Followers

Thursday, 17 November 2011

a‎20 SEBAB KENAPA LELAKI TAK NAK KAHWIN


1."Duit lum cukup lagi".
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!


... 2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin".
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .

3. " Susah la nak cari yang berkenan dihati".
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis!

4."Tak datang seru lagi kot".
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

5."Banyak sangat halangan".
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

6."Belum bersedia la".
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

7. "Ilmu tak cukup la".
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?oal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri"
. Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul.
Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

11."Jodoh tak sampai lagi kot".
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!

12."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" . Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!

13. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka".
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la".
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!

15."Dia nie suka pasang ramai org sangat".
Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.

16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak".
Pompuan memang camtu..

17. "Nak carik yang solehah lah".
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.

18. "Masalah la".
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.

19. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.

20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya"
. Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia. hehe..betul ke??





aku sentiasa membayangkan diri aku cam di atas ni. hahahahahha


sumber dari facebook

Wednesday, 16 November 2011

tanggungjawab

Ok....baru lepas jawap paper final. Tomorrow ada satu paper lagi. hehe


Sebenarnya, aku tulis blog ni sebab aku rasa bosan,  duk terperap kat uma sewa. kejap - kejap online, pastu offline. Sure meaningless. Aku tak tau korang punya aktiviti kat rumah sewa, asrama, kolej kediaman cam mana, tapi bagi aku., benda yang paling tak seronok dalam hidup ni adalah bila kehidupan kita tidak dipenuhi dengan apa - apa aktiviti.


Setakat ni, aktiviti aku kat Terengganu, makan, buat assignment, tdo, makan, buat assignment, tdo, lepas tu final. Itulah rutin aku kat Terengganu. Memanglah relax kan. tapi aku ni jenis outdoor punya orang. Walaupun aku kaki online, tapi kalo member ajak pg mancing ikan, berenang ke, sure aku akan join sekaki. Kalo nak ajak aku lepak kat bandar.....aku mungkin pikir dua tiga kali kot. Serius, entah apa yang dikejar kat bandar tu, aku pun tak tau. 


Biasanya aku kalo duk rumah, of course, aku tak tido kat rumah, dalam seminggu tu, hanya 2 3 hari je aku tdo kat uma kerana hari selebihnya aku tido kat kebun. Kenapa?  hehe. Aku kan pekebun kecil kecilan, buat duit sikit - sikit tanam pokok pisang, tanam pokok cili, bagi lembu makan, cari daun sawit untuk kambing. Tolong naikkan buah sawit ke dalam lori . Benda - benda tu pengalaman yang aku dapat start dari aku kecik, sampailah sekarang. (SERIUS AKU RASA NAK BALIK MUAR SEKARANG NI)




Like other normal Johorean males macam aku, I means, remaja lelaki yang berasal dari Johor. Mestilah parents akan harapkan kudrat kami dalam menolong keluarga. Jangan salah faham ok, aku tak maksudkan lelaki Johor ni serba serbi rajin. Just from what I see, Budak - budak lelaki Johor ni kalo umur dah nak masuk 20 an, dia akan rasa sedar tentang peranan dia pada keluarga. I means, kalo yang tak sambung belajar tu akan mula berjinak - jinak buat kerja - kerja sampingan, cari pengalaman, cari duit untuk sara keluarga. Serius....Umur 20 hingga 24 tu, yang kaki rempit dah start jadi mekanik, yang kaki lepak - lepak, dah mula kerja kat kilang buat o.t. Yang samseng - samseng dah mula try nak masuk jadi polis bantuan.


Cuba ko tanya member - member ko dari Johor (mungkin bukan semua) cuti ni korang buat ape? Of course, paling - paling palat pun diorang akan jawap aku tolong mak aku kemas rumah. heheh (lelaki kemas rumah, tak salah ok) . OK. maybe aku agak judgemental, bukan lelaki dari Johor je, maybe semua lelaki pada umur ni dah mula sedar secara holistiknya terhadap tanggungjawab mereka pada keluarga

Saturday, 12 November 2011

raya haji 2011

alhamdulilah, raya haji yang lepas, keluarga aku mengorbankan seekor lembu. Idea ni dilaksanakan atas perbincangan aku ngan ayah aku sebelum ni. Aku pernah cadang kat abah, kalo biznez lembu ni jadi, kita buatlah korban untuk raya haji tahun ni. So kira benda ni nazar abah dan aku la , alhamdulilah, biz ni menjadi. Dari 40 ekor lembu, kami dapat kembangkan sehingga 80 ekor lembu dan dalam masa setahun ni dah 12 ekor lembu jantan yang kami jual dengan harga yang sangat berpatutan. Semua ni rezeki Tuhan yang bagi, jadi sebagai orang yang dah pernah berjanji, dah jadi kewajipan bagi kami tunaikannya.

tak nak cerita banyak, bawah tu gambar sebelum, semasa dan selepas proses korban pada tahun ni.


ok, ni lah lembu yang dikorbankan. Percaya atau tak, lembu ni merupakan lembu jantan yang pertama bapak aku beli masa mula - mula nak ternak lembu. Dari umor dia setahun, kecik je cam anak lembu lain, aku, ayah aku, adik aku dan pekerja endon aku bela diorang ni sehingga sampai umur sesuai dibuat aqiqah dan korban. So jangan terkejutlah kalo aku boleh usap dia ni selamba je, Manja tak ingat. Lupa plak, kami panggil lembu ni 'jinak' sebab watak lembu ni lembut dan manja.

Add caption
korban dilakukan di rumah arwah atuk dan nenek aku. Pada mulanya, kami nak korbankan atas nama arwah kedua - dua atuk dan nenek, tapi mak long tegur yang perbuatan ni tak boleh. Ayah aku paham dengan teguran tu dan korban dibuat menggunakan nama seluruh keluarga aku yang seramai 7 orang. Aku yang baju kuning, yang ramai - ramai tu bukan orang kampung, tapi pekerja endon ayah aku. Orang kampung time tu duk tepi sebab kurang keyakinan nak uruskan lembu ni. Tak lupa juga saudara mara aku yang lain seperti Pak Long Azmi, Pak Busu Azman, Abg Long kamal, Atar dan juga org kuat program ni, adek aku (Arip dan ayah aku, Encik Malek).








ok, daging siap dilapah, selepas siap dilapah, setiap daging akan ditimbang (tidak termasuk tulang, ekor,kepala dan kaki) beratnya mencecah sehingga 160 kg. Ada seorang pakcik ni (otai 2 bab korban mengorban) suruh ayah aku amik hati lembu ni dan timbang. Aku pun pisahkan hati lembu ni dari badannya dan timbang, beratnya mencecah 51 kilo, kemudian, pak cik tuh suh kali dengan 3 maka hasilnya 153 kilo. 

korang tau kenapa kita kena timbang  berat hati tu? Pakcik tu cakap, antara sebabnya, untuk mengukur kualiti berat sesuatu daging korban, bandingkan dengan berat hati lembu tersebut dan kali dengan tiga. Sekiranya berat daging lembu tersebut tidak mencapai jumlah hasil berat hati yang telah didarab, maka lembu tersebut di peringkat sederhana. Kalo hampir sampai, sampai atau melebihi dari berat jumlah berat hati. Maka lembu berada dalam keadaan yang sihat dan sesuai dibuat korban.

Selesai je program korban, aku, ngan ahli saudara mara yang lain membahagi  - bagikan daging tersebut kepada jiran tertangga, sahabat handai dan saudara - mara yang terdekat. 

Insya Allah, kalo murah rezeki, tahun depan kami korban lagi, mungkin dua ekor pada masa akan datang. Insya Allah.

Wednesday, 9 November 2011

status menyirap



Baru - baru ni, aku ada terbaca satu post yang agak menyentap hati lelaki aku, bukan post sedih, tapi post cam ala2 menyindir keupayaan lelaki dalam membahagiakan pasangan mereka

ayat di bawah merupakan post status yang aku copy dari facebook:

Hakikat sebenarnya seorang lelaki yang wanita TAKNAK jadikan suami:
1. Tak berpendidikan tinggi = orang taknak
2. Ada sijil dan ijazah tapi tak ada kerjaya = orang taknak
3. Ada agama tapi tak ada kerja = orang taknak
4. Ada kerja tapi gaji ciput sekadar dapat makan megi je = orang taknak
5. Ada rupa tapi tade kerjaya = orang taknak
6. Tade rupa, tade harta = orang taknak
7. Ada ilmu, tade kerjaya = orang taknak
8. Ada impian tapi tade usaha = orang taknak
9. Ada pakaian segak, tapi tade duit = orang taknak
10. Ada segalanya tapi tade duit = orang taknak
11. Tade duit = orang mmg taknak.
12. Ada cinta, ada kasih, ada sayang tapi tade duit dan kerja = orang taknak..sekadar wat jadi pakwe main2 tu blehlah..tp utk serius sorry no..
13. Ada ayat power, tapi tade duit nak masuk minang pun = orang tanak. Mertua pun taknak.
14. Tade duit nak topup pun nak mesej calon isteri apatah lagi nak beli umah dan kereta = orang taknak.
15. Gagal memberikan jaminan hidup pada bakal pasangan = orang lagi la taknak. Wekkk..
p/s: kenyataan hidup sebenar di alam realiti. Adik2 yang duk syiok kapel or cintan cintun di alam persekolahan atau di ipt2 tu pahamilah ek kenyataan sebenor. Yang duk angan2 nk minang awek2 cun..anak dara org tu pun sama..pk2lah ayat2 di 

ok, gua admit, cakap perempuan ni betul, tanpa pendidikan, tanpa ijazah di genggaman, tanpa kerja, tanpa harta, tak de duit terutamanya, confirm martabat lelaki itu akan jatuh  sehina - hinanya di mata wanita. pandangan wanita la, bukan pandangan aku.

kalo lelaki biasa, pastinya rasa terhina dengan post cam ni, tapi bagi aku, benda ni normal lah, perempuan memang perlukan satu jaminan yang sangat - sangat kukuh dalam mempertaruhkan nasib mereka dengan lelaki yang mereka sayang. Kalo fikir logik, sebagai abang kepada dua orang adik perempuan, pastinya aku tak nak mereka mempertaruhkan masa depan mereka pada mamat - mamat penagih dadah, mat - mat motor, dan kaki - kaki lepak. 

kenapa? Walaupun aku lelaki, tetapi aku anti pada lelaki yang tidak bekerja, tidak mempunyai kemampuan untuk mengumpul duit walaupun fizikal mereka dalam keadaan sihat sempurna. come on la, kalo x de pendidikan yang tinggi, tak kan tak boleh buat kerja yang menggunakan kemahiran dan tenaga kudrat?  Malaysia ini negara yang kaya, cuma rakyat Malaysia yang je masih buta hati dan malas jiwa dalam mencari jalan kekayaan.

Golongan cam ni biasanya golongan yang malas berfikir, mengharapkan satu ruang pekerjaan yang mudah, tidak menggunakan begitu banyak tenaga dan tidak perlukan satu pengiktirafan dari mana - mana universiti. Benda - benda ni mmg banyak berlaku di kalangan kaum remaja terutamanya kaum aku sendiri. Melihat pada situasi lambakan graduan universiti, confirm peluang pekerjaan makin tersepit disebabkan persaingan yang sengit. Tu tak termasuk lagi remaja lelaki yang terbantut pengajiannya hanya setakat sijil spm ataupun tidak tamat belajar.  Kalo nak harap kerja makan gaji, memang susah nak dapat. Abang - abang senior yang dah graduate 3 tahun lepas pun masih menanti ruang pekerjaan. so macam mana pulak dengan graduan - graduan muda cam kita?

Persaingan semakin sengit, so memang susah bagi mana - mana lelaki dalam mendapatkan pekerjaan yang mereka inginkan. Jadi janganlah memilih bidang pekerjaan sangat. Rembat peluang yang ada, kerja la satu pekerjaan yang halal, biarpun gajinya kecik, sekurang - kurangnya kita bekerja dan mendapat peluang mengumpul modal dalam memulakan satu biznez perniagaan. bukan ke perniagaan tu adalah 9 kunci kepada 10 rahsia kekayaan.

Tak percaya? sempena raya haji yang baru - baru ni, aku tolong ayah aku jual ayam kampong di sekitar bandar muar. Jual ayam kampong je pun, tidak perlukan ijazah dari mana - mana menara gading. Yang kau perlukan kerajinan, ketekunan dan tidak takut untuk kotor dalam mengumpul harta dengan jalan yang halal. Aku ngan ayah aku start biznez ni pada bulan 8 yang lepas, kami amik stok anak ayam kampung dengan harga rm 2.10 sen seeokor. Aku amik dalam 1000 ekor dahulu so jumlah kos dalam rm 2100.  selang dua bulan anak ayam tu dah besar menjadi ayam dewasa dan siap dijual dengan dengan harga rm 10 sekilo di pasar - pasar yang menjual ayam kampung. 

aku amik purata untuk seekor ayam adalah 1.5 kilo, tolak peratus kematian ayam adalah dalam 30 ekor. jadi jumlah ayam yang tinggal adalah 970 ekor dan kali dengan berat 1.5 kilo bersamaan 1445 kilo. selepas itu kali dengan harga bagi berat ayam kampung iaitu rm 10 per kg, maka hasilnya aku akan dapat rm 14,500  dalam masa dua bulan. Lagi tinggi dari gaji cikgu yang baru nak mula kerja. tolak gaji pekerja dalam tempoh dua bulan serta makanan sepert dedak dan jagung ayam, maka keuntungan bersih aku adalah rm 10,000. Still lagi tinggi dari kakitangan kerajaan yang kerja selama 10 tahun.

(langkah - langkah dalam membela ayam kampung akan dimuatkan pada blog akan datang)

kesimpulannya, apa yang aku cuba sampaikan, kalo tak de ruang pekerjaan, ko create lah pekerjaan ko sendiri, iaitu berniaga, tak kiralah berniaga apa, janji halal dan mengguntungkan. kalo tak de modal, kerja dulu, cari modal, camne nak cari modal kalo tak kerja? nak mintak mak cik - pakcik? aku rasa confirm susah nak bagi

Kenapa graduan - graduan ataupun remaja- remaja lelaki cam aku masih tak nampak peluang camni? korang rela ke kalo bakal isteri, gf ataupun ahli keluarga perempuan korang tulis status cam kat atas tu, dan akhirnya status tu tepat terkena kat dahi korang. Sebagai lelaki yang ada kudrat dan tenaga, confirm aku rasa malu. Jadi korang tau tak cam mana aku jawap status cam ni?


1. Tak berpendidikan tinggi = orang taknak = saya bakal ada ijazah perguruan, awak ada?

2. Ada sijil dan ijazah tapi tak ada kerjaya = saya pastinya diposting bekerja sekiranya mendapat ijazah perguruan


3. Ada agama tapi tak ada kerja = aku rasa ini minah lebih pentingkan dunia dari akhirat


4. Ada kerja tapi gaji ciput sekadar dapat makan megi je = orang taknak =  ko tau tak, orang dulu - dulu makan roti je masa mula kahwin, tapi dah beranak pinak da, siap jadi kaya raya lagi, memang dasar tak boleh hidup susah ini perempuan


5. Ada rupa tapi tade kerjaya = yang ini aku stuju, muka hensem pun tak guna gak, kalo x de kerja. nak tanggung bini ngan anak makan ape
6. Tade rupa, tade harta = nasib baik aku  x de rupa, harta? insya Allah aku kumpul slow2.
7. Ada ilmu, tade kerjaya = aku rasa ini perempuan hidup mesti nak bergantung pada suami je, mesti cita- cita nak jadi suri rumah sepenuh masa


8. Ada impian tapi tade usaha = Aku ada impian, impian aku nak buat ladang kuda, dan aku sedang berusaha, masalahnya, ko sudi ke turut sama dalam menjayakan impian aku tu


9. Ada pakaian segak, tapi tade duit = yang ni betul


10. Ada segalanya tapi tade duit = Mata duitan betul awek cam ni, dari atas sampai 

bawah, duit - duit. Aku rasa lelaki impian dia mesti gabenor bank negara~ hahaha

11. Tade duit = orang mmg taknak.  = tengok. betul tak? serius ini kaki duitan punya orang, bukan kaki buat duit, tapi kaki mintak duit, hahaha


12. Ada cinta, ada kasih, ada sayang tapi tade duit dan kerja = orang taknak..sekadar wat jadi pakwe main2 tu blehlah..tp utk serius sorry no.. = Yang ni betul, aku sampai sekarang tak berani nak bagi jaminan pada awek aku kalo tak pegangan ekonomi yang kukuh.


13. Ada ayat power, tapi tade duit nak masuk minang pun = orang tanak. Mertua pun taknak. = lumrah dunia, kalo ko tak geti masak, tak geti mengemas rumah, muka lawa, ada phd, aku pun tak nak. hahaha


14. Tade duit nak topup pun nak mesej calon isteri apatah lagi nak beli umah dan kereta = orang taknak.


15. Gagal memberikan jaminan hidup pada bakal pasangan = orang lagi la taknak. 

Wekkk.. = adoi, nak top up pun mtk bf ke? kalo sekali sekala tak pe la, kalo selalu? come on, ko mmg suka bergantung pada lelaki je ea? serius worthless. tak boleh pakai satu sen ini perempuan. Pernah ke ko tgk mana - mana graduan muda terus dapat duit berkepok2 pastu boleh beli kereta bayar cash? beli rumah pakai cek?  mesti kecik - kecik ko selalu berangan nak kahwin ngan anak Dato kan?


Banyak - banyak point yang minah atas ni bagi, yang aku nampak dia tekankan duit, duit, duit, kerjaya, hek eleh, penilaian agama setakat dua tiga perkataan je. Gua rasa, kalo korang dapat awek cam ni, angkat kaki la der, ini perempuan materialisitik punya pendoman. Penilaian berdasarkan harta benda memang susah nak buat formula untuk bahagia dunia akhirat.




Saturday, 15 October 2011

situasi aku lar ni

          yeah~ amali sudah settle, otak rasa lega dan teramat - amat rasa tenang sekarang ni. Banyak benda berlaku dalam sebulan dua ni. Sehingga rasa nak bernafas secara hidung pun begitu sukar. Serius, kadang - kadang aku rasa cam nak balik semula 3 tahun lepas dan tukar opsyen aku iaitu bidang PSV kepada apa2 jua bidang selain bidang ni. 

Banyak puncanya? antaranya:
1.Bidang ini memerlukan kos yang banyak terutamanya dalam penghasilan folio - folio dan produk seni itu sendiri
2. Bidang ini sangat memerlukan komitmen yang tinggi berbanding opsyen lain? mana tak nya, bdk2 maktab lain, dapat asignnment pakai micro softword je pun,bidang aku ni, memerlukan kemahiran - kemahiran tangan, cam nak patah jari pun ada.
3. Bidang ini meragut waktu tidur tanpa belas kasihan. Mana taknya, semua bdk2 IPG cam aku, mmg ada assignment sampingan, tapi setakat guna word je la. kami ni, dah  la ada assignment sampingan, campur dua project final lagi, tu tak termasuk penyediaan folder yang aku rasa cam x perlu ada je
.
4. Ada sebilangan guru pelatih yang memandang opsyen gua ni x de kelas. (natang beruk set2 ni) sebab bila fikir PSV, relate pada sastera, bila pikir sastera, relate pada aliran yang tak bijak macam kat sekolah menengah dulu.

        Dalam banyak - banyak punca, no 4 tu la yang paling aku fuck sekali. Mana taknya, pandang unit gua sebelah mata, (padahal kalo lu x pandang pun x pe)  Aku tak heran sikit pun, sebab aku pun tak pernah kisah pandangan orang cam ko. Tapi belajar la rasa hormat bila mengeluarkan sebarang statement.

          Korang boleh bayangkan tak, dah la 3 hari aku tak tidur nak siapkan hasil karya seni, folio dan berbagai - bagai lagi assignment, datang plak bdk yang aku cam sebagai budak maktab. Datang kat aku pastu cakap " untung la mu amik PSV (Pendidikan Seni Visual) tak yah serabut kepala cam kita orang. Dalam hati aku  "babi nate beruk mung ni, ade gak kena hempuk ngan folio aku yang setebal penumbuk lelaki dewasa"

           Aku sengih,kang melayan mamat stereotype ni, bertambah stress plak aku. Gua rasa dia jeles kot, maybe sebab kerja dia selalu amik senior2 punya assignment, so x de nilai kreativiti dalam diri dia. Aku blah dari tempat kejadian sambil megempit dua buah folio yang setebal 6 cm setiap 1 di kedua - dua ketiak, (ketebalan, bukan panjang ataupun lebar).

************************************************************************************
Sepanjang sesi penilaian karya, aku dapat tahu yang markah untuk karya tenunan aku cuma  70 dari 100, 

Dalam hati aku berbelah bagi............tak tau nak kata apa, 70 tu kira markah minimum lecturer aku bagi. Ada kawan - kawan aku yang agak minat tenunan, mmg score gila - gila. Tapi aku redha, cemburu tetap ada. Tetapi belajar menerima kelemahan diri dan mengiktiraf kejayaan orang lain adalah satu cara mendewasakan diri kita.Walaupun dari dulu lagi aku tak berapa berkenan dengan puan lecturer ni, tapi aku tau dia x de bias,(adil dan saksama). Jadi tak perlu rasa ragu - ragu untuk markah yang diberi.

Kalo tengok budak2 yang dapat markah tinggi pun, memang aku akui karya tenunan dorang memang top dan hasil folio dorang pun top class, cantik dan kemas, ada fakta dan sketching2 dorang pun power. Gua cuba pujuk hati, "its ok to be jelous, but dont burden youself with your envy. Well I do made it somehow. Aku berjaya menyiapkan tenunan ini, walaupun hakikatnya aku agak clumsy dengan benang. hehehe. what make me feel better, when one of my friends said " apsal halus gila benang ko? bapak rajin" haha. Jangan tanya, salah aku gak sebab guna benang - benang halus, maybe sebab aku tak explore bahan lain" . Ok, sem ni banyak mengajar aku tentang kepentingan penerokaan bahan. Sem depan tak tahu lagi macam mana. 
Harap sem depan lebih menekankan teori, dari penghasilan karya. haha, 

Well pikir - pikir balik, unit ni banyak memberi aku peluang untuk mendewasakan diri, Thanks to  my unit friends (PISMP PSV) who always encouraging me when ever i feel down to my self. terutamanya najid, masyitah dan addina, yang kerap menyokong aku masa menghasilkan tenunan ni (nak - nak time aku down). Taniah sebab dapat markah tertinggi untuk karya tenunan, I do envy you two, but the feeling of proud for you guys  is beyond than everything. congratulation ^ ^


















Friday, 23 September 2011

aku dah cakap dah~ Bukan aku sorang je yang berfikir Melayu ni suka berpolitik

(Sinar Harian 19 Sept 2011)

Isu zakat dan dakyah Kristian menjadi sepi buat seketika, apabila isu komunis menutupi. Itulah budaya politik Malaysia. Satu isu belum selesai untuk diperbahaskan, muncul pula isu baru. Selepas ini akan muncul pula isu lain. Akhirnya nanti, semua isu tergantung, tidak dapat diselesaikan sehingga ke akar umbi. Kita seolah-olah hilang fokus. Masalah terus menjadi masalah, tanpa penyelesaian. Kita asyik berpolitik.

Berkaitan dengan isu Mat Indera dan komunis, setakat ini lebih 942 laporan polis telah dibuat ke atas Mat Sabu. Beberapa hari lagi akan melebihi angka 1000. Bayangkan berapa banyak masa,wang ringgit dan tenaga terbuang, untuk melayan dan membincangkan isu yang boleh dianggap ‘remeh’ ini. Ini belum termasuk saman menyaman yang akan berlaku dan desakan demi desakan dibuat supaya sejarah kemerdekaan ditulis semula mengikut versi sebenar. Siapa yang untung, siapa yang rugi, fikirlah sendiri. Tolak campur, tolak campur, umat Islam juga yang rugi. Masa depan masih kabur berbanding orang lain yang telah jauh meninggalkan kita, menunggu masa untuk mengambil kesempatan.

Suka atau tidak, kita akan terus berurusan dengan negara-negara komunis seperti China dan Russia bagi mengekang hegemoni barat yang semakin mencengkam. Dengan makna, dari aspek diplomatik, kita akan terus berhubung dengan negara komunis demi kemajuan negara seperti lawatan pemimpin komunis negara China baru-baru ini, selagi mana kita tidak terpengaruh dengan ideologi dan pemikiran mereka.

Waima, saya merasa amat pelik, kenapa kita harus ‘melayan’ isu ini yang ditimbulkan oleh Mat Sabu ini, sedangkan banyak lagi perkara besar yang perlu diberikan perhatian, seperti masalah ekonomi negara, masalah kemiskinan semakin menghantui sehingga boleh menyebabkan akidah tergadai, gejala sosial yang semakin menakutkan, perkauman yang semakin menebal, kelemahan umat Islam yang semakin ketara, bahasa Melayu yang semakin terhakis dan banyak lagi isu yang tidak menyebelah umat Islam. Biarkanlah Mat Sabu dengan labu-labunya.

Sejarah akan tetap kekal sebagai sejarah. Sama ada ia perlu ditulis semula atau tidak, bergantung kepada keadaan. Apa yang perlu dibuat hari ini kajian ilmiah perlu banyak dilakukan dari masa ke semasa untuk membuktikan fakta sejarah tersebut, jika masih samar dan dipertikaikan. Bukannya dengan saling mengkritik dan menghentam, seolah-olah dunia akademik ini begitu sempit. Sedangkan semua tahu bahawa dunia akademik tidak ada sempadan. Hari ini mungkin kajian kita sesuai dan relevan, mungkin tidak untuk masa hadapan. Ia akan menjadi bahan sejarah. Kajian baru perlu dibuat untuk membuktikannya. Marilah kita bersama-sama melakukan kerja-kerja yang membawa lebih banyak faedah daripada mewujudkan budaya bebal dan pandir seperti yang dibahaskan oleh Allahyarham Profesor Syed Hussein Al-Attas, telah saya sentuh sebelum ini.

Menurut beliau, golongan intelektual adalah orang yang mengabdikan diri untuk memikirkan idea dan masalah bukan kebendaan dengan menggunakan kemampuan akliah. Ia membawa maksud bahawa memiliki kelayakan akademik dan mempunyai gelaran, sebagai contoh, gelaran professor, masih belum layak untuk menggelarkan seseorang itu sebagai seorang intelektual jika tidak berfikir. Misalnya, Herbert Spencer, yang tidak mempunyai kelayakan akademik, tetapi diiktiraf dan dikategorikan sebagai salah seorang intelektual pada zamannya. Cara Spencer berfikir dan tindak tanduknya menepati ciri-ciri golongan intelektual sebagai seorang ahli falsafah, biologis, psikologis, sosiologis dan politikus.

Tidak perlulah saya membandingkan dengan ketokohan dan kehebatan Nabi Muhammad SAW. Walaupun Baginda seorang yang tidak tahu membaca dan menulis, tetapi pemikiran intelektualnya begitu terserlah berpandukan kepada wahyu Allah SWT. Perkara ini sengaja disenyapkan oleh orientalis barat kerana mereka tidak mahu agama Islam ditonjolkan sebagai pelopor budaya intelektual.

Bukan seperti segelintir masyarakat hari ini yang jelas masih kabur tentang makna sebenar intelektual. Mereka ternyata telah menyelewengkan makna hakikat ilmu yang sebenar. Bebalisme dan kepandiran semakin menjadi-jadi. Kita gagal melahirkan golongan intelektual, yakni masyarakat menjadi malas berfikir. Lebih parah lagi kemalasan berfikir ini turut terbawa-bawa oleh kalangan elitis sehingga menjadi bebal, yang membawa maksud tumpul otak atau bodoh. Misalnya, orang kaya sepatutnya berfikir bagaimana membantu orang miskin atau golongan yang memerlukan. Ini tidak, kerjanya asyik mengintai artis untuk dikahwini. Perkahwinan mereka inilah diperbesar-besarkan oleh media seolah-olah tidak ada lagi isu lain yang lebih penting.

Istilah ini bukan bertujuan untuk merendahkan martabat seseorang, tetapi pemikiran ini perlu dibenteras kerana ia diibaratkan parasit yang berserabut dalam pemikiran masyarakat. Gejala ini menunjukkan pelbagai kepincangan masyarakat terutamanya dari segi keinginan dan kemampuan menuntut ilmu. Antara sikap yang ditunjukkan dalam gejala bebalisme ini adalah kelesuan berfikir, sikap acuh tak acuh, tidak berminat terhadap budaya ilmiah dan tidak mempunyai daya cipta yang baik.

Paling ketara bagi mereka yang terperangkap dengan gejala ini ialah tidak menghormati ilmu pengetahuan dan pandangan ilmiah. Tidak mempunyai kecintaan terhadap hujah yang tertib serta tidak memberi penghargaan terhadap budaya ilmiah itu sendiri. Akibatnya, wujud kemalasan intelek yakni untuk berfikir lebih jauh. Sedangkan kita semua tahu bahawa otak perlu dirangsang (stimulate) supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Bebalisme akan menyebabkan masyarakat membangun tidak lagi berminat mendapatkan ilmu pengetahuan berguna. Jika adapun usaha mencari ilmu, ini dilakukan bukan kerana niat ingin membantu masyarakat, tetapi disebabkan oleh politik, pangkat, nama dan sebagainya.

Budaya inilah yang telah membelenggu pemikiran masyarakat kita. Syed Husein berkata: “Menjadi salah satu ciri bebalisme untuk mengharapkan orang lain percaya pada apa yang dikemukakannya tanpa memberi alasan atau penjelasan apabila pokok permasalahan tersebut di luar dari pokok permasalahan biasa. Bebalisme juga tidak mempunyai kecintaan kepada hujah yang tertib dan rasional apabila membahaskan suatu pokok permasalahan atau isu”.

Paling menyedihkan menurut Syed Hussien apabila gejala ini terus diwarisi dari satu generasi ke generasi lain. Natijahnya, gejala sukar dihapuskan dan menimbulkan persoalan mengenai kemampuan serta cara terbaik untuk keluar daripada gejala yang membelenggu masyarakat ini. Justeru, jika kita benar-benar mahu melihat perubahan, pemikiran bebalisme dan pandir yang perlu dibenteras. Jika tidak, kita tidak akan ke mana-mana. Sesama sendiri bercakaran. Ilmu tidak meningkat, masa dan tenaga terbuang, negara tidak membangun, sehingga menyebabkan orang lain mengambil kesempatan. Siapa yang rugi akhirnya?

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Pensyarah Kanan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Thursday, 8 September 2011

orang kita, politik dan ekonomi

Lama gila tak update. Ada dekat sebulan dua kot. Alhamdulilah, aku masih lagi bernyawa dan waras seperti dulu.

Malas nak cerita panjang, raya settle sudah, tak kan nak cuti lama – lama. Tokey kilang kasut bata pun boleh bankrupt  kalo pekerja nak cuti je tul tak.

Hari ni, aku rasa malas nak cerita pasal cinta, awek, perasaan sensatif. Buang masa je cita panjang – panjang kalo  balik – balik, cerita yang sama berulang kembali .Bosan.

Aku pun tak tau kenapa hati aku rasa terdetik nak menghurai perspektif aku mengenai orang kita, kaum aku sendiri.

Sebelum aku melangkah lebih jauh, aku nak korang semua tau yang aku ni Melayu, Bapak aku berketurunan Banjar, berasal dari Batu Pahat dan mak aku pun Melayu, berasal dari muar.  Cuma aku tak pasti keturunan apa . So leh kira aku ni cam pure breed punya Melayu, tak da mix2.

Banyak benda yang aku leh hurai pasal kita ni, Cuma aku rasa aku kena kecilkan sedikit topik yang ingin aku hurai hari ni. Lets talk about politics and economy scene of Malays in this country.

Sepanjang 21 tahun aku hidup kat bumi  Malaysia, seharusnya aku bangga menjadi rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu dan menikmati hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Ini semua terjadi disebabkan usaha  orang – orang lama yang berkecimpung dalam politik yang sedar tentang hak istimewa orang Melayu untuk genarasi akan datang.  Tapi entah kenapa, semakin lama aku mengenali suasana politik orang kita di Malaysia, semakin aku rasa rimas dan sakit hati. Itu tak termasuk pening dengan binggung dengan sikap orang kita yang suka berpolitik tak kira masa
.
Kenapa aku sakit hati? Meh aku hurai satu persatu. Kalo dulu, aku rasa tak de r kecelaruan politik macam zaman sekarang. Kes tuduhan liwat yang sampai sekarang tak settle - settle, kes pasal kek 3 ribu, kes rasuah  berjuta – juta sampai leh wat bangglo  walaupun pekerjaan asal Cuma doctor gigi. kes pasal pembunuhan model ntah dari mana ntah, macam – macam kes sampai aku rasa setiap hari berita tv 3 tu penuh dok cita pasal kes – kes orang yang berprofile tinggi terutamanya yang membabitkan politik.

Itu baru kat tv, tak termasuk lagi belaci – belaci yang dok mempertahankan tindak tanduk parti dorang yang sah – sah aku rasa dorang dapat bahan pun dari internet, temu ramah orang – orang politik kat tv yang pastinya menyalahkan parti pihak lawan atas kelemahan parti sendiri.

Aku malas nak cerita panjang pasal orang – orang atas ni. Dorang sure – sure makan besar, naik kereta pun kereta mewah. Tu tak termasuk elaun – elaun khas untuk orang – orang kenamaan yang menceburi bidang politik.  Hasil sampingan banyak membantu kot? Halal dan haram tu antara dia dengan Tuhan,  siapa aku nak tuduh rezeki dia tu halal ke tak.  Dorang tu dalam umur pertengahan dah, banglo kata pergi, van jenazah kata “ nak tumpang?”

Yang aku pentingkan sekarang adalah remaja Melayu kita. Dok terikut sangat pasal hal politik sampai terabai apa yang lebih penting.Yang  biru dengan fikiran birunya, yang hijau dengan fikiran hijaunya.  Yang aku peliknya, beza warna bendera parti  dengan perjuangan, tetapi dua – dua Melayu.

Melayu derr, makan sambal belacan guna tangan kanan, cebok bontot pakai tangan kiri, tapi bila tiba hal politik, masing – masing nak tunjuk parti dorang adalah parti maksum. Tak pernah ada salah dan silap, dosa?  Cam tak pernah berlaku.

            Cam korang confident sangat parti yang korang sokong memperjuangkan ideologi politik korang. Korang pasti ke 100 percent yang ke semua ahli parti korang tu akan memperjuangkan hak korang? Serius shit. Tak semua derr, kalo ada 10 orang ahli politik, aku leh confirmkan 7 daripadanya adalah ahli perniagaan dan contractor yang hanya inginkan  keuntungan dan hasil duit yang berlipat ganda.

Baik biru mahupun hijau, ketujuh – tujuh individu yang aku sebut tu ada dalam kedua – dua parti. Tak yah nak cita panjang la. Zaman politik kita bukan cam zaman politik atuk nenek kita dulu, di mana zaman tersebut diceburi oleh orang – orang yang berlatar belakangkan pendidik,ustaz – ustaz, guru – guru, individu yang mempunyai nilai  patriotism yang tinggi. Serius ceritalah, aku sempat berjumpa dengan golongan – golongan ni waktu aku kecik, tapi aku leh menilai semangat patriotism  dorang lagi tinggi. Arwah nenek aku dulu orang kuat biru, tapi tak pernah menerima imbuhan apa – apa. Apa yang diperjuangkan ialah untuk agama bangsa dan negara.  Tiada kontrak pembinaan juta – juta. Simpanan pun setakat 2 3 ribu je. Buktinya, arwah nenek aku duduk di rumah kampong, bertemankan ayam dan itik peliharaan tanpa sebaran swimming pool di sebelah kediaman.

Baik di warong, dalam kereta, even in facebook, budak – budak sebaya aku, tua sikit, tua bangka, dok cerita pasal politik. Parti lawan salah, parti lawan banyak buat dosa, ini tak betul, itu tak betul bla – bla, doa ditimpa bala, mati kubur tak muat dan macam – macam lagi kritikan yang disertakan dengan cacian.

kadang – kadang, aku diam, kadang – kadang aku join, sekadar nak menambah pengalaman mengenai sikap orang kita, juara politik tak kira masa. Tapi serius lawak beb, dok cerita politik bagai nak rak, cuba korang ajak sembang mengenai perancangan ekonomi sendiri untuk masa akan datang? Setakat dua tiga ketul ayat, pastu perbincangan tu akan sepi…….

Ni la yang dapat aku simpulkan tentang tabiat buruk orang kita, politik hebat, tapi ekonomi sendiri kayap. Cerita politik berjam – jam, sampai kebun getah pun tinggal, ladang sawit terbiar. Tak de inisiatif untuk memajukan ekonomi sendiri. Yang kita tahu cuma mencari kesalahan orang lain walaupun hakikatnya orang tu tak pernah ada kaitan sangat dengan kita.

Camtu lah gak dengan remaja sebangsa aku sekarang ni. Kalo jumpa, kalo tak politik, cerita pasal liga bola  sepak eropah, cerita pasal band – band rock, pasal awek, paling tak boleh blah cerita pasal freemason, dajal, sekarang apa cita? Semua  diam sepi. Aku kalo jumpa budak – budak cam ni, memang aku diam je,  malas nak bukak cita, sebab dorang sendiri akan syok sendiri bercerita tentang perkara yang aku kira sia – sia.

Kadang – kadang, aku rasa silapnya orang kita, adalah kita selalu ingat yang melalui politik sahaja kita dapat memperjuangkan hak bangsa dan agama kita di bumi Malaysia. Padahal aku tak pasti sama ada orang kita ni buta atau buat – buat buta yang orang Cina dah buktikan yang mereka mampu memperjuang dan membela nasib – nasib kaum mereka melalui ekonomi dan perniagaan.

Munkin korang tak tau, atau mungkin aku yang dibesarkan dengan suasana perniagaan berteraskan pertanian dan perladangan sedar akan situasi ni. Meh aku cerita kat korang, ada seorang apek ni, perniagaannya berteraskan pertanian. Pertanian je der, dia tanam cili kat tanah 12 ekar tanah rezab orang Melayu yang telah dipajak.  Tapak semaian tu betul – betul sebelah tanah kebun ayah aku. Korang nak tau, selepas 5 bulan, setiap hari dia boleh bawak keluar sehingga 1 tan cili untuk dijual di pasar. Cuba korang  tanya kat pasar, brapa harga sekilo cili? Biar aku jawap, sekilo cili boleh cecah rm 10 beb, kalo 1 tan? Itu baru sehari, kalo 30 hari?

Aku rasa, silapnya orang kita, adalah nak duit dengan jalan yang mudah. Cam contoh aku bagi kat atas tadi, tak nak  usahakan kebun, pajak kat orang Cina tuk 10 tahun, dapat la dalam rm 60 ribu, pastu pg joli habis – habisan. Tapi orang cina tu bijak, dia boleh cover balik kos pajakkan tu dalam masa 2 tahun. Baki 8 tahun tu dia boleh wat keuntungan ratusan ribu dan boleh cecah hingga juta Dia tak tanam pokok sawit, sebab lepas 10 tahun nanti, pokok sawit tu jadi orang melayu punya. Jadi dia tanam pokok – pokok cili, sayur – sayuran, kacang panjang, terung. Bijak kan?

So apa jadi kat orang kita tu tadi? Orang kita tu pegi beli kereta baru, beli perabot baru. Lepas tu, duit lebih simpan sikit dalam bank ataupun melabor dalam pelaburan yang belom pasti sahih, untung lagi jauh dan mungkin kena tipu. Masa terluang untuk kebun, dihabiskan untuk berbincang isu – isu politik kat kedai kopi. Jangan marah la kalo ada bangsa lain claim orang kita malas, sebab sesetengah orang kita memang suka macam tu.

So mana pergi perjuangan politik kita?  Mana ideologi, manifesto, dan  idea untuk memperjuangkan nasib orang kita? Mana der? Jawapannya benda – benda tu ada kat facebook, korang boleh tengok budak – budak baya aku, tua sikit, tua bangka dok post pasal hal – hal politik kat Malaysia ni. Kalo perjuangan  biru diperkatakan memperjuangkan hak kaum Melayu, dan Hijau memperjuangkan Agama Islam, tetapi entah kenapa aku tengok Orang kita, Melayu yang Beragama Islam, saling bertelagah sesama sendiri tapi tak pernah cuba berganding bahu untuk mengangkat ekonomi orang kita yang berketurunan Melayu dan beragama Islam.

Siapa cakap melalui politik sahaja, martabat kaum Melayu akan naik, Siapa cakap melalui politik sahaja, Imej agama Islam akan cemerlang? Jatuh dan naik bangsa dan agama kita bukan disebabkan faktor kaum lain, tetapi sebab sikap orang kita sendiri yang suka bertelagah sesama sendiri terutamanya dalam bidang politik.