Dalam hidup ni, banyak benda yang aku tak suka
buat, antaranya menemani perempuan membeli belah. Korang tau je la, wanita dan shoping memang
tak boleh dipisahkan. Mereka rambang mata melihat itu dan ini, dan akhirnya
hanya satu atau dua je yang berkenan di hati
.
.
Mengenangkan
ramadhan makin nak dekat, adik perempuan aku tak habis – habis desak aku untuk
membawa dia ke Bandar Tangkak untuk membeli kain baju rayanya. Aku tengok abah,
dari riak wajahnya, memang aku tahu yang dia hendak bersara dalam menguruskan baju
raya adik beradik aku. Cukup dengan penyerahan kad bank dan kunci kereta
bermaksud, sekarang ni, kau uruskan adik – adik kau, abah nak tengok boleh tak
kau uruskan family?
Aku
tak pandai dalam bab – bab pakaian perempuan, biasanya aku mintak kawan
perempuan aku untuk teman aku beli baju raya perempuan ni. Sebab biasanya
perempuan memang pandai sikit pasal kain dan tawar menawar. Tahun lepas
sebab tak sempat, aku ajak adik – adik perempuan aku untuk beli baju siap kat Baitulmall
Muar, dan sebab last minit, memang banyak la kos yang dikeluarkan.
Orang
perempuan ni, baju raya, bukan sehelai,
paling – paling kurang pun 2 3 helai baju kurung. Kalo tak beli, mahu muncung bibir sedepa. Tu
belum kira tudung yang kalo boleh nak sedondon dengan corak bunga - bunga kat baju
tu. Jadi perempuan, memang complicated.
Dorang cerewet, jarang aku jumpa perempuan yang cakap, “alar, baju raya 2 3
tahun lepas kan ada lagi, pakai je la”.
Yang
paling aku tak paham, dorang sering merungut tak de baju untuk pergi ke sesuatu
majlis, padahal boleh setiap bulan aku tengok dorang dok tambah koleksi baju
kurung, manik dan sebagainya. Koleksi tudung jangan cerita la, tudung bawal,
tudung endon, pashmina, selendang yang dok lilit – lilit kat leher. Dan paling
kerap aku tengok awek – awek sekarang layan fesyen Hana Tajima, ok la, sweet,
elok bertutup dari terdedahkan?
Sampai
je bandar Tangkak, gedung tekstil Johor.
Memang banyak la kain – kain yang boleh ko pilih berdasarkan kos dan
citarasa ko. Semua ada. Ada yang sampai 70 peratus discount, ada yang beli satu
percuma satu lagi. Ada yang ofter kalo beli selori kain, boleh dapat discount gila
– gila. Dan disebabkan Tangkak merupakan satu tempat yang menjual pelbagai
aneka kain, persaingan memang sengit dari setiap peniaga. Masing – masing tak
nak kalah buat promosi, dan pelayan – pelayan biasanya terdiri dari anak – anak
dara hingga ke mak cik – makcik yang masih lagi bergetah yang tak jemu – jemu melayan
pelanggan membeli kain.
Aku tengok
ada golongan brother dok pilih kain, aku senyum kat bro tu pastu bro tu senyum
balik kat aku . Teman girlfriend ke? Dia senyum
lagi, biasalah orang perempuan kan? Time tu aku dengan dia tergelak – gelak. Lelaki
dan window shopping adalah ibarat minyak dan air.
Siap
membeli apa semua, aku nak balik rumah seawal mungkin. Sampai je rumah, aku
membantingkan badan ke tilam. Aku boleh
angkat sawit sampai penuh satu lori, tapi untuk teman adik aku shoping kain
selama dua jam, boleh membuatkan aku terlena selepas asar. Penat…
Ada sepasang
kain tu, cantik sangat, even aku lelaki, aku rasa nak hadiahkan kain tu kepada
sesorang untuk dibuat kebaya or baju kurung, Sometime bila ko single ni, mula la ngada – ngada nak berteman,
hampeh punya nafsu. hahah
No comments:
Post a Comment