Aku buka link blog aku, then suddenly keluar benda alah ni.
Aku pasti korang yang betul – betul berani je akan masuk
redah gak
Aku biarkan terus benda alah tu di situ. Mungkin itu satu
petanda tuk aku, untuk simpan yang tersurat untuk mereka betul – betul ikhlas
berkawan dengan aku.
Aku baru beli camera poket baru. Even aku guru seni, aku tak
rasa aku ada bakat untuk ambik gambar, apatah lagi menggunakan camera Digital Single lens
reflect sebagai teman yang boleh digantung ke leher dan dibawa ke hulur ke
hilir.
Nikon CoolPix s2600, same colour cam dalam gambar tu |
Bagi aku, seni tidak terhad kepada fotografi berbantukan
camera yang mahal - mahal. Kemahiran untuk merakam gambar dari perspektif yang
baik juga perlu dititikberat. Dan yang penting adalah bagaimana seorang pengiat
seni fotografi menimbulkan persoalan dan menyampaikan mesej dalam karya beliau.( Alasan dari orang tak mampu)
Bulan puasa ni, aku bukanya dengan berpuasa di rumah sewa,
dan gambar di bawah adalah bilik yang aku sewa seorang bermodalkan rm 80 Agak selesa kerana hanya aku, tiada orang lain, dan keselesaan itu
diserikan dengan kemudahan internet yang agak laju.
Housemates aku lain tanya, kenapa tak balik? Jawapannya,
sebab aku dah balik minggu lepas. Lagipun selang 23 hari, aku akan balik
kampung juga. Aku pun dah bagitahu abah yang aku tak dapat balik berpuasa
bersama. Pastinya adik perempuan aku yang sulong tu akan merungut sebab aku tak
balik untuk sambut birthdaynya yang jatuh 24 Julai ni. Sorry lena, nanti aku
balik bawak hadiah, tu pun kalo duit aku cukup. Hehehe
Entah apa mimpi, semalam aku layan drama korea dalam external
Luqman. ERK….percayalah, aku di tahap kebosanan yang agak melampau time tu.
Selak punya selak movie dalam list filenya, tetiba keluar file “my girl”. Ok
sila muntah. Aku pun layan, dan layan dan layan hingga habis semua episod dan
akhirnya Gok Chan dapat gak bersama heroinnya. Aku suka time part kalo ada part
yang sedih tu diselangi dengan lagu Sang-eo-reul
Sa-rang-han In-eo
Hahaha, anept malek, apa ni wei? Sila sedar diri. Gua bukan
remaja lelaki hingusan yang dok leleh ngan drama – drama korea ni. Ok di saat
aku khatam drama tu semua, aku mula sedar diri dan hidup perlu diteruskan
sebagai Lelaki Melayu. No wonder ramai taste gadis Melayu leh terlintuk tengok
lelaki kulit putih, err, maksud aku cerah.
Muka hero sorang- sorang cam awek plak aku tengok.
Aku bosan, tapi aku tau kelapangan tu sebelum kesibukkan. Pastinya
minggu depan aku akan sibuk dengan urusan praktikal dan sekolah. Sejujurnya aku
lagi suka mengajar di sekolah, dan aku lagi suka kalau time tu aku dah grad,
leh dapat gaji cam kawan – kawan aku yang lain.
itu je bebelan tuk hari ni.
mode: rindu kat dia...rindu sangat....