Yeah,
dalam masa beberapa jam lagi, mahluk tuhan ni akan berusia 22 tahun. Adakah aku
excited kerana no pangkal 21 tu akhirnya naik ke satu angka? Jawapan aku
mestilah tak, nak tau sebab apa? Sebab aku tahu, setiap saat yang aku tinggalkan bersamaan setiap saat aku
menghampiri saat kematian.
Apa
yang berlaku hari ni? Family aku sambut birthday aku sehari lebih awal, sebab
hari Isnin ni aku ada kelas, so jamuan
cukup simple. Take away KFC dan Pizza Hut dan makan kat rumah. Sebab aku
manusia yang suka buat sesuatu perkara tu jadi simple. Mula – mula aku cadang
nak sambut makan tom yam kat kedai tanjung Muar tu. Ni semua gara – gara aku
kenal mamat siam jadi tukang masak kat situ. Tapi niat aku terpaksa dibatalkan
kerana sebuah kereta keluarga masuk bengkel. So tak muat nak letak 7 orang ahli
dalam sebuah kereta proton saga. Dah la adik beradik aku sorang – sorang kus
semangat.
Hari
ni, aku deactive facebook aku sampai 2 Julai sat. Dulu mula – mula rasa excited la kan. Orang
wish birthday kat wall kita. Rasa dihargai la kononnya. Last – last aku rasa
cam pelik je. Mungkin sebab aku bukan lagi budak sekolah yang baru kenal
facebook. SO aku amik tindakan untuk melenyapkan diri aku seketika dari laman
sosial tu.
Ulang
tahun, hari jadi, adalah benda rutin sebenarnya. Kalo nyawa aku panjang sampai
20 tahun, it means 20 kali aku akan mengadap hari yang sama Cuma dengan tahun
yang berbeza.
Umur
aku dah nak masuk 22, banyak benda yang
cuba aku lihat dan rungkai. Aku cuba belajar dari pengalaman dan kerana
pengalaman tak selalunya manis, jadi banyak juga kesilapan yang pernah aku buat
dalam hidup ni.
Aku
pernah lukakan hati – hati orang yang menyayangi aku, dan tak lupa gak
sepanjang hidup ni aku kenal pelbagai orang dan ragam. Sepanjang hidup ni, aku
belajar mengenal tanggungjawab dan cuba laksanakan sesuatu tugas yang
diamanahkan sebaik mungkin. Walaupun tak sebaik orang lain, aku tetap cuba
untuk menjadi lebih baik dari semalam.
Aku
kadang – kadang cuba membandingkan diri aku dengan orang lain ( kebanyakkannya
kawan – kawan sebaya). Ada orang kata tindakan seperti itu hanya merugikan diri
sendiri, kerana hanya dua kemungkinan yang biasanya berlaku, kita akan berasa
cemburu ataupun rendah diri tahap kronik kerana kejayaan kawan – kawan kita.
Erm,
aku tak buat perbandingan berdasarkan kejayaan semata – mata. Aku lihat jalan
yang dia lalui dan cabaran yang dia tempuhi. Bukan senang untuk mencapai
kejayaan, biarpun kejayaan nampak manis padahal di sebalik dinding, penuh
dengan onak dan duri yang terpaksa dilalui. Kita biasa cemburu dan iri hati
melihat kejayaan orang lain, tapi jarang – jarang kita cuba menjadikan
kesusahan dirinya sebagai satu insipirasi untuk kita mencapai kejayaan dalam
diri kita.
Aku
berkawan dengan sesiapa sahaja, baik dari seorang yang bekerja tidak
memerlukan kelulusan tinggi sehinggalah mereka yang mempunyai degree, Master
dan sebagainya. Bagi aku kelulusan ijazah tidak mencerminkan kewibawaan
seseorang. Sebaliknya tinggi ilmu dan budi perkerti itu menjadikan individu
tersebut mulia di mata manusia.
Berumur
awal 20 an, aku cuba melawan fitrah diri aku, iaitu panas baran. Aku cepat
marah tapi cepat sejuk tapi aku sering terlupa bahawa saat ‘cepat marah’ boleh
melukakan hati orang ramai di sekeliling aku dalam sekelip mata. Dan di saat ‘cepat
sejuk’ membuatkan aku sedar kesilapan aku, namun aku sedar, saat itu sudah
terlambat.
Belajar
untuk menjadi seorang yang sabar, belajar untuk menjadi seorang ketua, belajar
menjadi orang yang menerima amanah dan belajar untuk menghargai cinta. Walaupun
aku seorang lelaki yang ramai kawan perempuan, tapi aku rasa rekod kesetiaan
aku tak pernah lagi tercalar, haha. Sesiapa yang pernah tinggalkan aku, mesti
korang rasa bersalahkan? Relax lah, sedangkan roti di mulut boleh terlepas ke
tangan orang lain. Inikan pulak jodoh yang tidak nampak zahirnya.
Cukuplah
bebelan dan luahan hati, aku tengah tunggu si dia ni. Kata nak wish sama –
sama, dan dia mungkin tak tahu, aku ni
cepat merajuk. So kepada reader. Aku rasa mesti korang cari blog aku pas aku
deactive fb aku kan? Thank u sebab concern dan thank u sebab ingat hari jadi
aku. Semoga Allah membimbing aku menjadi manusia yang baik. Amin