Malaysia
semakin huru hara, seriously, negara mana lagi ko boleh tengok, minggu lepas
demonstrasi mintak mansuh PTPTN, minggu ni demostrasi BERSIH 3.0. Siapalah aku nak memberi pandangan, cukuplah
dengan pendapat aku tentang isu negara ni hanya untuk aku. Tak perlu aku minta pandangan aku
dipersetujui oleh mana – mana pihak baik dari kerajaan atau pun pembangkang.
Aku hanya individu yang hanya melukut di tepi gantang, mencari sesuap nasi
untuk masa depan yang kiam kelam.
Bila kau
makin besar, I mean besar jasad dan akal permikiran, kau akan belajar untuk
mendengar, dan memerhati sesuatu isu dalam perspektif yang berbeza. Even ko pro
government atau pun pro pembangkang, selagi ko manusia, cuba belajar guna akal
sebelum buat keputusan apatah lagi mengeluarkan satu kenyataan. Recently, aku yang merupakan pengguna Facebook
tegar, dalam beberapa hari ni melihat pelbagai issue yang aku rasa agak berat
diperbincangkan terutamanya dalam bidang politik.
Aku melihat pertelingkahan pendapat di kalangan
orang Melayu itu sendiri. Ya , manusia
itu berbeza pandangan dan ideolagi, namun perbezaan tidak seharusnya menjadikan
kita saling bermusuhan. Kau rasa kau betul, mungkin 10 orang lain rasa perjuangan kau tak betul. Dan mungkin orang
lain rasa idea kau kurang releven pada waktu sekarang, tapi mungkin idea tersebut boleh diterima 10 atau
20 tahun akan datang.
Please
get me right on this issue. Macam aku
tegaskan, aku bukan penyokong tegar mana – mana parti. Korang boleh kata aku
lalang, siapa kisah? Undian atas hak
masing – masing. Entahlah, nak comment
lebih, ilmu aku atas situasi politik di Malaysia pun masih di tahap mentah,
apatah lagi nak berselisih pendapat dengan abang – abang politik di Malaysia.
Don’t get
me wrong, mengundi itu satu kewajipan,
tapi parti yang disokong atas pilihan masing – masing Kita semua dah besar, makin lama makin dewasa
dan makin tua. Cuma aku tak berapa nak
setuju bila kita libatkan sekali kanak – kanak dalam satu demostrasi tu. Maksud
aku, what the point to bring those innocent kids in your rally against the government?
Aku bakal
cikgu, surely aku akan rasa tersentuh bila tengok kanak – kanak tercedera, menangis disebabkan perangai
sesetengah orang dewasa dalam menegakkan ideologi mereka. Aku harap our government, x kira from any
parties , tolonglah buat satu akta untuk melarang sebarang badan yang menggunakan kanak – kanak dalam
apa – apa jua perjuangan mahupun program politik, baik kerajaan mahupun NGO.
Bagus
kalau kita ada perancangan untuk anak –anak kecil kita, tapi untuk
mengeksplotasikan mereka? Aku cukup tak setuju sama sekali. Aku behalf my self
as a future teacher, tolonglah for the sake for our children, jangan ganggu
waktu riang mereka dengan urusan orang dewasa. kanak - kanak sepatutnya dilindungi, bukan digunakan untuk kepentingan orang dewasa macam kita. If we practice this in our life,
we will have the moment of sanity in this world of chaos.
PRU MAKIN
DEKAT, KEMPEN SEMAKIN HANGAT, TAPI
JANGAN KERANA HAL DEWASA, KESELAMATAN KANAK – KANAK KITA BUAT- BUAT TAK INGAT .
No comments:
Post a Comment