Kaki melangkah laju diiringi bunyi tapak kasut merejam lantai dengan keras. Jalan ku membawa ku ke kooperasi. Tekak terasa sangat haus disebabkan aku berleter kat budak – budak kelas aku sebentar tadi. Pening kepala nak uruskan kertas kerja B.I.G yang x setel – setel menyebabkan emosi aku sedikit terganggu macam perempuan datang bulan hendaknya.
Berbekalkan duit rm 3 yang terdapat dalam poket, aku mencapai setin Red Bull di peti ais untuk mengisi tenaga. Aku capai beberapa helai duit not seringgit dan hulur kat akak kooperasi tu. Alhamdulilah, ternyata JPP sem lepas begitu bijak memilih pekerja yang sesuai dalam bidang ni. Akak yang jaga kaunter merangkap cashier sungguh cantik dan comel. Pandai pihak Kooperasi gunakan teknik marketing. Duit yang aku hulur tadi disambut dengan senyuman dia. Hilang sudah penat di hati, kegelisahan pasal kerja pun hilang terbang entah ke mana.
Pastu aku terus gerak, beli Thumb tack apa semua, atas arahan Big Boss yang mahukan setiap lubang – lubang tingkap ditutup dengan kad board (untuk pastikan hawa dingin aircond tak keluar). Lepas tu sila pastikan, guna thumb tack, jangan guna stapler gun. Aku sendiri terpinga – pinga bila Big Boss bagi tiga batang tukul. Aisehmen…..kenapa la kerja senang – senang dijadikan susah.
Sampai kat kelas. Aku bahagi tugas apa semua kat budak – budak lelaki, sambil ditemani oleh beberapa kawan perempuan yang agak ringan tulang untuk tolong sekali. Tengah – tengah aku nak menukul, tetiba datang anak buah aku ni yang nak mintak kebenaran. Aku ingat kebenaran apa, rupanya dorang nak tukar tempat praktikum atas dasar suka sama suka.
Erm, aku time tu pikir kejap, teringat balik bila aku bagi peringatan kat anak – anak buah aku tentang peranan Ketua Unit (tugas aku) . Apa – apa hal yang melibatkan hal kelas, sila inform pada aku terlebih dahulu. Ternyata dorang ni sungguh professional, even ada yang nak balik (dah habis kelas) dorang akan inform aku. Well, dorang memang professional, so aku pun kenalah tunjuk aku ni professional gak kan.
Aku mulanya mintak dorang call wany, merangkap ketua segala ketua dalam hal praktikum (wakil pelajar) tapi wany cakap, mungkin ketua unit praktikum tak bagi sebab data semua dah masuk ke computer. Tinggal nak hantar surat je ke pihak sekolah masing – masing. Pastu aku bincang dengan anak – anak buah aku, dengar masalah dorang. Then aku decide, aku akan iring dorang jumpa ketua unit praktikum.
Mula aku cuak gak kan, sebab baru dua hari lepas, Wanny dengan Ina kena marah teruk dengan Ketua Unit Praktikum sebab dengar cita ada anak buah yang mendahlui ketua unit pergi jumpa Ketua Unit Praktikum tuntut benda – benda yang tak munasabah dalam praktikum ni. Senang cerita ada guru pelatih yang buat kepala sendiri, rasa hebat habis pastu pergi buat tuntutan yang tak releven.Kesannya ketua Unit yang kena marah.
Sampai depan pejabat Unit Praktikum, aku doa la sikit, selawat tiga kali dalam hati. Puh kanan puh kiri depan pintu pejabat tu. Mintak Allah lembutkan sikit hati pensyarah – pensyarah dalam jabatan ni. Aku rasa anak – anak buah aku tak perasan tindak tanduk aku (confident yakin) . Jumpa pensyarah tu, terus aku bagi salam mesra dan aku sambut tangan dia dahulu, salam dan cium tangan,. Tunjukkan rasa hormat, pastu mintak maaf sebab amik masa dia. ( teknik ni bapak aku yang ajar, kira aku tengah menguji kesan teknik ni pada pensyarah)
Aku pun cerita yang aku ni wakil anak – anak buah aku, cerita masalah dorang, dan dorang ni nak tukar pun atas dasar suka sama suka. Mula aku tengok muka encik pensyarah ni cam nak makan orang, tapi mungkin sebab punya baek greet yang aku bagi, dia pun tak jadi nak marah. Last – last jump to conclusion, dorang dapat kebenaran tukar tempat tapi kena berurusan dengan pensyarah yang menguruskan data plak lepas pukul 2.30 tengah hari. ( ternyata teknik ni memang berkesan)
Ok, kita orang pun menunggu kat luar pejabat dahulu semasa nak tunggu pensyarah yang uruskan data tu sampai. Pastu aku cakap kat dinna (salah sorang anak buah) yang aku nak balik kelas, tengok kerja budak – budak ni macam mana, kalo ada masalah, contact aku balik.
Sampai kat kelas, Wallah~ ternyata budak – budak lelaki kelas aku memang bertanggungjawab, Cuma aku je suka lari dari kerja. Semua lubang – lubang cermin dah ditutup dengan kad board. Insya Allah, lepas cuti raya Cina, dah boleh pasang air cond.
After several minutes, anak – anak buah aku yang nak tukar praktikum tu tak jadi plak tukar. Dorang dah jumpa alternative lain untuk selesaikan masalah dorang. Aku tak kisah pun dorang tarik balik, sebab dorang sendiri yang jumpa jalan penyelesaian yang lagi baik dari sebelum ni. Lagi pun aku pun suka gak kes – kes macam ni. At least aku try nak develop diri aku untuk jadi individu yang boleh mendengar masalah orang lain dan boleh dibawa untuk berbincang. Dan anak buah aku pun tak rasa segan or susah nak mengadu masalah dorang.
Esok aku akan konvoi ramai – ramai dengan budak – budak Johor untuk balik ke Muar. Malam ni kemas barang apa semua. Pastu tdo…….
percayakah korang, aku layan lagu ni selama tiga hari tiga malam~ aku pun tak tau kenapa.
No comments:
Post a Comment