laporan tersebut, masyarakat kaum Cina sedar akan mempertahankan identiti mereka dan bingkas bangun dalam mempertahankan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Malaysia hingga ke hari ini. Pendapat ini disokong melalui penyataan Tan Liok Ee (1988)  “bagi pemimpin masyarakat Cina itu, bahasa Mandarin harus dipertahankan dalam pengajaran, biarpun kehilangan bantuan kewangan kerajaan”.


            Melihat perpaduan dari prospek pendidikan negara, menurut kajian Abdul Rahim Ahmad (1983) didapati kesan sekolah terhadap matlamat perpaduan belum lagi menyeluruh, walaupun ada tanda-tanda yang menunjukkan sekolah sedang menuju ke arah ini.  Perasaan nasionalisme dan pengetahuan mereka tentang negara adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak yang sebaya yang tidak bersekolah dalam bahasa kebangsaan. Ini kerana isu perpaduan kaum masih jauh perjalannya dan pendidikan sejarah dianggap alat terpenting ke arah menjayakannya.  Ia bukan penyatuan atau asimilasi yang sepenuhnya secara spontan dan semula jadi tetapi ia sudah merebak kepada kanak-kanak dan remaja yang berpendidikan yang lahir selepas kemerdekaan Malaysia.” (Ghazali Othman 1986: 12) Dalam satu kajian lain pula (Ibrahim,1980),  mendapat hanya 40.9 peratus dari para pelajar sekolah yang mengaku dirinya sebagai orang Malaysia. Berdasarkan kajian tersebut, memperlihatkan bahawa keruncingan masalah nasionalisme di kalangan remaja menjadi lebih parah kesan dari kurangnya pendedahan sejarah awal tertubuhnya negara Malaysia. Lebih membimbangkan lagi tidak sampai separuh dari peratusan pelajar sekolah di Malaysia mengaku dirinya rakyat Malaysia. Jika semangat cintakan negara tidak dapat dicipta, bagaimana pula dengan ideologi perpaduan yang ingin disemaikan dalam diri pelajar Malaysia?

            Bagi mengurang serta membasmi sentimen perkauman di kalangan awal remaja, kerajaan telah memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan bagi membentuk bangsa Malaysia yang bersatupadu bekerjasama serta hidup harmonis antara berbilang kaum di negara ini. Mohd Izham (2006) melalui kajiannya mendapati kesemua guru (100&) yang menjadi responden kajiannya bersetuju dengan penubuhan Sekolah Wawasan. Dari aspek matlamat penubuhannya, sebahagian besar guru (responden) mempunyai tanggapan tentang matlamat adalah untuk meningkatkan perpaduan, tolenransi dan kerjasama antara kaum – kaum di Malaysia.
2. 6 kesimpulan
Kesimpulannya, perpaduan merupakan elemen penting kepada pembangunan masyarakat dan negara dari pelbagai aspek. Biarpun berbeza budaya, pegangan dan agama namun dengan sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain, perbezaan tersebut dapat memberikan manfaat yang optimum kepada semua kaum di Malaysia. Masa hadapan Malaysia yang menjanjikan cabaran di luar jangkaan pasti dapat diharungi dengan berkesan melalui perpaduan negara dalam mencapai aspirasi Wawasan 2020.




3.0 RUJUKAN
BUKU
Shellabear W.G (1981) Sejarah Melayu, Singapore. Malaya Publishing House.
Tan Chee-Beng. (1979). The Baba of Malacca: Culture and Identity of a Chinese Peranakan
Community in Malaysia. Petaling Jaya: Pelanduk Publications.
Tan Liok Ee (1988) Chinese Independent Schools in West Malaysia: Varying Responses
to Changing Demands. Dlm. Cushman, Jennifer W. and Gungwu, Wang. (ed.).
Changing Identities of the Southeast Asian Chinese Since World War II. Hong Kong:
Hong Kong University Press.
Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani. (2003) Pendidikan Negara Bangsa. Pahang.
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani. (2001) Kenegaraan Malaysia: Perkembangan Dan Isu – Isu. Pahang.
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Laurent Merzger (2007) Masyarakat Dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.



LAMAN SESAWANG
Muhammad Amirezwan. (2009, April 7). CABARAN KE ARAH PERPADUAN. Didapatkan Mac 20,
                        dari www.scribd.com:
                        http://www.scribd.com/doc/50543819/19809115-CABARAN-KE-ARAH-PERPADUAN
            Dr Sivamurgan Pandian. (2008,September 18) Formulasasi Perpaduan Masyarakat Berbilang Kaum. Didapatkan
                        Mac 20 Dari Utusan.Com:
Admin. (t.t). (2000, Ogos 15). SEKOLAH WAWSSAN HARUS DIBERI PELUANG. Didapatkan mac 20 dari   cikgu.net.my.berita

            JURNAL
Mohd Izham Haji. Mohd Hamzah & Jamalullail Abdul Wahab.(2006). Perlaksanaan Sekolah Wawasan: Memenuhi Kepelbagaian Pelajar Dan Perpaduan Kaum. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan. Institut Aminudin Baki (IAB) 1 – 13



3.0 Refleksi

Nama: Mohamed Hanif Bin Abd Malek
No Matrik: 123438
No kad pengenalan: 900701 -01 -5453
            Alhamdulilah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi, atas limpahan kurnia – Nya, dapat juga saya menyiapkan tugasan ini pada tarikh yang telah ditetapkan. Tugasan WAJ3106 Hubungan Etnik di bawah bimbingan En. Hasnul Hadi Bin Tengah yang bertarikh 20 Februari. Secara jujur, saya berpendapat tugasan kali ini  merupakan tugasan yang mencabar di samping membuka minda saya untuk melihat isu perpaduan di negara dari pelbagai perspektif dan pendapat.
            Saya diberi tugas untuk menjelaskan perbezaan budaya kehidupan dalam masyakat yang dikatan menjadi halangan dalam mewujudkan perpaduan dan intergrasi dalam kalangan etnik di Malaysia. Pencarian makulumat dijalankan melalui pembacaan majalah, internet, jurnal dan buku mengenai konsep perpaduan dan budaya. Saya membuat proses pemerolehan ilmu dengan mencari maklumat di Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail dan menemui beberapa buah buku penulisan ilmiah yang berkaitan dengan perpaduan.
Sepanjang pencarian maklumat, saya mendapat beberapa input yang bermakna yang dapat digunakan di dalam tugasan saya. Walaubagaimanapun, setiap pemerolehan ilmu tidak bermakna sekiranya ia tidak diamalkan di dalam kehidupan seharian. Secara amnya, perpaduan di Malaysia masih lagi tidak menyeluruh dari pelbagai aspek terutamanya dalam sistem pendidikan di Malaysia. Walaubagaimanapun kesedaran tentang kepentingan perpaduan itu perlu dalam setiap diri masyarakat untuk mencapai kesejahteraan hidup di negara yang aman damai. Sehubungan dengan itu, sebagai bakal guru yang juga merupakan agen perpaduan dalam sistem pendidikan negara, saya perlu menyiapkan diri saya dengan pelbagai makulamat semasa mengenai isu perpaduan dalam kesedaran menerapkan nilai kekitaan dan patriotisme  dalam kalangan murid kelak.
Hubungan antara kaum yang kompleks perlu diurus dengan betul bagi membendung sebarang persengketaan yang membawa kepada kerugian kepada semua pihak. Berteraskan semangat perkongsian kuasa, semua kaum di Malaysia menikmati hak – hak yang adil dan saksama melalui Kontrak Sosial yang dipersetujui oleh kaum Melayu dan bukan Melayu.  Berdasarkan persetujuan tersebut,  perpaduan antara kaum masih lagi releven untuk dipertahankan meskipun ada anasir – anasir jahat yang cuba memecah belahkan rakyat Malaysia.
Sebagai bakal guru, saya perlu mengamalkan budaya hormat – menghormati serta bertolak ansur dengan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Berlandaskan sikap percaya mempercayai dan hormat – menghormati di antara satu sama lain di kalangan rakyat Malaysia, perkembangan negara membangun dengan pesat di atas kaki sendiri tanpa wujud keadaan huru – hara  dan hasad dengki antara kaum.
Melalui tugasan ini, saya sedar akan kepentingan pendidikan yang boleh menjadi medan perpaduan. Kepentingan peranan seorang guru dalam proses memupuk perpaduan di kalangan murid merupakan langkah pertama dalam membentuk idealogi Pembinaan Negara Bangsa. Untuk mencipta masyarakat dan negara yang utuh, guru merupakan agen perpaduan yang berperanan membentuk satu masyarakat yang bersifat satu rupa bangsa yang perlu bersatu padu dan taat setia kepada negara. Jelasnya di sini, medan pendidikan merupakan cititera perjuangan dalam memperkasakan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Sekiranya perpaduan di negara ini tegap melalui pendidikan, maka hala tuju untuk mencapai aspirasi Wawasan 2020 bukan lagi sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan.
Pada pendapat saya, kesukaran tugasan yang diberikan kali ini berada di paras sederhana kerana bahan – bahan untuk tugasan boleh diperolehi melalui pembacaan bahan ilimiah dan kajian – kajian terhadap sejarah pembangunan negara. Walaubagaimanupun, tugasan kali ini berjaya membuka minda guru pelatih di samping melatih mereka melihat sesuatu isu dari pelbagai sudut. Untuk menghasilkan guru yang berkualti dan professional, tugasan – tugasan ilmiah yang menyentuh kepada realiti semasa perlu dilaksansakan bagi membuka skop cara pemikiran guru yang berminda kelas pertama. Tugasan dan kajian yang bersifat holistik, komprehensif dan ideal merupakan satu langkah efektif dalam melatih kekuatan intelektual dan sahsiah di kalangan bakal guru.
Kesimpulannya, tugasan Hubungan Etnik merupakan tugasan yang boleh mencorak pemikiran guru pelatih untuk menjangka pola kehidupan masyarakat pada  masa hadapan. Cabaran semasa mengenai perpaduan dalam pelbagai aspek merupakan cabaran yang perlu diharungi oleh bakal guru dalam melaksanakan tugas guru kerana tugas mendidik masyarakat merupakan cetusan harapan kepada Pembangunan Negara Bangsa.
            

Sunday, 18 March 2012

bullshit dalam hidup aku....sejujur - jujur ikhlas.


Lama dah rasanya aku tak tulis pasal perasaan, cinta cintun, dan dilema lelaki dan perempuan baru lepas clash dan sebagainya. 

Secara jujurnya, aku nak buat pengakuan, aku dah give dengan istilah couple. Jangan salah paham ayat aku di sebelah tu. Aku sebenarnya tak anti dengan mana - mana golongan yang couple. Aku bukan alim, tapi lepas 3 kali bercouple, benda yang aku boleh simpulkan couple itu sendiri satu perlaburan tak pasti. 

Sebagai lelaki, kita sendiri sedia maklum, couple ni kononnya satu persediaan bagi setapak untuk membina perhubungan yang halal yang diyakni nikah dengan kaum hawa yang kita sayang. Tapi pengalaman aku sendiri, melihat kawan - kawan aku yang lain, dan diri aku sendiri. kalau 10 pasangan yang couple dari sekolah menengah, hanya 5 akan bertahan sampai ke jinjang pelamin. Dan kalau 5 pasangan bercouple dari peringkat pengajian tinggi, hanya 2 atau 3 yang sampai ke gerbang perkahwinan. Yang lain mungkin putus di tengah jalan (macam aku) dan mungkin berakhiri dengan kes - kes buang bayi  (bukan aku)

Jodoh semua tangan di tangan Tuhan, rancangan manusia tu cuma rancangan, ketentuan tu yang pasti. Kalau dia ditakdirkan dia bukan jodoh, tak de satu sebab kukuh ko kena abdikan diri ko 100 peratus kepada girlfriend. Jangan diperbodohkan dengan rasa kasih sayang yang tak sure. 


Lelaki  , 


mahluk yang Allah cipta dengan penuh tanggungjawab, kita ada tanggungjawab pada mak bapak, pada adik - adik perempuan, selagi dorang belum dinikahi oleh mana - mana lelaki. Kenapa kita perlu sibuk nak bimbing girlfriend kita kalo adik - adik kita sebenarnya perlukan lebih bimbingan. Ko la abang, ko la pelindung adik - adik ko. Siapa lagi nak dipertanggungjawabkan kalo bukan anak lelaki kan. Lelaki dowh!


Pengalaman aku

Secara jujurnya, aku nak cerita, benda yang sampai sekarang aku rasa agak bullshit dalam diri aku. Ada satu part dalam pengalaman aku, kerana seorang perempuan yang aku sayang, aku sanggup drive kereta pergi ke tempat belajar dia yang jarak dalam 80 kilometer dari rumah. Aku plan cantik, aku sanggup pergi drive dari muar pada awal subuh, so maybe aku sampai tempat dia, aku boleh tunggu dia. Aku sanggup keluarkan saving aku, semata-  mata kerana seorang perempuan, nak belanja makan, nak belanja tengok wayang apa semua. Semua aku tanggung, semata -mata nak buktikan kat dia yang aku ni lelaki yang kononya diyakni boleh tanggung makan minum dia semua pas kahwin nanti. Gua memang shit, gua tahu.

Last - last, balik dapat clash, aku tak menyesal, at least aku dah cuba.  Balik magrib, ada satu selekoh kat bukit, aku nyaris dilanggar lori sawit 3 tan. Dalam kepala time tu terfikir, kalau aku mati accident, aku rasa dia memang tak sedih punya, tapi life aku pasti sia - sia je. Dan aku pun tak pasti sama ada aku mati sia - sia atau mati syahid.  Yang penting, keluarga aku mesti sedih. Bapak aku pun mesti orang paling kecewa sebab aku ni anak sulong, dan dan, aku mati sia - sia atas jalan raya sebab seorang perempuan. Waktu selekoh tu, benda yang aku terbayang, keluarga aku,  diri aku, dosa aku, solat tak penuh..... Alhamdulilah, nyawa aku panjang....kereta aku tu sempat gak naik ke tanah merah, sebab nak elak lori tu.

Esok pagi, aku bangun pagi, tetiba, adik bongsu aku menjerit, rupanya kaki dia terpijak kaca, agak dalam gak luka kat tapak kaki dia, darah mencurah - curah ke ladang gandum. Terus aku bawak dia pergi klinik (swasta) naik kereta. Lepas dapat rawatan apa semua. kos perubatan dalam rm 40 .  Aku pun seluk wallet, check punya check, dalam wallet aku ada sekeping rm 10 je.  Bayangkan, semalam aku bawak RM seratus lebih semata- mata nak pergi date dengan awek yang akhirnya dump aku. Tapi bila nak tanggung luka kat tapak kaki adik aku, aku boleh tak cukup duit? shittttt! gua memang abang yang useless

Aku suruh adik aku tunggu kat klinik kejap, nak cucuk duit kat mana - mana atm yang terdekat. Sepanjang dalam kereta tu, aku kutuk diri aku. Gila - gila punya kutuk. Aku rasa aku memang abang paling tak guna time tu. Aku malu sebab semalam aku sungguh - sungguh nak buktikan kat perempuan yang tak de hak atas diri aku, yang aku boleh jaga dia. Tapi bila tiba part adik sendiri, darah daging sendiri, kenapa aku perlu berkira? 




Ade dekat 30 minit gak adik aku tunggu kat klinik tu (sebab trafic jam). Sampai sana, terus aku mintak maaf kat nurse yang jaga adik aku tu.  Lepas bayar duit bil perubatan, aku amik adik aku, hak aku, tanggungajawab aku. Adik aku yang bongsu tu slow learner, kurang sikit dari segi kecerdasan akal, bila aku tengok dia termenung tunggu aku kat klinik tanpa makan dan minum sebab kami tak breakfast lagi, aku yang lelaki ni rasa nak mentik air mata... 

Aku sedih sebab aku rasa aku abaikan adik aku, tapi aku kenyangkan perempuan yang bukan hak aku. Aku sanggup drive berpuluh kilometer untuk jumpa perempuan yang belum pasti isteri aku. Tapi aku buat tak kisah pada adik aku yang sah - sah darah daging aku sendiri dari segi biologi dan agama. Balik tu, aku belanja adik aku makan roti canai telur 2 keping dengan milo ais, Aku dukung adik aku sebab tak sampai hati tengok adik aku berjalan terencot - encot....


Jangan tanya kenapa sampai sekarang aku rasa aku tak nak berkawan lagi dengan perempuan tu. Aku rasa dia pun tak tahu apa yang aku hadapi sebelum ni. Tapi tak pe, kalau korang tengok, pengalaman ni membantu aku dewasa, menyedarkan aku bahawa, tanggungjawab lelaki bukannya start bila dia menanggung dosa isteri dia, tapi sejak dia akil baligh, dia da ada tanggungjawab lain yang pastinya jauh lebih penting untuk keluarga. itu yang pasti.

pesan aku pada wanita....

“Jangan mengucapkan kata2 indah dan manis kepadaku kerana aku takut akan menyayangimu… Jangan mengambil berat tentang diriku kerana aku bimbang akan mengasihimu… Jangan terlalu baik padaku kerana aku takut akan merinduimu… Jangan memberikan aku kenangan dan harpan kerana aku khuatir akn jatuh cinta pdmu… Jgn menghargai p'temuan ini kerana aku tidak mahu menderita kehilanganmu lantaran p'pisahan ini…” 

kosong....

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong .. kosong 

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong