Followers

Friday, 10 February 2012

kahwin awal......

Dalam masa terdekat ni, aku selalu ternampak beberapa kawan, suka post status kat fb, pasal pernikahan, kahwin dan tak kurang juga pertunangan. Tak ketinggalan juga beberapa orang senior yang selamat dinikahkan dan gambar – gambar jelas menceritakan mereka gembira dengan pasangan mereka.

gambar hiasan

Aku yang dijemput melalui invitation dalam facebook, hanya dapat menyampaikan taniah kepada mereka melalui facebook juga. HAHA. Kawan – kawan, lain kali sila jemput tetamu pakai kad. Kalau saudara mara, sila telefon atau bertandang ke rumah.


gambar cousin aku selamat diijab kabul tahun lepas

Aku rasa ada dekat tiga atau empat orang dah selamat diijab kabulkan dalam batch aku kat maktab ni. Taniah untuk mereka kerana jodoh selamat sampai awal. Baru ni aku jumpa kawan aku, cikgu gak. (rahsia) namanya, kita orang jumpa time mesyuarat AJK Kemanusiaan Kemboja.


Aku baru je tau dia dah bertunang dengan seorang gadis dalam maktab. Aku  agak teruja la dengar cerita dia, sebab jarang – jarang lelaki yang sebaya aku kahwin dalam tempoh terdekat ni.Banyak benda aku nak tanya, contoh, persiapan perkahwinan, respon ibu bapa perempuan dan macam – macam lagi.


gambar hiasan

Aku curios nak tahu sebab bagi aku agak cool kalo lelaki kahwin awal, sebab dia dah macam ada satu keyakinan  diri untuk pikul tanggungjawab sebagai suami. Kalau korang tengok, berapa ramai lelaki boleh pikul tanggungjawab sebagai suami? Tanggungjawab ni berat beb, bukan makan minum si isteri je kita kena jaga, dosa dia pun kita pikul sekali.


Aku tanya kat kawan aku "berapa hantaran tunang ko"?  Soalan pertama yang aku tanya kat bakal pengantin baru.  Aku pun tak tahu kenapa aku tanyakan mengenai hantaran. Kenapa aku tak tanya berapa mas kahwin dia? Bukan ke dalam pernikahan, yang dipentingkan adalah mas kahwin kerana itu adalah hak mutlak isteri.


Definisi mas kahwin berasal daripada perkataan Arab dan dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-aqd. Menurut istilah syarak, mahar ialah pemberian yang wajib oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan


Kawan aku kata, hantaran tak banyak, sebab parents dia pun tahu yang kami ni student lagi, so mungkin kenduri tu buat lepas kami dah kerja nanti.

*************

Dalam hati aku “so sweet~”  bukan untuk kawan aku dan tunangnya, tetapi kepada kedua – dua parents pihak lelaki dan perempuan yang begitu memahami situasi anak – anak mereka.



Cuba kita fikir balik, berapa ramai sangat parents kat luar sana memahami kehendak remaja yang nak hidup berpasangan melalui perkahwinan? Seriously, percentage kesedaran ibu bapa hari ini tentang institusi perkahwinan amat – amatlah rendah.



Macam aku tulis dalam blog sebelum ni, sekarang ni, bukan remaja je ikut trend, golongan dewasa juga terpengaruh dengan isu trend perkahwinan mewah. Zaman Rassullah dulu, para sahabat ada yang hidupnya miskin, ada yang kahwin dengan memberi baju perang dari besi keluli sebagai mas kahwin.

But mostly akan reply balik, kalo nak kira zaman dulu, nenek aku tu dulu anak dara. Seriously, ramai akan cakap "kahwin awal? Ko kuno ke? Desperate? Dah gatal merenyam?"

Haha, bagi aku, gatal nak berkahwin tak salah, lebih – lebih lagi bila ko sedar yang ko sebenarnya ada fitrah nak bernikah. Ko sedar yang sex orientation ko di jalan yang benar. Dan ko sedar, yang kau memang perlukan seseorang dalam hidup ni.



Untuk apa lelaki kahwin?

1.     Untuk meluaskan keturunan dan meramaikan umat Islam di bumi

2.    Untuk menyempurnakan naluri manusia yang ada nafsu, dengan perkahwinan manusia terhindar dari gejala maksiat


3.    Untuk bina masyarakat yang bermaruah, berapa ramai baby dekat Malaysia ni lahir tanpa status yang sah? Aku tak nak rakyat Malaysia nanti 50 peratusnya terdiri dari status ‘anak haram’.



gambar hiasan 
 *******************

Dulu, aku selalu aim dalam perancangan aku. Lepas habis degree, aku nak buat Master part time dalam bidang Pendidikan dekat UTM atau UTHM. Kahwin tu aku tangguh dulu, sebab time tu hormone aku masih kebudak – budakkan.

Aku pernah cakap kat abah aku pasal plan aku ni. Mungkin aku kahwin umur 28 atau 29 sebab nak buat Master part time makan masa 2 tahun (syarat pengajian Master part time). Aku keluar kerja umur 24, aku target umur 25 selepas setahun kerja, aku akan ada sedikit simpanan untuk sambung belajar pakai duit sendiri. Jadi aku akan dapat Master masa umur aku 27. Time tu mungkin ada sedikit saving, aku dah boleh tekel mana – mana gadis yang sudi nak jadi isteri aku.

Abah aku diam sekejap lepas dengar idea aku. Pastu abah mula buka cerita lama dia.  “Abah dulu macam kau juga, habis belajar umur 24 lepas terus kerja sebagai guru". Waktu umur 25 tu abah jumpa mak kau, terus abah ajak mak kau kahwin, Umur 26tahun abah dah dapat kau.


gambar bapak aku time umur dia 24


time ni umur bapak aku 26 (dah berkahwin), dan aku dilahirkan sebagai anak yang sulong

 Abah target umur abah 40 lebih umur ko dah 20 tahun. Masa tu Abah dah ada kau sebagai kawan untuk abah ajak berbincang, berborak, dan bertelagah pendapat. Waktu umur abah 48 tahun, ko dah besar sihat sebagai manusia yang berumur 22 tahun dan sekarang abah dah ada Master dan PhD.


dan ini  hasilnya.... anak dia. hahahaha

Aku mula diam, sebab ternyata perancangan abah lagi panjang dan berjalan seperti yang dia rancang. Aku pikir balik, kalo aku kahwin umur 29, aku akan dapat anak waktu umur 30 tahun (isteri mengandung 9 bulan). Selepas 20 tahun, anak aku tu baru 20 tahun. Aku pulak time tu dah berumur 50 tahun, separuh abad, waktu nak tengok anak aku graduate nanti, 54 tahun dah umur aku time tu.

Aiseh. Kena susun balik perancangan ni. Dari segi kualiti masa, aku da rugi banyak ni. Dulu, aku mula pikir, lambat lagi nak kahwin, so tak yah susun amal ibadat sangat. Sekarang? Aku mula rasa menyesal.

 Perempuan dambakan lelaki yang boleh bimbing dia dalam amal ibadat. Lelaki yang boleh jadi imam dalam solatnya. Lelaki yang boleh beri nasihat, lelaki yang penyabar, lelaki yang tak ego untuk mengakui kelemahan sendiri.  

Check list dalam diri, sayangnya, aku masih jauh untuk mencapai kualiti lelaki yang perempuan impikan. Tak pe nept, slow2 melangkah, biarpun setapak, pasti ada hikmah. Sekurang – kurangnya Allah beri kesedaran J

Wednesday, 8 February 2012

Memiliki rumah? antara realiti dan harapan

Definisi Rumah

Secara umumya, rumah adalah merujuk kepada suatu binaan untuk tempat tinggal(Kamus Dewan, Edisi Baru). Pada masa yang sama, rumah juga disebut sebagai rumah kediaman, bangunan kediaman, harta tanah kediaman, tempat tinggal dan seumpamanya.

gambar hiasan

Bangunan kediaman mengikut Undang-Undang kecil Bangunan Seragam 1984 adalah “sesuatu bangunan atau sebahagian daripadanya yang direkabentuk, dipadan atau digunakan untuk kediaman manusia.”

Menurut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, rumah kediaman didefinisikan sebagai“bangunan atau tanaman yang digunakan kesemuanya atau sebahagian besarnya yang dibina dan dipadankan untuk kediaman manusia”.

Susan Charles (1977) dalam bukunya yang berjudul Housing Economics mendefinisikan rumah sebagai “mana-mana tempat penginapan yang berasingan”.

Jabatan Perangkaan Malaysia dalam laporan terbitannya iaitu Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah Malaysia 1998/99 juga menggariskan definisi tempat tinggal sebagai “sebarang jenis tempat yang bertutup yang bebas dan berasingan yang dibina sebagai (atau dijadikan) rumah untuk kediaman”.


++++++++++++++++++++++

Dua tiga hari ni banyak program, dan kebetulan aku baru je habis kursus multimedia dekat Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu.  Kursus tu amik masa sehari je. Dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang.



Sepanjang perjalanan aku dalam bas nak balik semula ke maktab, ada beberapa iklan jual rumah tertera di persimpangan jalan raya. Aku mula rasa bosan duk dalam bas. Aku cuba nak borak dengan classmate aku, Iqah, budak Kulim Kedah dalam bas tu. Bukan apa, saje je nak mengisi masa terluang sementara menantikan kami selamat sampai ke destinasi.


ini bukan gambar hiasan, sememangnya  bas dalam gambar itu adalah bas yang kami guna untuk pergi ke BTPN. 

Kalau ajak bersembang dengan Iqah, macam – macam cerita lawak keluar,  sebab dia ni cepat ketawa kalo aku buat lawak. Pastu aku mula bagi soalan cepu emas kat dia “Iqah, hang rasakan, agak – agak, umur berapa kita boleh beli rumah sendiri? Iqah cam tergamam bila aku aju soalan macam tu. Yer lah, soalan yang tiba – tiba keluar dari mulut seorang rakan yang pada mulanya bersifat hilai tawa dan dan kini menjadi soalan serius yang tidak terjangkau idea dan pengetahuan semasa.

gambar hiasan

Tak de la serius mana pun soalan aku, sebab kalau tanya mana – mana individu pun, membeli dan memiliki rumah sendiri merupakan salah satu perancangan yang wajib bagi golongan bekeluarga.


“Entahlah, sebab cek rasa la kan, rumah lah ni makin mahal, buat rumah atas pokok kot” seloroh Iqah dalam slang utaranya sambil disambut hilai tawa sebagai penyeri ayat.


inikah rumah cuba digambarkan oleh Iqah? kalo rumah macam ni, aku pun nak buat

Huhu, aku da agak, bagi aku, yang baru nak mencecah umur 22 tahun, mungkin ramai yang berpendapat kami ni masih muda, masih mentah untuk merancang, tidak perlu kisah tentang kehidupan selepas tamat belajar. Focus pada apa yang kita belajar di Institusi pendidikan dan sekiranya ada masa, kita boleh buat part time sebagai pengiat politik pra matang seperti kawan – kawan kita yang sibuk post isu politik di Facebook sedangkan kualiti assignment pun cecah markah paras hidung.


Balik dari maktab , aku acces Mudah.MY. Saje je nak usha harga – harga rumah dekat Muar, tempat kelahiran aku. Aku pun tak tahu kenapa rasa ingin tahu aku sangat kuat, macam tak sabar nak beli rumah sedangkan, pendapatan, ops, elaun aku hanyalah rm 559 sebulan. Kalau nak tunggu pendapatan aku sebagai seorang guru, mungkin aku kena belajar mengurus kewangan aku.  Permulaan kerja sebagai guru DG 1 -1 ,  dengan starting basic gaji adalah  rm 1989, campur elaun mungkin rm 2500? Mampu tak dengan pendapatan tersebut aku mempunyai kediaman idaman sendiri?




Banyak iklan yang aku ushar dekat Mudah.my. Macam window shoping la, beli tak pun



Erm, lepas ushar satu demi satu, aku da start termenung panjang. Cuba mencari satu titik pertemuan antara realiti dan impian…. Mampu tak aku pada masa depan memiliki rumah sendiri. Kalau 10 tahun lepas, Parents aku berjaya memiliki rumah banglo  di tanah rezab Melayu berkeluasan 535 sq.m yang dalamnya ada 4 buah bilik, dua bilik air dan 1 stor, ada laman depan dan belakang, kiri dan kanan untuk dihiasi dengan pokok – pokok bunga dan buah dan 2 tempat parking kereta . Harga rumah tersebut adalah rm 140, ribu ringgit. Cukup selesa untuk membesarkan kami lima beranak.


Sekarang? Rumah banglo di keluasan 535 sq.m di Muar yang dikenali sebagai Bandar pencen, harganya sudah mencecah rm 400, 000! Gila, dalam tempoh 10 tahun, harga naik hampir empat kali ganda?


Aku mula rasa tak selamat, mula rasa kurang yakin dengan keupayaan kewangan aku pada masa depan. Tak salah rasanya aku beli rumah teres untuk permulaan, tetapi aku aim higher dari tu.


Dulu bapak aku pernah cerita, selepas dia masuk universiti, dia diambil sebagai anak angkat oleh keluarga yang agak berada. Dia belajar duduk di rumah banglow, start dari situ, dia pasang impian untuk beli rumah besar untuk sebagai tempat berlindung untuk keluarga. Dia tahu kemudahan fizikal dan persekitaran yang harmoni mampu menyumbang kepada perkembangan sihat  anak – anak.


Tak kan aku yang dulu dibesarkan di rumah banglow, anak – anak aku nanti dibesarkan di persekitaran yang berbeza dengan bapa mereka? Aku nak anak aku rasa selamat berada di rumah, aku nak anak aku tidur nyenyak bila aku balik kerja. Aku tak nak nanti bila anak – anak aku mula mempersoalkan tanggungjawab aku, bila bapak mereka membesarkan mereka di rumah yang agak kurang selesa, sedangkan atuk mereka besarkan bapak diorang ni di kediaman yang besar.


Sekarang ni aku tengah membaca thesis ROSADAH BT. MAHAMUD dan
KHADIJAH BT. HUSSEIN sekadar nak menambah pengetahuan aku tentang fenomena membeli rumah di Malaysia.

KAJIAN KE ATAS KEUPAYAAN GOLONGAN
BERPENDAPATAN SEDERHANA DALAM MEMILIKI RUMAH
DI KAWASAN JOHOR BAHRU.
ROSADAH BT. MAHAMUD
KHADIJAH BT. HUSSEIN
FAKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS GEOINFORMASI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2002

Sangat – sangat berharap, satu hari nanti aku akan jumpa satu solution untuk beli satu kediaman yang selesa untuk anak dan bini aku. Serius, rasa sangat – sangat bersyukur bila aku tak ketagih dan tak berminat pada kereta mahal – mahal sebab habbit ni mungkin membantutkan aku untuk menyimpan wang untuk membeli rumah.

 Kalau beli rumah, harga tiap – tiap tahun naik, kalau aku mati pun, insuran akan cover kos pembelian rumah, sekurang – kurangnya isteri dan anak – anak aku ada tempat untuk berlindung dari hujan basah dan panas terik.

Tiba – tiba Luqman masuk ketuk bilik aku, “mung dah solat Isa (isyak) belum? Kalo belum, pergi pat, sampai tua nanti dok pandai jaga masa semayang”. Leter Luqman kepada aku dalam slang Terengganunya.

Lupa pulak aku, hukum alam, sebesar – besar rumah kita ada, kubur juga rumah terakhir kita. Tanggungjawab pada manusia, tanggungjawab pada Tuhan jangan lupa.


Monday, 6 February 2012

kebapaan, satu fitrah atau tanggungjawab?

Malam ni perut aku memulas,  menangis – nangis mintak nasi. Sebenarnya aku dah 3 hari tak makan nasi, dan 3 hari tak makan malam. Ni semua ikutkan nasihat member aku si doktor pelatih yang kata ‘’ kalo nak cepat kurus, jangan makan nasi, makan protein cam ayam, telur ke, ikan” Ujarnya dengan penuh keyakinan.


Okay, aku terima nasihat doktor pelatih tu sebab member baik kan. Kesannya, tiap  - tiap malam badan aku mengigil macam perokok tegar sangap nak hisap rokok. Mula rasa temperature aku naik, nak pegang pen pun rasa tak larat. Mungkin gangguan kepada metabolism badan.


Malam tu aku nekad, capai kunci motor, terus pergi  ke warung berdekatan. Sampai sana, terus panggil cik adik waiter, “ nasi goreng telur mata sa air teh beng sa, wat cepat sikit neh,  gastric dah rasa.”


gambar hiasan

Tengah aku menahan kesakitan, mata aku terpana melihat seorang bapa yang berbaju melayu hijau dengan kain pelikat, menggendong anak perempuan kecilnya  di tangan kanannya.  Kain pelikatnya ditarik manja  oleh dua orang lagi anak lelaki yang purata umur  3 hingga 4 tahun.


gambar hiasan


Mereka duduk di meja yang terletak di hujung kedai. Aku tengok si bapa tu panggil waiter, mintak nasi goreng kampung dua pinggan, dan telur mata tiga. Air milo ais tiga gelas untuk si anak, dan si bapa tu hanya mintak teh o kosong yang kurang manis.


gambar hiasan 

Kadang – kadang, aku suka menilai di sebalik tindak tanduk orang. Setiap apa yang manusia buat, mesti ada sebab yang logik diterima. Entah kenapa, malam tu aku buat inferen. Si bapa bawak anak – anak dia pergi makan sebab isteri dia tengah pantang nak bersalin kat kampung. Jadi si suami bawak peranan sebagai bapa dan ibu kepada anak – anak yang  seramai tiga orang ni. Si suami tak de masa nak masak makanan berkhasiat untuk anak – anak dia, jadi dia bawak anak – anak dia pergi makan makanan panas dekat warung berdekatan.


Si bapa beli  2 pinggan nasi goreng dengan 3 biji telur mata,  dia suap nasi setiap seorang anak – anaknya. Lepas tiga – tiga anak tu disuap, baru si bapa suap nasi ke mulut dia sendiri.  Seorang si  anak lelaki mengadu dia tak suka makan sayur, dan seorang lagi cakap dia tak suka makan nasi goreng dengan telur.  Si bapa, panggil lagi waiter dan pesan mee goreng mamak dan tak nak sayur. Lepas dapat mee goreng, Si anak  disuap seperti yang dilakukan 10 minit yang lepas.


Anak – anak diberi minum milo ais yang harganya lebih mahal dari teh o kurang manis yang diminum oleh si bapa. Si bapa macam tak kisah kerana kemanisan hidupnya adalah anak – anaknya. Si anak lelaki mengadu lagi, milo ais yang diminum rasa sangat manis dan sejuk sangat dan adiknya mengadu, sakit perut kerana terlampau kenyang. Si anak perempuan di pangkuan merengek tidak  berkesudahan.



Tapi aku tengok si bapa, masih tenang melayan anak – anaknya.  Jauh di sudut permikiran aku yang tak matang, si bapak minum teh o kurang manis sebab nak jaga kesihatan dia. DIa jaga kesihatan supaya dia kekal  cergas dan sihat untuk cari rezeki untuk anak – anak ni membesar.  Si anak minum milo ais supaya keperluan badan mereka terisi dengan makanan – makanan berzat dan mereka tidak kelaparan di tengah malam.



 Si bapa mungkin pernah merasai hidup susah, jadi dia tidak mahu pengalaman zaman kanak – kanaknya itu menimpa pada anak – anak dia. Sebab itu si bapa tidak pernah mengeluh bila si anak mintak makanan kerana itu adalah salah satu tanggungjawabnya memberi makan dan perlindungan kepada mereka.



Tengah aku  mengelamun, nasi goreng yang aku order tu pun dah sejuk. Dan terdengar perbualan si bapa dengan lelaki lain. “ Takziah atas pemergian isteri mu, Allah lebih menyayangi dia lebih dari kita di sini”.

Bapa tunggal rupanya……….

Nampaknya inferens aku silap, dia bukan lagi sekadar seorang bapa, dia juga sebagai ibu kepada anak – anaknya.
  
Malam itu, entah kenapa, aku rasa rindu nak dengar suara ayah aku.




Lelaki mungkin keras dan nampak ego dari jasad, namun jauh di sudut hatinya, ada satu perasaan kasih sayang yang dipanggil nilai - nilai kebapaan......


harap suatu hari nanti, aku dapat menjiwai nilai tu sepenuh hati.

Saturday, 4 February 2012

aku dan seni...

Ramai tak tau yang aku ni seorang bakal guru, dan paling tak boleh blah bila aku ni sebenarnya seorang guru seni. keh - keh - keh.Jangan tanya kenapa aku boleh jadi seorang guru seni, ni semua ketentuan Tuhan. '


















ok, tu bahagian lukisan dan catan, bawah ni pulak karya arca aku yang tak seberapa







ok, itu sahaja dari aku yang bakat seninya yang suam - suam suku, nant latest karya aku upload

Pakaian dan ikutan, antara potensi diri dan perhiasan

Bahu aku lenguh – lenguh, perjalanan berulang alik dari johor bharu ke Terengganu memang meletihkan.  Kalo dikira – kira, dah dua malam berturut – turut aku tidur dalam bus.  Bukan nak merungut, tapi dah nama tugas, Kalau tak buat, mana hasilnya.



Disebabkan frust call penginapan dekat Johor tak dapat – dapat, akhirnya aku amik keputusan drastic untuk terjun terus ke negeri Johor, direct jumpa pegawai penginapan kat sana.  Aku amik tiket khamis sebelah malam, dan sampai ke JB pada pukul 6.05 minit pagi. Memang laju driver bus tu bawak, aku nak celik mata pun tak berani.



Sampai kat terminal bus larkin, member baik aku dah siap – siap tunggu kat sana, berbekalkan kereta Mercedes abah dia (apa model aku tak tau), kami memecut ke terataknya di tengah Bandar.  Lepas solat subuh apa semua, mak dia jamu kami makan kuih – kuih. Hospitality yang keluarga dia bagi kat tetamu memang the best, sampai aku rasa cam nak jadi anak angkat dorang plak.


Most of the people think, kalo orang kaya, duduk kat bandar – bandar besar, pakaian dia mesti trendy.  Tapi entah kenapa aku tengok member aku ni, pakaian dia cukup simple. Tak percaya? Tengok gambar kat bawah




Haha, yang baju merah tu aku, yang baju hijau tu kawan baik aku yang disebutkan di atas. Arham namanya, yang baju putih tu pun kawan baik aku gak, Rasyid. Gambar ni kita orang amik waktu berlari – lari kat Time Square kat KL. Hujan melimpah – limpah membasahi kita orang. Serius rasa banggang berlari – lari kat kl, sbb kami pergi KL naek LRT, kereta pulak parking kat luar bandar. So nak tak nak, kitaorang pun redah hujan tanpa any protection. Paling kesian Rasyid, baju dia dah lah transparent , so nampaklah bahagian – bahagian yang menghairahkan orang perempuan. Hahahah


Aku tak tau sejak bila aku tak pentingkan sangat penampilan aku. Maksud aku, pakaian dan cara aku menggayakannya.  Dulu aku macam budak  - budak remaja lain gak. Layan Punk, layan hip hop, layan gothic?  Time tu bila pikir balik, rasa bodoh gila, macam mana aku boleh terjebak dengan hal – hal budaya pelik ni.



Mungkin time tu, hormone aku tak stabil dan masih kebudak – budakkan. Aku masih mencari satu identity, yang kononnya mencerminkan jati diri sendiri. Contoh, kalo aku suka hip hop, aku pakai sweater tebal – tebal. Hood mesti lepas hidung, seluar pulak mesti besar gila sampai meleret – leret ke lantai. Lagu – lagu rap Eminem mesti meniti di bibir dengan carut – mencarut dan middle finger tu mesti jadi satu ikon kat tangan.  Aku pun tak tahu apa yang aku cuba nak buktikan melalui imej yang aku cuba nak bawak time tu.



Tapi bila aku dah besar, aku mula rasa benda tu cam tak penting, kalo boleh balik semula ke zaman lepas, aku rasa cam nak maki je diri aku yang dulu, yang terikut- ikut budaya orang lain. Sekarang pakaian aku simple, kadang – kadang, pakai seluar kerja, kadang seluar track. Baju pulak jersey adidas yang tak asli dan kot kementerian pelajaran.  Cukup simple untuk gaya seorang guru


Bagi aku, apa yang aku pakai, hanyalah perlindungan, untuk menutup bahagian yang sulit dan dikenali sebagai aurat.  Mungkin korang tak percaya, baju yang aku bawak pergi dating dengan awek, adalah baju yang aku guna untuk aktviti ladang.



Mesti awek – awek pikir, mamat ni tak de  taste ke? Kata guru seni? Serius?


Well, apa yang ko tengok dalam gambar, itulah pakaian yang aku bawak semasa  nak pergi berdating dengan si dia dulu. Aim aku, aku nak dia tau keadaan  dan diri aku yang sebenar, kenapa aku nak berpura – pura dengan pakaian yang mahal? dengan rambut yang trendy? Bau minyak wanggi yang berjenama? Mungkin itu masa couple, kalo dah kahwin? Aku hanya berboxer di rumah dan kalau dah ada anak , mungkin aku akan berkain pelikat. So ?


Tapi mungkin dia tak tahu maksud imej aku pada hari tu. Aku reveal diri aku yang sebenar, dan akhirnya dia pun reveal diri dia yang sebenar. Dia tak boleh terima kalau teman lelaki dia ni cam selekeh, kepala botak.  (aku botak kepala sebab nazar) . So at the end, aku balik dapat msg clash. Yeah, padan muka. Tapi after pikir2 balik. Biarlah aku pun makin dewasa dengan pengalaman macam ni.


Tak pe lah, kalo cari perempuan, nak buat isteri, cari yang boleh terima kelemahan kita.  Perempuan yang pandai menilai, dia tak menilai kita dari luar, dia menilai kemampuan kita. Apa guna pakaian mahal – mahal kalau kualiti lelaki tu tak de. Betul tak?


Sepanjang 1 hari kat JB. 3 tempat aku dah cari dengan Arham untuk penginapan. Penat latih diri untuk laksanakan tugas. Moga pengalaman bekerja ni bantu aku untuk menguruskan diri, tanggungjawab pada manusia dan Tuhan.


p/s: mamat ni pakai baju tshirt lusoh, ngan seluar track, rambut pun serabai. tapi dia menang  AJL dengan lagu yang mantap dan persembahan yang tip top dari potensi dia sendiri tanpa apa - apa perhiasan dan baju yang pelik. Kita buktikan diri kita dengan diri kita, bukan dengan apa yang kita pakai dan apa yang kita gayakan. 

Thursday, 2 February 2012

to become a leader....

     “Kalo tak de apa – apa untuk dibincangkan, kita akhiri mesyuarat olahraga kita malam ini dengan tasbih kafarah dan surah al –as” Aku tutup mesyuarat dengan nada hormat dan aku mintak semua ketua  dan penolong ketua unit sem 5 untuk tunggu sebentar.


       Abang – abang dan kakak – kakak guru DPLI beransur meninggalkan bilik mesyuarat dan tinggalkan aku dan beberapa guru pelatih yang sama batch. Aku bangun dari tempat duduk pengerusi majlis dan bergerak dekat dengan mereka. Mengambil kerusi terdekat, dan cuba berlagak biasa, aku rendahkan nada tone, dan mula buka bicara.


        “ok korang, pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi hadirkan diri pada mesyuarat malam ini. Cuma ada satu part saya nak korang tahu yang mesyuarat bermula pada pukul 9 dan kita terpaksa menunggu 3 per 4 ahli untuk memulakan mesyuarat pada malam ni. Tadi kita terpaksa mula pada pukul 9.15 malam dan target aku, kita habis mesyuarat ini pada pukul 10. Ini bukanya satu amaran atau rasa amarah, Cuma satu peringatan tentang masa sebab muslim yang baik sering mengingatkan saudara – saudaranya.” Aku bernada serius tetapi masih lagi dalam lingkungan mesra.


      Aku diam sekejap. Tengok wajah setiap ahli dengan sekali pintas.  Dan aku juga harus sedar, mata mereka juga memerhatikan gerak dan nada aku menyampaikan mesej.  Tone suara harus dikawal, perlahankan suara bila perlu agar tidak menimbulkan emosi – emosi yang negatif.


       “sekali lagi, saya ucapkan terima kasih sebab sudi hadir, dan sila sampaikan salam sayang  saya kepada mereka yang tidak hadir. Apa yang saya mintak malam ni, bila mesyuarat dipersetujui waktunya, sila datang tepat pada masanya. Benda ni pun boleh menyenangkan semua pihak, supaya selepas pukul 10.00 pm, waktu tu waktu  individu, saya dah tak boleh kacau. Apa – apa hal, saya  mintak maaf sekiranya nada suara saya tinggi atau terkasar bahasa.  Terima kasih sebab datang” aku melihat setiap pasang mata di dalam bilik mesyuarat dan melihat anggukan kepala setiap ahli sudah cukup membuktikan mereka bersetuju dengan peringatan yang aku sampaikan.


       Aku amik motor modenas dan bergerak balik ke rumah. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh jadi pengerusi projek olahraga tahunan maktab. Serius, ni semua atas perlantikan ketua – ketua unit yang nak kan aku jadi Pengerusi tahun ni. Atas sebab percaya dengan daya aku jadi ketua atau nak menganayai aku? Aku pun tak tahu. Tapi aku ni manusia ego, sekali diberikan tugas, aku akan buat dan bapak aku sendiri selalu cakap, hari ni kita tolak sesuatu tugas, sampai bila – bila pun kita tak akan belajar.


         Jadi aku betulkan niat aku balik. Aku buat semua ni semua, pikul tanggungjawab sebagai ketua, pengerusi projek ape semua, sebab aku nak belajar. Aku nak belajar kawal emosi, aku nak belajar belajar untuk jadi pemimpin berkaliber, aku belajar untuk bertolenransi. Semua ni aku tak belajar dalam bilik kuliah, tapi belajar semasa proses kerja sama ada sebagai pemimpin ataupun orang bawahan.


    Ilmu – ilmu tentang soft skill ni korang tak kan dapat secara total dari teori, tetapi dari pengalaman. So aku sahut cabaran ni.  Timba pengalaman dari setiap saki baki waktu yang bertempoh 2 tahun untuk aku jadi manusia yang berkaliber kat maktab ni.