Followers

Wednesday, 13 June 2012

Membeli belah, bukan fitrah aku



 Dalam hidup ni, banyak benda yang aku tak suka buat, antaranya menemani perempuan membeli belah.  Korang tau je la, wanita dan shoping memang tak boleh dipisahkan. Mereka rambang mata melihat itu dan ini, dan akhirnya hanya satu atau dua je yang berkenan di hati
.
Mengenangkan ramadhan makin nak dekat, adik perempuan aku tak habis – habis desak aku untuk membawa dia ke Bandar Tangkak untuk membeli kain baju rayanya. Aku tengok abah, dari riak wajahnya, memang aku tahu yang dia hendak bersara dalam menguruskan baju raya adik beradik aku. Cukup dengan penyerahan kad bank dan kunci kereta bermaksud, sekarang ni, kau uruskan adik – adik kau, abah nak tengok boleh tak kau uruskan family?

Aku tak pandai dalam bab – bab pakaian perempuan, biasanya aku mintak kawan perempuan aku untuk teman aku beli baju raya perempuan ni. Sebab biasanya perempuan memang pandai sikit pasal kain dan tawar menawar. Tahun lepas sebab tak sempat, aku ajak adik – adik perempuan aku untuk beli baju siap kat Baitulmall Muar, dan sebab last minit, memang banyak la kos yang dikeluarkan.


Orang perempuan ni, baju raya, bukan sehelai,  paling – paling kurang pun 2 3 helai baju kurung.  Kalo tak beli, mahu muncung bibir sedepa. Tu belum kira tudung yang kalo boleh nak sedondon dengan corak bunga - bunga kat baju tu.  Jadi perempuan, memang complicated. Dorang cerewet, jarang aku jumpa perempuan yang cakap, “alar, baju raya 2 3 tahun lepas kan ada lagi, pakai je la”.

Yang paling aku tak paham, dorang sering merungut tak de baju untuk pergi ke sesuatu majlis, padahal boleh setiap bulan aku tengok dorang dok tambah koleksi baju kurung, manik dan sebagainya. Koleksi tudung jangan cerita la, tudung bawal, tudung endon, pashmina, selendang yang dok lilit – lilit kat leher. Dan paling kerap aku tengok awek – awek sekarang layan fesyen Hana Tajima, ok la, sweet, elok bertutup dari terdedahkan?


Sampai je bandar Tangkak, gedung tekstil Johor.  Memang banyak la kain – kain yang boleh ko pilih berdasarkan kos dan citarasa ko. Semua ada. Ada yang sampai 70 peratus discount, ada yang beli satu percuma satu lagi. Ada yang ofter kalo beli selori kain, boleh dapat discount gila – gila. Dan disebabkan Tangkak merupakan satu tempat yang menjual pelbagai aneka kain, persaingan memang sengit dari setiap peniaga. Masing – masing tak nak kalah buat promosi, dan pelayan – pelayan biasanya terdiri dari anak – anak dara hingga ke mak cik – makcik yang masih lagi bergetah yang tak jemu – jemu melayan pelanggan membeli kain.




Perempuan ni ada satu habbit, kalo dia pergi bershoping, dia nak pelayan ada sekali sebelah dia supaya senang dia nak pilih, banding dan beli kain tersebut. Berbeza dengan aku, aku suka jalan – jalan, tengok – tengok, belek – belek, semua aku buat sorang diri. Bila dah confirm, baru aku amik barang tu dan bawak ke kaunter. Tak de privacy dalam membeli kalo ada pelayan di sebelah ko. Rasa macam diperhatikan,  tapi kalo pelayan tu cam Lisa Surihani, Shila Amzah ke, mungkin aku pertimbangkan untuk berada di sebelah.



Aku tengok ada golongan brother dok pilih kain, aku senyum kat bro tu pastu bro tu senyum balik kat aku .  Teman girlfriend ke? Dia senyum lagi, biasalah orang perempuan kan? Time tu aku dengan dia tergelak – gelak. Lelaki dan window shopping adalah ibarat minyak dan air. 


Siap membeli apa semua, aku nak balik rumah seawal mungkin. Sampai je rumah, aku membantingkan badan ke tilam.  Aku boleh angkat sawit sampai penuh satu lori, tapi untuk teman adik aku shoping kain selama dua jam, boleh membuatkan aku terlena selepas asar. Penat…

Ada sepasang kain tu, cantik sangat, even aku lelaki, aku rasa nak hadiahkan kain tu kepada sesorang untuk dibuat kebaya or baju kurung, Sometime bila ko single ni, mula la ngada – ngada nak berteman, hampeh punya nafsu. hahah

Tuesday, 12 June 2012

aku mintak maaf



Sejak duduk rumah ni, kerja kat ladang, life aku banyak dipengaruhi cara hidup orang Indonesia.  Seperti kebiasaan lagu – lagu dangdut kappalo sering berkumandang di telinga.  Semua ni gara –gara Yanto yang suka melayan dangdut sambil bekerja.

Indonesia dan dangdut, ibarat laptop dan facebook, tak perfect sebuah computer riba kalau facebook tidak menghias screen.  Begitulah rentak hidup mereka.  Lagu Dangdut kagen band, via vallen dan mas idayu memenuhi senarai lagu di handphonenya.

Aku pun layan gak la sekali sekala.  Aku suka layan lagu cinta 100 percent dari Mas Idayu. Mungkin sebab aku suka lagu tu cam mengagungkan cinta seorang lelaki.  Agak terhibur la dilayan  oleh lelaki yang single cam aku ni.

Dulu orang kata, orang lelaki mulut manis, lidah tak bertulang, ibarat menanam tebu di tepi bibir. Tapi aku rasa mostly, perempuan yang banyak buat cam tu.  Dulu janji tak kan melukai apa semua. Last – last sama je. Hahahaha. Tak pe, pengalaman beb,.



Sejak single ni, memang la rasa sunyi. Aku pernah tanya kawan baik aku, (perempuan) apa rasanya bila terasa sunyi. Dia kata dia sedih, kadang – kadang cemburu pun ada bila melihat kawan – kawan mereka dilayan baik oleh teman lelaki. Erm.  Sejujurnya, aku pun rasa macam tu. Aku rasa sunyi kalo duduk di depan laptop sambil mengarang blog ni, tengok handphone, tak de msg mahupun call. Tapi bila aku baca buku “jangan bersedih, kebahagiaan bersama mu”. Ko akan mula paham kenapa Allah bagi ko kesedihan sebab dia nak bagi ko pengajaran.

Pengajarannya? Biarlah aku je yang tahu.

Aku tengok gambar – gambar time aku praktikal dulu. Aku rasa aku rindukan murid – murid aku. Betul orang cakap, nakal – nakal kanak – kanak pun, mereka tak akan melukai hati kau seperti orang dewasa. Kanak – kanak tak pandai berjanji, tapi mereka lebih pandai menghargai.  Tak pe anak muridku, naik cuti ni cikgu datang lawat korang ea
.

 Aku layan seindah sakura petang tadi, entah ape cerita, fahrin tu sebut satu dialog “ kita terlalu memikirkan kesedihan hari ni, tapi kita lupa kebahagiaan akan datang”. Ok, aku admit, slow by slow aku kena move on. Sorry, aku terpaksa amik tindakan cam ni. 



Aku teringin nak bina satu life dengan seorang perempuan yang betul – betul komited nak bina satu keluarga yang bahagia. Boleh dan sanggup hidup susah dan dan senang dengan aku.  Dia boleh terima baik dan buruk aku. Dan paling penting, dia boleh menghormati keluarga aku. Tu je, tak banyak.

Abah aku perasan aku cam sedikit sunggul, bukan apa, nak ajak kawan – kawan main futsal, semua belajar kat u, tak pun tengah kerja.  So aku lepak dengan Yanto, Aku try ignore lagu – lagu sedih, gila apa, ko dah sakit perut, ko makan julap lagi. Lagi la meragam kan?  So move on~

Kepada orang sana, sorry, bukan aku tak boleh nak jadi kawan kepada bekas kekasih lama. Tapi ada tempohnya, mungkin kerana ego aku tinggi dan hati aku mudah terluka. Boleh nak jadi kawan, but it takes years to cure this pain. Ex aku no 1 dan 2 tu amik masa dua tiga tahun untuk jadi kawan. So apa kata ko amik masa ni, untuk balik semula ke ex ko. Itu yang lebih baik kan?

Jangan la risau, aku tak benci kau, Cuma aku rasa aku terlalu pentingkan diri, aku nak jaga hati aku sendiri sebab tiada orang lain akan jaga hati ni. So lupakan kenangan lama, Jangan simpan gambar – gambar aku lagi sebab tu akan melukakan lagi hati ko.

Ape – ape pun aku doakan ko bahagia dengan ex ko~ amin 

Monday, 11 June 2012

jaga anak perempuan lebih susah dari sekandang lembu?



Ramadhan hampir tiba, yet, aku tak buat practice apa – apa lagi. Gua duduk di anjung sambil menaip beberapa patah perkataan.  Sementara diri sibuk menghindari demam euro di facebook, aku suka melihat telatah manusia yang terikut – ikut dengan trend hidup semasa. Ramai awek – awek yang mula mengaku mereka peminat setia bola sepak dengan status yang tak kurang gediknya, wahlal sebelum ni life mereka lebih kepada shoping, tutti fruity, dan Mcd.


Aku baru lepas perintah adik perempuanku  Nur Kamilah @ Ella untuk membuat air teh untuk abangnya yang diktaktor ni. Jelas terpampang wajah masam menghiasi muka bila menerima titah mohor kekanda sulungnya. Namun apakan daya, dia cuma adik yang bertubuh halus manakala abang sulongnya bertubuh besar membuatkannya dia terpaksa patuh dalam keadaan rela.
ni adik perempuan aku no 2, Nur Kamilah

Seteko air teh o dihidangkan di atas meja bersebelahan laptopku. Hehehe, esok aku niat nak belikan pencuci muka untuk dia, garniaer light rasanya nama tu. Dia marah sebab aku guna pencuci muka dia dari minggu lepas sampai ke hari ni.  Dia sering bising sejak jerawat – jerawat kecil mula menghiasi dahinya, dan biasanya jawapan aku, “biasalah tu, ko tu dah nak jadi anak dara, memangla hormone dah mula berubah” jangan kopek (picit) nanti jadi parut, dah susut nilai”. Dan time tu la dia akan tarik muncung sepanjang depa. Mungkin kerana dia menyesal kerana abang sulong dia sangatlah tak romentik orangnya.

Dalam hidup ni, ko biasa dengar kadang – kadang pepatah orang tua “ nak jaga lembu sekandang, lebih senang dari jaga seorang anak perempuan”.  Well kalo ko tanya pendapat aku, si pengembala lembu, tak de la susah mana, bagi makan, bagi minum, cukup beberapa tahun, buat korban.  Cuma kalo dapat lembu liar, memang agak stress gak la nak handle, tapi lama – lama ok.


Anak perempuan? Aku tak de pendapat sebagai parents, Cuma aku boleh bagi pendapat sebagai abang. Mempunyai dua orang adik perempuan, yang agak dengar kata, kaki duduk rumah, tak ikut jantan naik motor, itu merupakan salah satu kesenangan buat aku. Hati aku tenteram, bila aku balik kebun, adik – adik perempuan aku, duduk rumah, main facebook, baca novel dan sewaktu dengannya.

Pernah minggu lepas, sekolah adik aku buat pertandingan battle of the bands kat sekolah dia. Dan biasalah naluri remaja – remaja baru nak naik ni. Entah kenapa pukul 5 petang, adik aku, Ella call handphone aku, cakap nak pergi tengok konsert tu kat sekolah dia.  Aku rasa  pihak sekolah tu dah bangang, wat pertandingan battle of the band kat sekolah? buat lepas pukul 9 malam plak tu? Apakah ini yang dikatakan pembangunan insan? Jangan cita banyak, aku pun cikgu gak.


Aku apa lagi, amik kereta, terus pecut dari kebun ke rumah. Sampai saja rumah,  adik aku buat muka seposen dia, sambil membulat – bulatkan mata macam cat in the boots.  Aku pun tak sampai hati, aku bagi dia pergi, dengan syarat aku ikut sekali. Maka temeterailah perjanjian di antara adik dan abang untuk pergi battle of the bands.


Adik aku dress up. Baju lengan panjang, dan berseluar jean, tudung tu menutupi dada dan disarungkan lagi dengan girl sweater.  Aku menjeling, dan dia pun paham yang aku cukup tak berkenan bila tengok dia berseluar jean, walaupun abang sulungnya merupakan pencuci mata tegar melihat anak dara lain berpakaian sendat tapi aku cukup tak rela kalo ada jantan – jantan lain menatap adik aku dari pelbagai aspek. Memang mintak pedang samurai aku la jawabnya.
nak mainkan adik aku? talk to my sword~


 Sampai sahaja di sana, tu dia, korang boleh tengok couple – couple muda dok pegang tangan. Awek – awek sekolah yang dah mula pandai free hair pada waktu malam, sedangkan waktu siangnya manis bertelitup dengan tudung. Rambut perang sana sini. Aku puji pihak sekolah sebab berjaya menarik kehadiran pelajar pada waktu malam, tapi kalo kehadiran macam ni buat apa?  Dah tak ubah macam tanjung ketapang pun ada . Tempat orang Muar biasa dok layan asmara muda mudi.

Aku pegang tangan adik aku, aku cukup risau kalau ada tangan lelaki lain yang nak pegang tangan dia, macam insiden di depan aku ni. Awek tu dok layan lentok kepala kat bahu pakwe dia. Memang romentik, pandai awek dia bermanja, tapi pikirlah. Aku empat kali couple, takde  satu pun yang kekal. Agak  - agak, dia bagi nikmat tu kat bf pertama, kedua dan ketiga, suami dia nanti dapat sisa je. Oh, sungguh sterotype permikiran gua, tapi aku rasa sterotype gua ni lebih bagus demi menjaga maruah adik – adik perempuan gua.

Tak sampai setengah jam, aku tarik tangan  adik aku, dan bisik kat telinga dia, “balik rumah jom, kita beli berger, leh makan sama – sama dengan emak ngan afiq. Adik aku senyum, dan aku pun paham dia tak biasa dengan situasi ni.

Aku admit aku bukan lelaki yang baik, aku horny, aku gatal merenyam dan kadang - kadang aku suka like gambar perempuan free hair dan tersembul cleavage kat facebook (melayu terutamanya) . Tapi bila tiba part adik – adik perempuan, ko akan sedar, kenapa mak ko lahirkan ko sebagai anak lelaki, yang pertama antaranya. Kalo abah, ayah ko tak de, ko sebagai anak lelaki merupakan wali untuk akak dan adik perempuan ko.

Ko tak suka adik perempuan ko dilukai, dicabuli jasad dan rohani, dan mengandung anak haram, so ko jangan buat kat anak dara lain. Tuhan maha Adil, jangan sentuh hak orang, dan Tuhan akan jaga hak ko.

Saturday, 9 June 2012

abah



Aku menekan pedal minyak sederas mungkin, sementara menantikan kereta lain memotong kereta yang dipandu, aku memerhatikan cermin sisi. Bimbang jika ada lori – lori traktor yang ingin masuk ke lorong kanan. Terasa berderau darah bila memikirkan insiden hampir dihimpit lori tangki minyak petronas yang ingin memotong kereta aku 10 minit yang lepas

Abah di sebelah, menikmati tidur tengah harinya seenak mungkin di tempat duduk penumpang hadapan. Aku cukup risau kalau abah terjaga, bukan apa, setiap tingkah laku pemanduan aku sering ditegur oleh abah hingga kadang – kadang aku rasa ingin memandu seorang diri tanpa ada seorang co – pilot yang menemani.

Jalan lurus highway dari batu pahat ke johor bharu ku harungi dengan kelajuan 110 km per hour. Mata terasa mengantuk, tapi bila mengenangkan perbualan antara aku dan abah pagi tadi membuatkan mataku segar dan lorekan senyuman mula terlukis di antara bibir.

Kadang – kadang, aku berasa beruntung, walaupun abah aku sering dianggap garang oleh rakan – rakan sepermainan ku dahulu, pada hakikatnya abah begitu sporting. Abah begitu mudah untuk dibawa berbincang, berborak dan bercerita tentang pengalaman hidupnya. Abah seperti aku juga dahulu pada zaman mudanya, ada perasaan yang dipanggil cinta muda mudi. Pernah jatuh cinta, ketawa, bahagia, kecewa dan berpisah, itu semua adalah lumrah hidup manusia.

Aku membuka satu medan perbincangan dengan abah, bagaimana rasanya bila cinta dihalang orang tua kerana berbeza tempat dan budaya.  Abah begitu paham, kerana dia sendiri pernah merasai, tiada halangan dari abah untuk aku mencari jodoh dari negeri lain, kerana itu adalah hidup dan hak aku untuk merancang masa depan aku bagaimana. Abah mengesyor aku untuk berjumpa dengan ayah kepada perempuan yang aku suka terlebih dahulu, dapatkan kebenaran untuk berkawan dengan anaknya. Sekiranya tiada halangan, proceed macam biasa, dan abah pula akan datang menyusul untuk meminang.

Abah cakap, kalau ada jodoh, tidak akan ke mana. Jangan pernah menjanjikan apa – apa kepada manusia sekiranya tiada kemampuan dan kudrat untuk melaksanakannya.  Aku terdiam,  walaupun niat hati ingin kahwin awal, tapi aku sedar, aku masih muda, masih mentah, satu peringkat umur yang diketogerikan hijau, umbun – umbun muda di awal subuh hari.
Aku serahkan semuanya kepada Allah, kerana Allah dah tetapkan segala – galanya untuk hambanya. Dari sekecil – kecil kuman, sebesar – besar gunung, sehalus – halus jin dan segala terang dan nyata, Allah itu maha mengetahui baik buruk sesuatu peristiwa Cuma manusia yang sering merumitkan segala perkara.

Sampai sahaja di Johor Bharu, kereta ku pandu untuk masuk ke simpang UTM. Kami menuju ke falkutlti research and eductation. Dengarnya terdapat sedikit pembetulan mengenai muka hadapan Thesis abah yang perlu dibuat bagi membolehkan abah didoktorin.  Dua jam diperuntukan semasa di Johor Bharu bagi membetulkan sedikit kesilapan kecil. Selesai sahaja urusan tesis ini, kami bergegas pulang ke batu pahat terlebih dahulu.
Sampai sahaja di persimpangan Tongkang pecah, abah kata hendak melawat dusun duriannya di  Parit Jabong yang berkeluasan 1.5 ekar.  Dusun tinggalan arwah atuk,  untuk anak – anak dan cucu – cucunya.

Seperti aku duga,  5 kereta sorong diperlukan bagi memungut buah durian yang bertaburan di tanah dusun atuk. Masih teringat, zaman dahulu, atuk sering membawa cucu – cucu lelaki terutamanya bagi memungut buah durian dan memetik buah pulasan. Aku rindukan kenangan dahulu, namun semua cucu sudah besar, ada juga yang sudah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan cahaya mata. Terasa diri makin tua bila mengenangkan hari – hari yang berlalu.

Abah melihatku memungut durian dan dikumpulkan satu tempat sebelum diangkat untuk dipindahkan ke dalam kereta.

Abah: dulu, abah macam kau, ikut je atuk ko masuk kebun, kutip durian pastu jual kat tokey cina
Aku: dulu atuk garang tak bah?
Abah: hish, garang, semua anak – anak takut dengan dia.
Aku: hehe,  pokok durian tu dah berapa puluh tahun abah? (sambil jari menujuk ke arah sebatang pokok durian yang yang besarnya 3 peluk lelaki dewasa.
Abah: entah, sebelum abah lahir, pokok durian tu dah ada, arwah atuk ko yang tanam dulu. Nanti tanah yang abah baru buka tu abah nak tanam pokok durian kahwin,  nanti anak – anak kau boleh datang kutip durian macam ko buat ni ha.

Bagi aku, walaupun abah seorang yang agak garang dan bengis wajahnya, abah sebenarnya seorang yang berfikiran jauh dan suka berkongsi pendapat dengan orang lain.  Aku masih teringat, peristiwa 2 minggu sebelum aku menduduki final. Abah begitu beriya mahu membeli kereta baru, Toyota hilux yang berharga sekitar rm 90 ribu kalau tak silap aku.
Tiada halangan dari anak – anaknya kerana bagi aku, sudah tiba masanya, abah menikmati hasil kejayaannya dengan duit dari titik peluhnya sendiri. Namun fikiran abah berubah bila ada orang di sebelah kebun kami menawarkan untuk menjual tanahnya dengan harga rm 130 ribu 4 ekar.  Dan aku antara orang pertama yang diberitahu mengenai hasratnya untuk membeli tanah baru tersebut berbanding impiannya untuk berkereta mewah.  Aku tersenyum, kerana abah pernah cakap, abah beli bukan untuk abah, tapi untuk anak – anak abah. Abah ni hidup pun tak lama dah nept, tapi seelok – eloknya biarlah abah tinggalkan korang dengan berharta.

Ungkapan abah tersebut membuatkan aku teringat tentang seorang kerani di sekolah abah yang sering memaksa abah untuk berkereta baru. Kerani tersebut tahu mengenai gaji – gaji guru di sekolah abah termasuk gaji abah sendiri. Masakan seorang guru yang berjawatan DG 48 tapi masih berkereta buruk, tidak ubah seperti kereta perang dah layaknya.  Abah tersenyum dengan gurauan kerani tersebut dan satu ungkapan abah yang akan aku jadikan sebagai pegangan ke akhir hayat.

Harta tak akan dibawa sampai ke kubur, tapi bukan ke seelok – eloknya kita tinggalkan anak – anak kita dengan sedikit perlindungan, supaya di akhir hidupnya, mereka tidak akan meminta – minta dari orang lain.

Ramai orang tanya, kenapa permikiran aku berbeza dengan permikiran orang lain, jawapan yang begitu mudah, kerana aku ada seorang guru yang bagus, iaitu abah .

Saturday, 2 June 2012

bf dingin? buat dia cemburu. habis cerita



Boyfriend aku tak setia, boyfriend aku tak pedulikan aku, boyfriend aku ni, boyfriend aku tu, semua luahan yang hampir sama dari setiap kawan perempuan yang dok luah masalah kat aku.


Aiseh….empunya badan pun hadapi masalah ni, tapi aku lelaki la kan. So aku tak pandai nak selesaikan masalah dari perspektif orang perempuan. Tapi bak kata pepatah, hanya buaya yang mengenal buaya. So boleh la aku bagi beberapa tips yang mungkin korang boleh guna pakai untuk lembutkan hati bf korang.

Lelaki, naluri sebenar dia, mengejar.


Ada satu benda yang perempuan kadang – kadang tak sedar, yang lelaki ni, nalurinya pemangsa, kami suka mengejar. Mengejar dari skop macam mana? Bukan mengejar pastu gigit korang. Mengejar ni, lebih kepada nak mencuri perhatian dan hati korang sekaligus.
Kalau korang perasan, di awal perkenalan, lelaki ni biasanya lebih aggresif dalam proses bercinta. Demi cinta, jangankan gunung sanggup didaki, lebuh raya pantai timur pun sanggup mereka redah, demi mengejar cinta korang. Aku masih ingat kawan aku, dia ni smoker, heavy smoker, tapi sebab nak call awek dia yang guna no lain, sanggup dia berpuasa hisap rokok semata – mata nak cover top up awek dia. Gila sweet kan. Hampeh

Tapi lepas dah dapat, sebulan, dua bulan, tiga bulan, call pun jarang – jarang, sms pun sekali sehari, dia pun lebih teruja layan awek lain dari awek yang dia ada sekarang ni. sekarang pun layan hisap dunhill balik. Hahaha.

Korang mesti perasan yang lelaki di awal perkenalan sangat – sangat sweet, termasuk aku. Everyone tries to show the best thing in front other in early relationship. Itu betul. Termasuk korang. Tolong jangan deny. Semua akan berlaku baik, tapi korang tak tahu, lelaki ni merupakan mahluk yang sangat talam dua muka kadang – kadang. Bulan pertama dia akan cakap, koranglah gadis paling cantik yang dia pernah ada, tapi mungkin korang tak perasan, dia dah cakap cam tu dengan ex – ex lain sebelum ni.


Aku biasa dengar, perempuan akan cakap macam ni “ dulu, dia yang kejar kita, sekarang dah dapat, terus sepak ke tepi, ingat aku ni bola sepak ke?” Mesti korang setuju kan? Once lelaki dah berjaya dapat perhatian dan hati korang, slowly, dia akan abaikan ko sementara demi focus pada benda lain. Jangan salah faham. Bila dia abaikan korang, tak bermaksud dia tak sayangkan korang, dia cuma perlukan sedikit masa untuk bersendirian.



Kalau korang perasan, kebanyakkan lelaki ni, suka berahsia, korang biasa bercerita dan berkongsi masalah korang dengan bf korang, tapi kalo korang perasan bf korang jarang –jarang bercerita masalah peribadi dia dengan orang lain, even gf dia sendiri. Aku? Aku tak, kalo ada benda yang aku rasa tak kena, aku akan cari someone untuk aku berkongsi pandangan dalam menyelesaikan masalah aku. Cuma kadang – kadang, aku lebih perlukan seorang kawan dari seorang teman wanita untuk berkongsi masalah.  Sebab bagi lelaki, teman wanita bukannya tempat untuk berkongsi masalah, tapi untuk bermanja dan berkasih sayang.


Jadi, macam mana nak dapatkan semula perhatian si dia? Senang je, timbulkan lebih banyak cabaran, buat la bf korang sedikit jeles.  Aku tahu cara ini sangat kejam, memang pun.  Tapi cara ini yang paling berkesan untuk membuatkan bf korang  bertindak di luar paras normal.


Kadang – kadang, ex bf korang yang pernah tinggalkan korang, akan kembali semula, untuk mendapatkan korang, kerana perasaan jelous ni. Lelaki adalah mahluk Tuhan yang hanya pandai menghargai sesuatu kehilangan lebih dari sesuatu nilai di sisi. Bila lelaki hilang perempuan yang dia sayang, dia akan meronta, dia akan jadi gila separa sedar, dan adakalanya tindakan – tindakan dia itu boleh membahayakan diri dia dan orang lain.

Jadi nampak tak penerangan aku bagi di atas, bila korang rasa bf korang mula abaikan korang. Jual la sedikit mahal, jangan tawar murah. Buat cerita yang ada mamat baru tu kerja kat tempat ko. Orangnya handsome, hidung mancung, tinggi lampai sampai cecah syiling dan paling best mamat tu cam ada hati kat ko. Bila bf ko dengar cerita cam tu, even aku pun cemburu, mula – mula memang la cam gaduh sikit. Tapi percayalah, dia akan rasa jarak hubungan korang semakin jauh. Time tu la lelaki akan mula sedar, dia perlu lakukan sesuatu supaya ko tak tinggalkan dia.

So back to the main instinct, pemangsa suka menggejar. mereka tak suka dikejar, mereka rimas. Tapi bila mangsa dah mula berlarian, mereka akan kejar semula.

Senang je kan. Aiseh, aku rasa lepas jadi cikgu ni, aku nak amik master then apply jadi counselor dan perunding motivasi sebab aku rasa aku sangat expert bab – bab gini.  Bila bf ko tahu lelaki yang korang cerita tu rupanya seorang bangla kerja cleaner, mesti dia benggang


Friday, 1 June 2012

kecewa sebab cinta? jangan putus asa


Aku malas nak cerita perasaan aku kat blog sekarang ni. Bukan apa, lepas kena perli dengan mak ucu ngan cousin aku diba, mau jatuh gak air muka aku yang tak seberapa ni. Kesnya sebab aku suka luah perasaan kat blog ngan facebook. Aiseh, jatuh sudah semangat aku nak berkarya dengan penulisan aku yang cikai ni.

Ok, macam aku cerita dalam post – post yang lepas, kalo lelaki putus cinta, apa korang kena buat? Teruskan hidup macam biasa, jangan sedih – sedih hingga kreadibiliti korang terjatuh. Sekarang ni, tukang post pula putus cinta, ni tengah sedih la ni,  sapa nak tanggung? Sendiri punya badan la kan

Terpisah sebab berbeza negeri je pun, aku tak salahkan dia, family dia mesti nak yang terbaik untuk dia kan. So aku pun lepaskan harapan aku. Tak pe la, kalo ada jodoh, bertemu gak.

Aku tak kan ulang lagi mistake aku yang dulu, yang hilang, jangan dirayu, jika benar dia bakal milikku, Insya Allah dia akan kembali.  Aku pun teruskan life macam biasa, tanpa dendam, mahupun sengketa. So kawan la dulu ye dik. Abang doakan adik berjaya dunia dan akhirat.

 Lupa aku nak inform, abah aku pergi Indonesia. Trip rombongan sekolah. HEHE. Lama dah aku tak tengok ayah aku spend masa untuk diri dia sendiri.Biarlah dia menikmati kejayaan dia, pergi honeymoon sekali sekala, jangan cari bini baru sudah. Hahaha.  Hal rumah dan ladang, biarlah aku anak lelaki yang uruskan.

So rutin aku untuk tiga hari sebelum ni, jaga rumah, jaga  mak dan adik – adik dan jaga kebun. Jaga bini? Lom lagi, tapi Insya Allah dalam perancangan. Bila? Entahlah calon pun tak de. STOP BRO.  focus pada rutin balik

Ok,  bangun pagi, solat subuh apa semua. Mak aku dok leter je aku solat subuh gajah.  So aku bangun la awal sikit.  Pukul 7, aku kejut adik – adik aku yang dua orang tu, malas tak ingat. Mentang – mentanglah cuti sekolah. Layan honeymoon plak. 

Kadang – kadang kalo rajin, aku masak la keropok lekor, kalo malas, aku bantai la beli nasi lemak dan roti canai untuk family aku makan pagi.  Kalo korang nak tahu, aku ni abang sulong yang suka bagi order. That why aku boleh jadi ketua. Hahaha. Ela, aku suruh dia sapu lantai pagi2, afiq plak aku suh dia mop lantai, bagi la rumah bau wangi sikit. Aku? Aku tolong la kemas apa – apa yang patut, dan pastikan mak aku tu makan dlu sebelum aku pergi ke kebun.

Pukul 8.30 pagi, aku start kereta proton ayah aku pergi ke kebun. Dalam kul 9 tu aku dah sampai,  Yanto, adik aku arif dengan budak endon baru sorang lagi, Kang namanya. Nama timangan kot.  Cam biasalah, pagi – pagi kita lepaskan lembu untuk makan rumput kat ladang sawit.  Kang dipertanggungjawabkan untuk pantau lembu – lembu dan kambing tu supaya tak masuk kebun orang.

Aku, Yanto ngan Arif plak wat kerja tanaman. hari ni dengan semalam, kitaorang tanam 2000 anak keladi kat kebun baru bukak. 2.5 ekar je. Pastu  aku drive lori ( aku tak de lagi lessen. Insya Allah esok aku daftar) pergi cari kayu untuk buat pagar kebun.

Benda paling best bila bab jual menjual ni. Hari ni aku jual limau nipis kat pasar. Aku jual 20 kilo. Hampeh apek tu, dia nak borong semua dengan sekilo rm 1.50 je. Gila apa? Aku tengok dia jual sekilo rm 5 sekilo kot.  Apek tu dah beria – ria dok sorong bakul ke kereta aku sebab nak amik limau tu. Tapi aku tak nak. Sebab apek tu cekik darah, last – last aku jual ke kawan dia sebelah, dia amik rm 2.50 sekilo. Hahaha. Dapat rm 50~

Pastu petang tu aku suh  Yanto petik lagi 10 kilo. Saje je aku nak buat eksperimen.  Aku try minum kat satu kedai makan ni. Aku borak la dengan boss dia, nak beli tak limau nipis. Bos dia tanya, berapa sekilo. Aku cakap rm 3. Laju kot boss tu mintak, dia mintak rm 3 kilo, sebab kalo dia beli kat pasar, paling murah pun apek – apek tu akan bagi rm 4.50 sekilo. Baik dia beli ngan aku kan? Lagi murah.. Ok  rm 9 dalam tangan. Benda yang sama aku buat untuk 3 buah kedai, ada yang mintak 2 kilo, ada yang mintak 4 kilo.  Last – last habis~

Best kan berniaga, itu limau nipis je.  Kadang – kadang aku jual limau kasturi ikan keli, kadang – kadang aku jual ayam kampung. Sayur – sayur semua.   Erm, sejujurnya, aku sibuk membuat diri aku bz, supaya aku leh lupakan kenangan lama.  Cam cakap P.KU aku, nik noor quraian, biar masa mengubat segalanya. Yang penting aku focus pada life aku dahulu. Jangan kejar jodoh, biar jodoh kejar kita. Adakah aku akan tergolek sebab cinta?, tak, sebab pengalaman ni semua buat kita makin matang.

member lama, dan topik kahwin


Gelas yang berisi teh o ais aku sedut menggunakan straw di warung sedikit hadapan dari pasaraya Econsave. Terasa sedikit kelegaan menyusuri anak tekak selepas berhempas pulas mencuba menukarkan lemak- lemak di badan supaya menjadi otot – otot yang pejal di Burly Gym.

Gadis di depanku, Intan hanya minum air kosong yang diisi dengan beberapa ketulan air batu dan santapan malamnya hanya sup sayur.

Aku: ko diet ke beb?
Intan: hahaha, tak de la, aku jaga badan sikit, lagipun rugi la workout malam – malam pastu makan benda berat – berat.


Aku hanya tersenyum sambil melihat ke arah dapur warung tersebut. Sambil mata melirik kepada pelayan wanita dengan harapan supaya mee bandong yang aku tempah tu sudah siap di masak. Aku manusia, yang mempunyai nafsu makan yang tinggi, mungkin kerana sepanjang hidup aku, dididik, kerjanya kasar, maka makannya pun kasar.

Sementara menunggu makanan yang tak siap – siap, aku ambil kesempatan berborak dengan rakan lama.  Sudah enam bulan tak bertentang mata, bertanya khabar pun hanya di facebook yang kita tahu, alam virtual hanya sawindara manusia semata – mata.

Banyak yang kami borakkan, dari study, melencong kepada life, dan kos pengajian masing – masing. Bercerita tentang pengalaman hidup. Dan macam – macam lagi, dan dari perbualannya aku tahu, kita berdua sudah melepasi alam remaja. Kita tidak lagi bercerita tentang fesyen, artis – artis Malaysia dan sewaktu dengannya. Umur 22 tahun, aku pasti baik lelaki dan perempuan, topic perbualan yang sering dibangkitkan, antaranya adalah kahwin~

Intan: cam ne ko dengan special ko tu?
Aku: hahah, mana ko tahu aku ada special? Ko tgk facebook aku ea?
Intan: haha, mestilah, orang mana beb?
Aku: orang Kelantan, tapi ada masalah sikit la beb
Intan: apsal?
Aku: bapak dia tak bagi dia kahwin orang luar, frust aku, cinta dah separuh mati dah ni

Aku dengan intan hanya tergelak mendengar pengakuan ikhlas aku. Nasib baik brother cina kat sebelah tu paham perangai anak muda cam kitaorang. Kalo jenis yang tak tahan, mahu kena sound gak rasanya.

Intan: alar, biasa lar beb, orang Kelantan memang cam tu la, dorang nak kahwin dengan kaum dorang je
Aku: ( diam sejenak) erm memang la, tapi dulu aku ingat bapak dia bagi, tengok la dulu macam mana.

Malam tu, perbualan kami boleh dikatakan berkisar tentang kahwin. Intan bercerita tentang pak cik sedaranya yang baru melangsungkan perkahwinan.  Banyak perkara yang sering diutarakan pasal kahwin ni. Antaranya kalo nak kahwin sekarang, sekurang – kurangnya kena ada 30 K dalam tangan. Orang lelaki la yang biasanya yang banyak keluar duit. Gayannya menyampaikan isi seperti ahli kewangan yang berpengalaman, lupa plak, member aku ni amik finance kat UITM kalo tak silap aku. So no wonder la kalo dia pro sikit bab – bab gini.

Banyak rumusan yang boleh dibuat pasal topic kahwin ni, antaranya, lelaki akan lewat kahwin sebab nak kumpul duit dahulu, nak beli rumah, kereta dan sebagainya. Kos kahwin bukan macam kos beli kereta, banyak bezanya. Kalau beli kereta, paling – paling pun, downpayment je dahulu, lepas tu semua ansuran bulanan. Kalo kahwin? Mak bapak perempuan sah – sah nak secepuk terus, kalo dia kata 10 k sebagai hantaran, so 10 k la ko kena cari sepanjang tempoh kerja tu. Itu baru hantaran, belum lagi kenduri kendara, pakaian pengantin pelbagai tema, set pelamin tiga tingkat, kek kahwin 10 tingkat, argh, itu semua adat semata – mata.

Malam tu perbualan kami tamat tepat 10.30 rasanya, aku malas nak keluar lama- lama dengan anak dara orang, kang mulut orang mengata, nanti nama mak bapak aku gak naik kan. Jadi aku tutup majlis forum malam tersebut dengan sepinggan mee bandong dan 2 gelas teh o ais.