Dua tiga hari ni gigi aku sakit, serius….aku sebelum ni makan nasi mesti penuh sepinggan. Sekarang ni nak habiskan separuh pun rasa perit. Biasanya kalau makan ngan kawan – kawan, aku paling cepat habiskan makanan aku, sekarang ni aku paling last.
Hari ni pergi kelas macam biasa, aku cuba jadi runner untuk segala program kelas. Dah nama Ketua Unit, kerja kenalah buat. As usual, aku akan buat to do list. Rancang setiap benda yang aku kena buat untuk hari ni dan aku akan pastikan setiap benda yang aku rancang tu aku buat walaupun sikit.
Sejak jadi single, I mean really2 single, aku tak de keep in touch dengan mana – mana perempuan. Aku rasa macam ada space untuk diri sendiri dan untuk family. Aku tak de bagi harapan kat mana – mana perempuan supaya dorang pun tak bagi harapan kat aku. Better play safe kan.
Aku sekarang komited dengan kerja dan life aku, duduk kat maktab, aku buat kerja aku sebagai student, duduk kat rumah, aku akan buat kerja aku sebagai anak, tolong parents ape semua
Couple? Well, sekali ko terjebak dengan couple, ko akan ketagih untuk couple. Serius, ikutkan naluri aku, bukan susah pun cari pengganti, tapi aku bukan lelaki – lelaki yang tak de harga diri kan. I mean, I am not so desperate to gain love from a lady. Sebelum aku couple dengan mana – mana perempuan pun, hidup aku steady, aku boleh study macam biasa, buat kerja aku macam biasa. Dan alhamdulilah, setiap kerja yang aku rancang 4 tahun lepas cam Asb, capai a greater pointer, become a good teacher berjalan lancar.
Aku pernah cakap kat one of my ex dulu, saya nak buat loan 100 k for asb, Well, cita tu empat tahun lepas, dan macam aku sangka, dia tak percaya dan dia tergelak kecil sebab impian tu macam susah je (memandangkan aku baru lepas spm). Well aku dah buktikan kat dia masa dia lawat aku tahun lepas, aku dah buat loan tu, bukan 100 k, but 200 k. Perinsip aku satu je, aku risk taker, Everything I do, I do it big.
Aku seorang perancang, dan pastinya tak semua rancangan yang kita rancang tu akan menjadi seperti yang kita nak. Tapi Tuhan pun ada sebut, dia tidak akan mengubah nasib hambanya sekiranya hambanya tak berusaha sendiri. Aku rancang untuk masa depan, bukan untuk aku seorang, tapi untuk si dia yang bakal jadi isteri aku. Aku berusaha, gila – gila berusaha, sampai ex aku pun cam rasa terabai,terbuang dan rasa disisihkan dalam hidup aku dan akhirnya seperti ex – ex lain. Dorang akan meninggalkan aku.
Aku tak paham, plus tak mengerti, perempuan tak suka pasangan hidupnya yang malas, tak pandai merancang, tak tau mencari duit sebab kaum perempuan perlukan satu benchmark untuk mencapai hidup bahagia. Seperti kebahagiaan, kewangan yang kukuh dan sikap lelaki dalam mencari duit tersebut. Aku cuba capai dari segi ekonomi, yet...the results remain the same.
Semu ni aku dah tengok sendiri dengan mata aku macam mana kawan – kawan aku yang ditinggalkan oleh gf sendiri atau tunang sendiri bila perempuan mula tak yakin dengan keupayaan lelaki tersebut mencari rezeki. Aku tak sampai hati tengok kawan – kawan aku yang frust menonggeng sebab perempuan disebabkan masalah accountability.
Aku tak nak jadi lelaki macam tu. Walaupun fitrahnya aku suka bersenang lenang, aku tak nak dipandang tak guna oleh kaum perempuan. Start dari couple,aku mula buat kerja betul – betul. Study betul – betul untuk dapat pointer yang tinggi, supaya gf aku boleh bangga sebab aku ni boleh dikelasfikasikan sebagai lelaki yang pandai. Aku rancang masa depan aku betul –betul, belajar hidup bersederhana sebab aku tahu, lelaki yang hanya tahu bermewah untuk diri sendiri tak akan dapat hidup bahagia bersama pasangannya.
Tapi macam biasa, cara lelaki berfikir tak sama macam perempuan fikir. Aku rancang untuk tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang tak sama dengan kaum wanita yang lebih pentingkan kebahagian di sekeliling mereka (sekarang) tanpa apa –apa pegangan yang kukuh. Mungkin perbezaan hormone menjadikan ruang permikiran dua jantina ni tak selari menyebabkan aku terpaksa melepaskan dorang pergi.
Sedih tak payah cakaplah, meletakkan diri aku sebagai seorang perayu memang satu pengalaman paling aku tak boleh lupa. But its ok, cam aku cakap sebelum ni, datang dan pergi insan dalam hidup kita memang satu keperitan, baik lelaki ataupun perempuan. Dua – dua ada perasaan.
Sekarang ni, aku dengan hidup aku, dorang dengan hidup dorang. Aku rancang hidup aku seadanya, sebab menjadi fitrah manusia mencari kebahagiaan, tetapi kebahagiaan tanpa usaha hanyalah fatamorgana yang sia – sia. Macam budak – budak sekolah baru couple la~
Point aku hari ni? Kepada lelaki, bina diri, bina ekonomi dan paling penting bina ahlak, aku rasa selain masalah kewangan, salah satu punca napa perempuan tinggalkan lelaki adalah kerana masalah accountability dalam agama. Macam mana lelaki tu kata nak bimping perempuan, kalau solat lima waktu pun terkontang kanting (nasihat untuk diri aku sendiri sebenarnya) . Sekarang ni aku tengah bina ahlak aku balik, solat 5 waktu wajib sehari semalam. Yang perkara sunat, buat sikit2. Biar kecil yang penting istiqamah.
Sekarang ni, aku Cuma berdoa kat Tuhan, mungkin kalau umur aku panjang, ekonomi aku dah mantap, ahlak aku da ok, aku berdoa dipertemukan dengan perempuan yang tahu menghormati aku. Boleh terima baik buruk aku dan sedia dipimpin sebagai isteri. Nak cari yang baik, diri kenalah baik dulu kan. Selamat merancang wahai lelaki, dan pimpinlah diri mu sebelum kamu memimpin isteri mu.
No comments:
Post a Comment