Aku try
nak cari 1 ayat mudah, yang bisa membuat kau mengerti masalah aku, tanpa ada rasa perjudis mahupun prasangka. Bukan
aku mahu menunjuk siapa salah mahupun betul, jauh sekali nak menghakimi
tindakan kau buat keputusan untuk putus kawan.
Berat
hati si pembaca, berat lagi hati si penulis ni.
Kita pernah terputus hubungan 3 tahun lamanya kerana hal kita yang tak
kesampaian. Masing – masing membawa hati yang luka dan biar masa yang mengubat
segalanya. Bila hati kita suda redha, kita saling mencari, bukan untuk menjalin
cinta, tapi utnuk menyambung kembali sisa – sisa persahabatan yang masih ada.
Aku sambut
kehadiran mu sebagai kawan, malah aku tempatkan diri kau di posisi penting
iaitu sebagai kawan baik aku. Segala
buku lama telah aku tutup, dan aku buka buku baru bersama mu, iaitu buku
persahabatan. Banyak jasa dan kebaikan
yang telah kau beri, dan kepercayaan telah terbina antara kita sebagai sahabat.
Biarpun berlainan jantina, aku pasti kau lebih mengenali hati budi ni lebih
baik dari orang lain.
Ya,
aku telah ada penghuni baru dalam hati ini, mungkin silap aku tak memberitahumu
hal ini sejujurnya. Bukan niat aku untuk melukakan hati sesiapa, sebab itu aku
pendam dahulu rahsia ini, kerana aku takut kau mungkin terkejut dan berasa
terasing. Buat pengetahuan mu, aku mmg
agak bz dua bulan lepas. Tak percaya? Pg tanya housemate aku, jadi pengarah
project, assignment, praktikum dan segala bagai. Jangankan nak meluang masa
untuk kau, dengan awek aku sendiri pun aku tak layan. Makan minum aku pun entah
ke mana, itu belum lagi waktu tidur yang kadang - kadang cuma berbaki 3 jam sehari.
TIada
sebab untuk kau rasa terasing, aku tak pinggirkan kau, aku cuma bz. Ini mmg routine
aku sebagai student IPG, life kami sangat2 bz di pertengahan sem. Mana tak nya,
assignment sampai 10 nak kena hantar, tu belum lagi final project, praktikum
apa semua.
Sejujurnya
aku tak pinggirkan kau, kau masih kawan baik aku. Aku Cuma perlukan 1 waktu
yang sesuai untuk beritahu aku ada seseorang. Aku terkejut kenapa kau amik keputusan
untuk putus kawan? Tak perlu cam tu, Aku tak simpan dendam akan perpisahan dlu,
kenapa kau masih mengulang sikap yang sama?
Yang
keliru,
Anept
malek
No comments:
Post a Comment