Followers

Thursday, 16 February 2012

move on.


aku suka ngan hidup aku sekarang, serius, sorry orang kat sana, aku bukan untuk kau, dan kau pun bukan untuk aku. Aku suka hidup sorang macam ni, aku boleh buat apa yang aku suka tanpa dengar sebarang komen dari kau. Kau pernah malukan aku, tapi aku tak kisah, sebab aku yang bodoh time tu. 

halalkan makan dan minum or segala benda yang ko pernah bagi kat aku, dan aku pun halalkan segala benda yang aku buat untuk kau. Lepas ni kalau terjumpa, aku mungkin tak tegur kau lagi, kalo tegur pun, mungkin sebagai kawan. cukup dengan panggilan aku dan kau saja.

kau hiduplah dengan dunia pilihan kau, aku hidup dengan dunia pilihan aku. Hidup dalam angan kau, dan aku hidup dalam realiti, aku tak semewah kau, tapi sekurang - kurangnya aku tahu aku lelaki yang berusaha tanpa harapkan apa - apa dari keluarga aku.

sorry, banyak salah dan silap aku pada kau, aku pun cuma nak kau tau, kau pun banyak salah dan silap pada aku. Aku bukan mulia, ko pun bukan mulia, tiada sebab untuk kita saling menghina, tapi action ko dulu betul - betul menghina aku. Sorry la, dalam banyak2 perempuan yang aku kenal sekarang ni, kau paling aku nak ignore sekarang ni.

dulu aku pernah doakan ko bahagia, even kita x de apa - apa, sekarang nak sebut nama ko pun, aku rasa macam tak perlu. 

macam aku pernah cakap sebelum ni ' kalau awak mendoakan saya, pastinya saya mendoakan awak, tapi kalau awak membenci saya, saya pun akan membenci awak'

serius, aku sebenarnya benci kau.........thank u

aku dan kuda.

Cahaya matahari senja melingkup masuk ke bilik, sambil dihembus syahdu angin dari kipas, aku memeluk bantal dan tidur sepuas hati. Hari tu mesyuarat dengan pensyarah sampai ke petang membuatkan aku terus rebah ke katil bila sampai ke rumah.


Aku buka neck tie, dan biarkan diri ku berbaring lena di tilam yang empuk. Baru 15 minit nak lelap mata. Handphone Samsung yang rm 70 tu berbunyi – bunyi. Aiseh, aku malas nak angkat, sekali tengok nama tertera “unknown” terus aku cepat – cepat bangun.


‘unknown’ tu merujuk private no yang mewakili no abah aku sebenarnya. Mana boleh aku biar abah mengambil kesempatan untuk bahan aku kalau dia tahu aku tido lepas asar. Mau 3 jam kena leter pasal tabiat ni pastu mula cerita zaman muda dia dulu join Pelapis masa kat USM dulu. Kira nak compare aku ni tak seaktif dia waktu muda – muda dia dulu.


Aku adjust suara aku dalam masa 2 saat,  suara anak teruna yang baru bangun tidur perlu ditukar kepada suara anak muda yang baru lepas bertani. Biasa kalo ada awek – awek call, aku mesti buat suara bangun tidur, biasalah, budak – perempuan memang suka dengar suara lelaki yang baru bangun tidor, sound husky and manja at the same time. Tapi kalau dengan encik abah? Memang makan penampar je la jawabnya.


Aku: Hello, assalamualaikum abah, kenapa bah?

Abah: waalaikumusalam, saja je telefon kau. ni ha, kau macam mana? sihat? Buat ape tu?

Aku: baru habis kelas tadi, tapi ada mesyuarat sampai petang ngan lecture, anip jadi pengarah projek tahun ni (nada bangga).

Abah: baguslah tu, tadi abah call veterinar Kluang, anak kuda yang ko tempah tak de lah nept, kuda – kuda tu ada 35 ekor cukup – cukup untuk student kat sana. Takpelah, tahun depan kita mohon lagi



gambar ayah aku dengan kuda - kuda aku

Aku: erm... (frust)  kalau macam tu tak pe la bah, nanti anept pergi sana, tengok dlu, kalo kita boleh buat rayuan…..(nada hampa)

Abah: tadi pengarah cakap, untuk anak lembu droughmaster, ada 6 ekor. Harga sekilo rm 6, semua jantan, ko rasa macam mana?




ni lembu droughmaster dewasa

Aku: ,erm ( dalam hati mencongak – congak) kalo sekilo rm 6, anak lembu, 8 bulan dalam 100 kilo, so seekor tu dalam rm 600, pergh, bapak murah.  (dalam hati)
Abah, amik ar semua, murah kot, serius,

Abah: tu la, abah pun rasa murah, sebab baru rm 3600 untuk semua, banding dengan lembu susu yang kita beli ni dulu.   Abah ada kelas nak pergi mengajar ni, nanti abah call ko lagi. Jangan tido plak. Assalamualaikum.
Aku : waalaikumusalam,  (tersengih – sengih)


Erm, aku termenung panjang, rasa agak malang dan bertuah dalam waktu yang sama. Rasa malang, sebab 6 ekor anak kuda yang aku mohon untuk beli dari Institut Veterinar Kluang tak tercapai. Padahal surat tu dah dipanjangkan ke Pengarah Veterinar Putrajaya, dah lulus, sampai ke induk kluang, tak cukup kuda pula? Frust2.



kenapa aku rasa bertuah?  yang pertama, abah aku tak kan tinggalkan aku bila hal – hal berkaitan dengan business dia. Kadang – kadang, hampir semua benda dari tenaga pekerja Indonesia, ternakan, dan penjualan ternakan, dia akan amik pendapat aku sebelum dia buat keputusan.


Dalam hidup ni, tiada apa yang lebih membahagiakan hati kedua – dua ibu bapa bila anak – anak mentaati apa yang mereka perintahkan, Dan macam tu gak dalam hati seorang anak, tiada yang lebih menggembirakan bapa mengiktiraf dan menghargai usaha si anak dalam menarik perhatian ibu bapa mereka.


Bapak aku minat dengan penternakan lembu, aku pula minat dengan penternakan berkuda. Persamaan kedua – dua bidang ni? Dua – dua penternakan menyumbang kepada keuntungan. Cuma untung rugi tu biasalah dalam perniagaan.  Kuda aku pernah mati seekor, menyebabkan aku frust tergolek bila kuda betina aku tu nazak kat dakapan aku


Bila bapak aku suruh aku sembelih, aku macam protes, aku nak kuda aku mati dalam keadaan semula jadi. Tak kan aku nak makan kuda tungangan sendiri?  Lepas kuda tu mati, 3 hari selepas tu emosi aku dah stabil semula. Aku mula pikir balik kalau kuda tu aku sembelih, dan aku sedekahkan daging – daging tu kepada anak – anak yatim atau jiran tertangga, mesti keluarga aku akan dapat pahala sebab bagi makan kat orang lain. Dan kuda aku tu tak mati sia – sia. Pengalaman kali ni mengajar aku, walaupun kita dilanda emosi yang teruk, ada masanya kita perlu ketepikan emosi dalam membuat keputusan untuk kebaikan akan datang

.
Baru – baru ni, kawan dalam facebook aku dapat seekor anak kuda, owh, gua takjub sebentar tengok anak kuda dia. Sangat cantik dan kelihatan akan membesar menjadi kuda yang sangat – sangat cergas dan sihat.
Bawah ni beberapa gambar dia dengan anak kuda dia. Aku dah mintak kebenaran untuk guna gambar dia dalam dalam blog aku ni. Semoga sukan berkuda terus mendapat hati di tempat anak tempatan.








semua - semua gambar to credit to kawan aku Dizay Ajid. Banyak benda aku respek orang Kelantan, dorang  tak tinggal solat walaupun tengok bola di stadium dan satu lagi, dorang ada penternakan kuda yang tak de kat  negeri lain. Solute ore kelate. 

Monday, 13 February 2012

teacher


memang betul pun

aku dan perguruan

Pernah tak korang rasa, dalam hidup ni korang sebenarnya tak punya banyak pilihan? Ada masa korang terpaksa memejam mata dan gengam erat tangan sekepal yang mungkin dan hadapi apa jua yang mendatang dengan hati terbuka?


Bila masa tu korang sedar, yang kita sebenarnya hidup digalasi dengan tanggungjawab. Ada benda yang kita terpaksa telan sesuatu benda tu dengan anggukan kepala walaupun hakikatnya benda tu sebenarnya agak pahit untuk dikemam dalam mulut apatah lagi nak ditelan ke usus perut.


Itu lah perasaan yang aku alami masa mula – mula diperintah masuk melanjutkan pelajaran ke IPG. Seriously, waktu aku berumur 17, Result  aku time tu  5 A , dan beberapa B dan 1 C. Aku budak Sains Stream, apa yang aku ingat, aku dapat A1 untuk paper Chemistry dan A2 untuk paper Seni Visual. Addmath aku dapat B3. So aku kira aku agak condong ke bahagian Sains dan kira – kira. Siap pasang niat lepas dapat result, nak masuk matriks, amik engineering ke  apa (al maklumlah budak – budak).


Tapi apakan daya, abah suh aku masuk maktab ( sekarang IPG) . Aku macam mogok r dengan abah, sebab kenapa cikgu? Kenapa tidak proffesion lain? Arkitek ke? Lawyer? Atau apa – apa saja course seperti perladangan? Sains politik dan sebagainya? Aku susun isi – isi hujah dengan kemas ibarat ahli politik permatang pauh.


Tapi apakan daya, abah aku dulu wakil pidota dan perbahasan untuk USM 2 tahun berturut – turut pada zamannya . Setiap pandangan mentah aku dicantas dan dipangkah atau ditroll dengan bersahaja. Dan akhirnya kaki dan tangan aku diikat, mulut disumbat tisu dan dicampak ke dalam bonet kereta untuk didaftarkan sebagai guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail. TERENGGANU.


Oh, sudah jatuh digelek stem roll, dah digelek, ditanam hidup – hidup pula. Aku punya perspektif pada orang pantai Timur agaklah negatif time tu. Mengenangkan beberapa kawan aku yang kaki kutuk orang belah sana, so secara tak langsung membina satu pandangan stereotype dalam diri aku pada orang sana.

Maka bermulalah hidup aku sebagai guru pelatih.  Mula – mula memang agak suck gak r,  sebab aku ni kurang berdisiplin orangnya, makan dan minum aku tak kira masa, tidur dalam kelas tu memang sentiasa dalam rutin harian sampai kawan – kawan pun rasa menyampah dengan perangai aku.

Benda tu aku buat, mungkin sebab aku masih tak dapat terima situasi aku yang sebenar time tu. Aku macam tak de perasaan bangga bila outing atau keluar buat reunion dengan kawan – kawan lama sebab diorang panggil cikgu.


Selalunya bila reunion, aku akan rasa malu dengan diri sendiri, bila kebanyakan kawan – kawan ada yang amik engineering, accountant, management, architecture, medic dan sebagainya. Aku time tu cuma seorang cikgu ? cikgu, sekolah rendah plak tu.


Tetapi bila aku makin besar, aku makin sedar, dunia memang tak seindah yang kita harapkan, tapi Allah  tak pernah memberi sebarang ujian tanpa hikmah disebaliknya. Aku rasa aku tak de la matang sangat sekarang ni, tapi sekurang – kurangnya cara permikiran aku dah berubah sikit demi sedikit bila aku jadi guru pelatih kat Terengganu sepanjang 4 tahun ni.


Aku belajar bahawa bidang perguruan memang satu cabang ilmu yang agak indah sebab masa depan genarasi akan datang ( anak – anak korang) tu di bawah tangan golongan guru seperti kami.


Pastu aku mula suka dengan proffesion perguruan sebab kerja ni memang tak jadikan aku kaya di dunia, tapi Insya Allah aku akan kaya raya dengan doa- doa anak murid aku di akhirat nanti. Bila pikir balik, sekolah rendah pun satu institusi pendidikan yang agak penting. Bayangkan professor yang mengajar korang teori – teori di university, dan bandingkan cikgu – cikgu sekolah rendah yang mengajar korang membaca dan mengira. Tanpa kemahiran membaca dan mengira, mungkin aku pun tak berada di sini dan korang pun tak mungkin berada di Universiti, So tak de sape pun cakap kedudukan dan martabat seorang guru tu dinilai tinggi dan rendah nilainya berdasarkan institusi pendidikan yang mereka berkhidmat.


Paling best, bidang perguruan ini mendidik dan mewajibkan aku untuk jadi manusia yang boleh dicontohi oleh anak murid aku berdasarkan nilai – nilai murni. Seorang guru kena tunjukkan tauladan yang baik supaya anak murid pun akan terikut perwatakan guru yang mereka suka.

Tu je la bebelan aku malam ni. Kesimpulannya, ada benda yang kita nampak macam satu penderitaan, kesedihan berpanjangan, seksaan luaran dan dalaman. Tapi hakikatnya sesuatu pengalaman hidup yang pahit  tu diibaratkan macam hubungan baja dengan pokok. walaupun baja berbau hamis dan busuk, dia membantu pokok membesar dengan sihat dan akhirnya mengeluarkan bunga yang mekar dan menghasilkan buah yang masak ranum setelah tiba masanya.

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)

Sunday, 12 February 2012

kerinduan ( jiwang part 2)

Malam ni aku rasa malas nak siapkan assignment yang lecture bagi. Tutorial pun aku tak sentuh. Macam mana nak buat, pendorong tak de. Sejak dia tinggalkan aku 3 hari lepas, aku rasa hidup aku macam tak lengkap.

Kalau dulu si dia yang selalu temankan aku malam – malam buat assignment. DIa tak banyak karenah, kalo aku suruh buat benda tu, dia akan buat, kalau aku suruh photostate, buat salinan dokumen ke apa, dia akan buat laksana si isteri yang patuh pada suaminya. Dia tak banyak karenah. Sejak  kami berjumpa di Kuala Terengganu, aku da jatuh cinta pandang pertama kat dia. Terus aku masuk melamar sebab aku rasa kewangan aku da cukup time tu.


Sejak kami duduk sebilik, dia yang selalu temankan aku, time aku stress, time aku nak marah, dia tetap di situ menemani aku. Sedia mendengar keluhan aku setiap kali menyiapkan tugasan yang diberi.  Dia tak macam yang lain. Dia tak pandai nak marah kalau aku buat silap, dia hanya akan diam dan tersipu – sipu malu kalau aku puji “beruntung aku ada engkau”.


Pernah sekali dia buat hal, tapi sekejap je. Biasalah, adat perhubungan, pujuk memujuk tu mesti ada. Aku goda – goda dia, belai – belai, raba – raba sikit, ringan – ringan hingga terdedah apa yang sulit dan akhirnya dia tewas dalam pujukan aku. Akhirnya hubungan kami ok semula. Biasalah beb, ni semua melibatkan kemahiran dan keintelektualan, kalau tak penuh ilmu di dada, jangan mengaku diri tu lelaki.



Hari tu lecture macam tak puas hati dengan kerja aku. Dia suruh aku buat balik mana yang patut. Aku balik tu rasa stress gila. Rasa nak tampar pokok pisang je sebab pokok pisang tak boleh tampar balik. Masuk bilik, terus aku capai si dia, tapi si dia enggan. Macam mode dia tak baik time tu, dia tak nak ikut cakap aku lagi. Dia mula tunjuk keras kepala. Selepas setahun bersama, kenapa hari ni nak tunjuk keras kepala? Terus tangan kanan aku menampar mukanya, beberapa kali. Tanpa belas kasihan, aku tampar, ketuk kepalanya dengan keras. Tapi dia tak melawan, apa kan daya, dia insan lemah.



Selang seminggu, dia tidak lagi berinteraksi dengan aku. Tiada lagi bibit – bibit mesra, tiada lagi puji memuji, selepas kejadian itu. Yang tinggal hanyalah dendam dan ego aku yang tidak pernah padam. Pada malam jumaat minggu lepas, aku cuba merapati si dia kembali. Mungkin ada sedikit keredhaan dalam perhubungan kami berdua.

Aku tegur dia sambil tangan aku menyentuh tubuhnya lembut tapi dia diam, tiada lagi respond, aku raba nadi, tiada lagi denyutan. Aku mula panic, apa dah jadi? Aku  mula rasa gelisah, aku risau kalau si dia tinggalkan aku selamanya.

Aku mula call technician.  Technician kata, mungkin amik masa seminggu nak baiki dia sebab ada kerosakan mungkin akibat hentakan. Aku menyesal sebab menggasari kau, walaupun banyak jasa kau pada aku, aku tak pernah pun menghargainya. Aku harap ko cepat sembuh CIK PRINTER.

[HQ] Leessang - I AM NOT LAUGHING




Friday, 10 February 2012

kahwin awal......

Dalam masa terdekat ni, aku selalu ternampak beberapa kawan, suka post status kat fb, pasal pernikahan, kahwin dan tak kurang juga pertunangan. Tak ketinggalan juga beberapa orang senior yang selamat dinikahkan dan gambar – gambar jelas menceritakan mereka gembira dengan pasangan mereka.

gambar hiasan

Aku yang dijemput melalui invitation dalam facebook, hanya dapat menyampaikan taniah kepada mereka melalui facebook juga. HAHA. Kawan – kawan, lain kali sila jemput tetamu pakai kad. Kalau saudara mara, sila telefon atau bertandang ke rumah.


gambar cousin aku selamat diijab kabul tahun lepas

Aku rasa ada dekat tiga atau empat orang dah selamat diijab kabulkan dalam batch aku kat maktab ni. Taniah untuk mereka kerana jodoh selamat sampai awal. Baru ni aku jumpa kawan aku, cikgu gak. (rahsia) namanya, kita orang jumpa time mesyuarat AJK Kemanusiaan Kemboja.


Aku baru je tau dia dah bertunang dengan seorang gadis dalam maktab. Aku  agak teruja la dengar cerita dia, sebab jarang – jarang lelaki yang sebaya aku kahwin dalam tempoh terdekat ni.Banyak benda aku nak tanya, contoh, persiapan perkahwinan, respon ibu bapa perempuan dan macam – macam lagi.


gambar hiasan

Aku curios nak tahu sebab bagi aku agak cool kalo lelaki kahwin awal, sebab dia dah macam ada satu keyakinan  diri untuk pikul tanggungjawab sebagai suami. Kalau korang tengok, berapa ramai lelaki boleh pikul tanggungjawab sebagai suami? Tanggungjawab ni berat beb, bukan makan minum si isteri je kita kena jaga, dosa dia pun kita pikul sekali.


Aku tanya kat kawan aku "berapa hantaran tunang ko"?  Soalan pertama yang aku tanya kat bakal pengantin baru.  Aku pun tak tahu kenapa aku tanyakan mengenai hantaran. Kenapa aku tak tanya berapa mas kahwin dia? Bukan ke dalam pernikahan, yang dipentingkan adalah mas kahwin kerana itu adalah hak mutlak isteri.


Definisi mas kahwin berasal daripada perkataan Arab dan dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-aqd. Menurut istilah syarak, mahar ialah pemberian yang wajib oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan


Kawan aku kata, hantaran tak banyak, sebab parents dia pun tahu yang kami ni student lagi, so mungkin kenduri tu buat lepas kami dah kerja nanti.

*************

Dalam hati aku “so sweet~”  bukan untuk kawan aku dan tunangnya, tetapi kepada kedua – dua parents pihak lelaki dan perempuan yang begitu memahami situasi anak – anak mereka.



Cuba kita fikir balik, berapa ramai sangat parents kat luar sana memahami kehendak remaja yang nak hidup berpasangan melalui perkahwinan? Seriously, percentage kesedaran ibu bapa hari ini tentang institusi perkahwinan amat – amatlah rendah.



Macam aku tulis dalam blog sebelum ni, sekarang ni, bukan remaja je ikut trend, golongan dewasa juga terpengaruh dengan isu trend perkahwinan mewah. Zaman Rassullah dulu, para sahabat ada yang hidupnya miskin, ada yang kahwin dengan memberi baju perang dari besi keluli sebagai mas kahwin.

But mostly akan reply balik, kalo nak kira zaman dulu, nenek aku tu dulu anak dara. Seriously, ramai akan cakap "kahwin awal? Ko kuno ke? Desperate? Dah gatal merenyam?"

Haha, bagi aku, gatal nak berkahwin tak salah, lebih – lebih lagi bila ko sedar yang ko sebenarnya ada fitrah nak bernikah. Ko sedar yang sex orientation ko di jalan yang benar. Dan ko sedar, yang kau memang perlukan seseorang dalam hidup ni.



Untuk apa lelaki kahwin?

1.     Untuk meluaskan keturunan dan meramaikan umat Islam di bumi

2.    Untuk menyempurnakan naluri manusia yang ada nafsu, dengan perkahwinan manusia terhindar dari gejala maksiat


3.    Untuk bina masyarakat yang bermaruah, berapa ramai baby dekat Malaysia ni lahir tanpa status yang sah? Aku tak nak rakyat Malaysia nanti 50 peratusnya terdiri dari status ‘anak haram’.



gambar hiasan 
 *******************

Dulu, aku selalu aim dalam perancangan aku. Lepas habis degree, aku nak buat Master part time dalam bidang Pendidikan dekat UTM atau UTHM. Kahwin tu aku tangguh dulu, sebab time tu hormone aku masih kebudak – budakkan.

Aku pernah cakap kat abah aku pasal plan aku ni. Mungkin aku kahwin umur 28 atau 29 sebab nak buat Master part time makan masa 2 tahun (syarat pengajian Master part time). Aku keluar kerja umur 24, aku target umur 25 selepas setahun kerja, aku akan ada sedikit simpanan untuk sambung belajar pakai duit sendiri. Jadi aku akan dapat Master masa umur aku 27. Time tu mungkin ada sedikit saving, aku dah boleh tekel mana – mana gadis yang sudi nak jadi isteri aku.

Abah aku diam sekejap lepas dengar idea aku. Pastu abah mula buka cerita lama dia.  “Abah dulu macam kau juga, habis belajar umur 24 lepas terus kerja sebagai guru". Waktu umur 25 tu abah jumpa mak kau, terus abah ajak mak kau kahwin, Umur 26tahun abah dah dapat kau.


gambar bapak aku time umur dia 24


time ni umur bapak aku 26 (dah berkahwin), dan aku dilahirkan sebagai anak yang sulong

 Abah target umur abah 40 lebih umur ko dah 20 tahun. Masa tu Abah dah ada kau sebagai kawan untuk abah ajak berbincang, berborak, dan bertelagah pendapat. Waktu umur abah 48 tahun, ko dah besar sihat sebagai manusia yang berumur 22 tahun dan sekarang abah dah ada Master dan PhD.


dan ini  hasilnya.... anak dia. hahahaha

Aku mula diam, sebab ternyata perancangan abah lagi panjang dan berjalan seperti yang dia rancang. Aku pikir balik, kalo aku kahwin umur 29, aku akan dapat anak waktu umur 30 tahun (isteri mengandung 9 bulan). Selepas 20 tahun, anak aku tu baru 20 tahun. Aku pulak time tu dah berumur 50 tahun, separuh abad, waktu nak tengok anak aku graduate nanti, 54 tahun dah umur aku time tu.

Aiseh. Kena susun balik perancangan ni. Dari segi kualiti masa, aku da rugi banyak ni. Dulu, aku mula pikir, lambat lagi nak kahwin, so tak yah susun amal ibadat sangat. Sekarang? Aku mula rasa menyesal.

 Perempuan dambakan lelaki yang boleh bimbing dia dalam amal ibadat. Lelaki yang boleh jadi imam dalam solatnya. Lelaki yang boleh beri nasihat, lelaki yang penyabar, lelaki yang tak ego untuk mengakui kelemahan sendiri.  

Check list dalam diri, sayangnya, aku masih jauh untuk mencapai kualiti lelaki yang perempuan impikan. Tak pe nept, slow2 melangkah, biarpun setapak, pasti ada hikmah. Sekurang – kurangnya Allah beri kesedaran J