Followers

Friday, 23 September 2011

aku dah cakap dah~ Bukan aku sorang je yang berfikir Melayu ni suka berpolitik

(Sinar Harian 19 Sept 2011)

Isu zakat dan dakyah Kristian menjadi sepi buat seketika, apabila isu komunis menutupi. Itulah budaya politik Malaysia. Satu isu belum selesai untuk diperbahaskan, muncul pula isu baru. Selepas ini akan muncul pula isu lain. Akhirnya nanti, semua isu tergantung, tidak dapat diselesaikan sehingga ke akar umbi. Kita seolah-olah hilang fokus. Masalah terus menjadi masalah, tanpa penyelesaian. Kita asyik berpolitik.

Berkaitan dengan isu Mat Indera dan komunis, setakat ini lebih 942 laporan polis telah dibuat ke atas Mat Sabu. Beberapa hari lagi akan melebihi angka 1000. Bayangkan berapa banyak masa,wang ringgit dan tenaga terbuang, untuk melayan dan membincangkan isu yang boleh dianggap ‘remeh’ ini. Ini belum termasuk saman menyaman yang akan berlaku dan desakan demi desakan dibuat supaya sejarah kemerdekaan ditulis semula mengikut versi sebenar. Siapa yang untung, siapa yang rugi, fikirlah sendiri. Tolak campur, tolak campur, umat Islam juga yang rugi. Masa depan masih kabur berbanding orang lain yang telah jauh meninggalkan kita, menunggu masa untuk mengambil kesempatan.

Suka atau tidak, kita akan terus berurusan dengan negara-negara komunis seperti China dan Russia bagi mengekang hegemoni barat yang semakin mencengkam. Dengan makna, dari aspek diplomatik, kita akan terus berhubung dengan negara komunis demi kemajuan negara seperti lawatan pemimpin komunis negara China baru-baru ini, selagi mana kita tidak terpengaruh dengan ideologi dan pemikiran mereka.

Waima, saya merasa amat pelik, kenapa kita harus ‘melayan’ isu ini yang ditimbulkan oleh Mat Sabu ini, sedangkan banyak lagi perkara besar yang perlu diberikan perhatian, seperti masalah ekonomi negara, masalah kemiskinan semakin menghantui sehingga boleh menyebabkan akidah tergadai, gejala sosial yang semakin menakutkan, perkauman yang semakin menebal, kelemahan umat Islam yang semakin ketara, bahasa Melayu yang semakin terhakis dan banyak lagi isu yang tidak menyebelah umat Islam. Biarkanlah Mat Sabu dengan labu-labunya.

Sejarah akan tetap kekal sebagai sejarah. Sama ada ia perlu ditulis semula atau tidak, bergantung kepada keadaan. Apa yang perlu dibuat hari ini kajian ilmiah perlu banyak dilakukan dari masa ke semasa untuk membuktikan fakta sejarah tersebut, jika masih samar dan dipertikaikan. Bukannya dengan saling mengkritik dan menghentam, seolah-olah dunia akademik ini begitu sempit. Sedangkan semua tahu bahawa dunia akademik tidak ada sempadan. Hari ini mungkin kajian kita sesuai dan relevan, mungkin tidak untuk masa hadapan. Ia akan menjadi bahan sejarah. Kajian baru perlu dibuat untuk membuktikannya. Marilah kita bersama-sama melakukan kerja-kerja yang membawa lebih banyak faedah daripada mewujudkan budaya bebal dan pandir seperti yang dibahaskan oleh Allahyarham Profesor Syed Hussein Al-Attas, telah saya sentuh sebelum ini.

Menurut beliau, golongan intelektual adalah orang yang mengabdikan diri untuk memikirkan idea dan masalah bukan kebendaan dengan menggunakan kemampuan akliah. Ia membawa maksud bahawa memiliki kelayakan akademik dan mempunyai gelaran, sebagai contoh, gelaran professor, masih belum layak untuk menggelarkan seseorang itu sebagai seorang intelektual jika tidak berfikir. Misalnya, Herbert Spencer, yang tidak mempunyai kelayakan akademik, tetapi diiktiraf dan dikategorikan sebagai salah seorang intelektual pada zamannya. Cara Spencer berfikir dan tindak tanduknya menepati ciri-ciri golongan intelektual sebagai seorang ahli falsafah, biologis, psikologis, sosiologis dan politikus.

Tidak perlulah saya membandingkan dengan ketokohan dan kehebatan Nabi Muhammad SAW. Walaupun Baginda seorang yang tidak tahu membaca dan menulis, tetapi pemikiran intelektualnya begitu terserlah berpandukan kepada wahyu Allah SWT. Perkara ini sengaja disenyapkan oleh orientalis barat kerana mereka tidak mahu agama Islam ditonjolkan sebagai pelopor budaya intelektual.

Bukan seperti segelintir masyarakat hari ini yang jelas masih kabur tentang makna sebenar intelektual. Mereka ternyata telah menyelewengkan makna hakikat ilmu yang sebenar. Bebalisme dan kepandiran semakin menjadi-jadi. Kita gagal melahirkan golongan intelektual, yakni masyarakat menjadi malas berfikir. Lebih parah lagi kemalasan berfikir ini turut terbawa-bawa oleh kalangan elitis sehingga menjadi bebal, yang membawa maksud tumpul otak atau bodoh. Misalnya, orang kaya sepatutnya berfikir bagaimana membantu orang miskin atau golongan yang memerlukan. Ini tidak, kerjanya asyik mengintai artis untuk dikahwini. Perkahwinan mereka inilah diperbesar-besarkan oleh media seolah-olah tidak ada lagi isu lain yang lebih penting.

Istilah ini bukan bertujuan untuk merendahkan martabat seseorang, tetapi pemikiran ini perlu dibenteras kerana ia diibaratkan parasit yang berserabut dalam pemikiran masyarakat. Gejala ini menunjukkan pelbagai kepincangan masyarakat terutamanya dari segi keinginan dan kemampuan menuntut ilmu. Antara sikap yang ditunjukkan dalam gejala bebalisme ini adalah kelesuan berfikir, sikap acuh tak acuh, tidak berminat terhadap budaya ilmiah dan tidak mempunyai daya cipta yang baik.

Paling ketara bagi mereka yang terperangkap dengan gejala ini ialah tidak menghormati ilmu pengetahuan dan pandangan ilmiah. Tidak mempunyai kecintaan terhadap hujah yang tertib serta tidak memberi penghargaan terhadap budaya ilmiah itu sendiri. Akibatnya, wujud kemalasan intelek yakni untuk berfikir lebih jauh. Sedangkan kita semua tahu bahawa otak perlu dirangsang (stimulate) supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Bebalisme akan menyebabkan masyarakat membangun tidak lagi berminat mendapatkan ilmu pengetahuan berguna. Jika adapun usaha mencari ilmu, ini dilakukan bukan kerana niat ingin membantu masyarakat, tetapi disebabkan oleh politik, pangkat, nama dan sebagainya.

Budaya inilah yang telah membelenggu pemikiran masyarakat kita. Syed Husein berkata: “Menjadi salah satu ciri bebalisme untuk mengharapkan orang lain percaya pada apa yang dikemukakannya tanpa memberi alasan atau penjelasan apabila pokok permasalahan tersebut di luar dari pokok permasalahan biasa. Bebalisme juga tidak mempunyai kecintaan kepada hujah yang tertib dan rasional apabila membahaskan suatu pokok permasalahan atau isu”.

Paling menyedihkan menurut Syed Hussien apabila gejala ini terus diwarisi dari satu generasi ke generasi lain. Natijahnya, gejala sukar dihapuskan dan menimbulkan persoalan mengenai kemampuan serta cara terbaik untuk keluar daripada gejala yang membelenggu masyarakat ini. Justeru, jika kita benar-benar mahu melihat perubahan, pemikiran bebalisme dan pandir yang perlu dibenteras. Jika tidak, kita tidak akan ke mana-mana. Sesama sendiri bercakaran. Ilmu tidak meningkat, masa dan tenaga terbuang, negara tidak membangun, sehingga menyebabkan orang lain mengambil kesempatan. Siapa yang rugi akhirnya?

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Pensyarah Kanan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Thursday, 8 September 2011

orang kita, politik dan ekonomi

Lama gila tak update. Ada dekat sebulan dua kot. Alhamdulilah, aku masih lagi bernyawa dan waras seperti dulu.

Malas nak cerita panjang, raya settle sudah, tak kan nak cuti lama – lama. Tokey kilang kasut bata pun boleh bankrupt  kalo pekerja nak cuti je tul tak.

Hari ni, aku rasa malas nak cerita pasal cinta, awek, perasaan sensatif. Buang masa je cita panjang – panjang kalo  balik – balik, cerita yang sama berulang kembali .Bosan.

Aku pun tak tau kenapa hati aku rasa terdetik nak menghurai perspektif aku mengenai orang kita, kaum aku sendiri.

Sebelum aku melangkah lebih jauh, aku nak korang semua tau yang aku ni Melayu, Bapak aku berketurunan Banjar, berasal dari Batu Pahat dan mak aku pun Melayu, berasal dari muar.  Cuma aku tak pasti keturunan apa . So leh kira aku ni cam pure breed punya Melayu, tak da mix2.

Banyak benda yang aku leh hurai pasal kita ni, Cuma aku rasa aku kena kecilkan sedikit topik yang ingin aku hurai hari ni. Lets talk about politics and economy scene of Malays in this country.

Sepanjang 21 tahun aku hidup kat bumi  Malaysia, seharusnya aku bangga menjadi rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu dan menikmati hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Ini semua terjadi disebabkan usaha  orang – orang lama yang berkecimpung dalam politik yang sedar tentang hak istimewa orang Melayu untuk genarasi akan datang.  Tapi entah kenapa, semakin lama aku mengenali suasana politik orang kita di Malaysia, semakin aku rasa rimas dan sakit hati. Itu tak termasuk pening dengan binggung dengan sikap orang kita yang suka berpolitik tak kira masa
.
Kenapa aku sakit hati? Meh aku hurai satu persatu. Kalo dulu, aku rasa tak de r kecelaruan politik macam zaman sekarang. Kes tuduhan liwat yang sampai sekarang tak settle - settle, kes pasal kek 3 ribu, kes rasuah  berjuta – juta sampai leh wat bangglo  walaupun pekerjaan asal Cuma doctor gigi. kes pasal pembunuhan model ntah dari mana ntah, macam – macam kes sampai aku rasa setiap hari berita tv 3 tu penuh dok cita pasal kes – kes orang yang berprofile tinggi terutamanya yang membabitkan politik.

Itu baru kat tv, tak termasuk lagi belaci – belaci yang dok mempertahankan tindak tanduk parti dorang yang sah – sah aku rasa dorang dapat bahan pun dari internet, temu ramah orang – orang politik kat tv yang pastinya menyalahkan parti pihak lawan atas kelemahan parti sendiri.

Aku malas nak cerita panjang pasal orang – orang atas ni. Dorang sure – sure makan besar, naik kereta pun kereta mewah. Tu tak termasuk elaun – elaun khas untuk orang – orang kenamaan yang menceburi bidang politik.  Hasil sampingan banyak membantu kot? Halal dan haram tu antara dia dengan Tuhan,  siapa aku nak tuduh rezeki dia tu halal ke tak.  Dorang tu dalam umur pertengahan dah, banglo kata pergi, van jenazah kata “ nak tumpang?”

Yang aku pentingkan sekarang adalah remaja Melayu kita. Dok terikut sangat pasal hal politik sampai terabai apa yang lebih penting.Yang  biru dengan fikiran birunya, yang hijau dengan fikiran hijaunya.  Yang aku peliknya, beza warna bendera parti  dengan perjuangan, tetapi dua – dua Melayu.

Melayu derr, makan sambal belacan guna tangan kanan, cebok bontot pakai tangan kiri, tapi bila tiba hal politik, masing – masing nak tunjuk parti dorang adalah parti maksum. Tak pernah ada salah dan silap, dosa?  Cam tak pernah berlaku.

            Cam korang confident sangat parti yang korang sokong memperjuangkan ideologi politik korang. Korang pasti ke 100 percent yang ke semua ahli parti korang tu akan memperjuangkan hak korang? Serius shit. Tak semua derr, kalo ada 10 orang ahli politik, aku leh confirmkan 7 daripadanya adalah ahli perniagaan dan contractor yang hanya inginkan  keuntungan dan hasil duit yang berlipat ganda.

Baik biru mahupun hijau, ketujuh – tujuh individu yang aku sebut tu ada dalam kedua – dua parti. Tak yah nak cita panjang la. Zaman politik kita bukan cam zaman politik atuk nenek kita dulu, di mana zaman tersebut diceburi oleh orang – orang yang berlatar belakangkan pendidik,ustaz – ustaz, guru – guru, individu yang mempunyai nilai  patriotism yang tinggi. Serius ceritalah, aku sempat berjumpa dengan golongan – golongan ni waktu aku kecik, tapi aku leh menilai semangat patriotism  dorang lagi tinggi. Arwah nenek aku dulu orang kuat biru, tapi tak pernah menerima imbuhan apa – apa. Apa yang diperjuangkan ialah untuk agama bangsa dan negara.  Tiada kontrak pembinaan juta – juta. Simpanan pun setakat 2 3 ribu je. Buktinya, arwah nenek aku duduk di rumah kampong, bertemankan ayam dan itik peliharaan tanpa sebaran swimming pool di sebelah kediaman.

Baik di warong, dalam kereta, even in facebook, budak – budak sebaya aku, tua sikit, tua bangka, dok cerita pasal politik. Parti lawan salah, parti lawan banyak buat dosa, ini tak betul, itu tak betul bla – bla, doa ditimpa bala, mati kubur tak muat dan macam – macam lagi kritikan yang disertakan dengan cacian.

kadang – kadang, aku diam, kadang – kadang aku join, sekadar nak menambah pengalaman mengenai sikap orang kita, juara politik tak kira masa. Tapi serius lawak beb, dok cerita politik bagai nak rak, cuba korang ajak sembang mengenai perancangan ekonomi sendiri untuk masa akan datang? Setakat dua tiga ketul ayat, pastu perbincangan tu akan sepi…….

Ni la yang dapat aku simpulkan tentang tabiat buruk orang kita, politik hebat, tapi ekonomi sendiri kayap. Cerita politik berjam – jam, sampai kebun getah pun tinggal, ladang sawit terbiar. Tak de inisiatif untuk memajukan ekonomi sendiri. Yang kita tahu cuma mencari kesalahan orang lain walaupun hakikatnya orang tu tak pernah ada kaitan sangat dengan kita.

Camtu lah gak dengan remaja sebangsa aku sekarang ni. Kalo jumpa, kalo tak politik, cerita pasal liga bola  sepak eropah, cerita pasal band – band rock, pasal awek, paling tak boleh blah cerita pasal freemason, dajal, sekarang apa cita? Semua  diam sepi. Aku kalo jumpa budak – budak cam ni, memang aku diam je,  malas nak bukak cita, sebab dorang sendiri akan syok sendiri bercerita tentang perkara yang aku kira sia – sia.

Kadang – kadang, aku rasa silapnya orang kita, adalah kita selalu ingat yang melalui politik sahaja kita dapat memperjuangkan hak bangsa dan agama kita di bumi Malaysia. Padahal aku tak pasti sama ada orang kita ni buta atau buat – buat buta yang orang Cina dah buktikan yang mereka mampu memperjuang dan membela nasib – nasib kaum mereka melalui ekonomi dan perniagaan.

Munkin korang tak tau, atau mungkin aku yang dibesarkan dengan suasana perniagaan berteraskan pertanian dan perladangan sedar akan situasi ni. Meh aku cerita kat korang, ada seorang apek ni, perniagaannya berteraskan pertanian. Pertanian je der, dia tanam cili kat tanah 12 ekar tanah rezab orang Melayu yang telah dipajak.  Tapak semaian tu betul – betul sebelah tanah kebun ayah aku. Korang nak tau, selepas 5 bulan, setiap hari dia boleh bawak keluar sehingga 1 tan cili untuk dijual di pasar. Cuba korang  tanya kat pasar, brapa harga sekilo cili? Biar aku jawap, sekilo cili boleh cecah rm 10 beb, kalo 1 tan? Itu baru sehari, kalo 30 hari?

Aku rasa, silapnya orang kita, adalah nak duit dengan jalan yang mudah. Cam contoh aku bagi kat atas tadi, tak nak  usahakan kebun, pajak kat orang Cina tuk 10 tahun, dapat la dalam rm 60 ribu, pastu pg joli habis – habisan. Tapi orang cina tu bijak, dia boleh cover balik kos pajakkan tu dalam masa 2 tahun. Baki 8 tahun tu dia boleh wat keuntungan ratusan ribu dan boleh cecah hingga juta Dia tak tanam pokok sawit, sebab lepas 10 tahun nanti, pokok sawit tu jadi orang melayu punya. Jadi dia tanam pokok – pokok cili, sayur – sayuran, kacang panjang, terung. Bijak kan?

So apa jadi kat orang kita tu tadi? Orang kita tu pegi beli kereta baru, beli perabot baru. Lepas tu, duit lebih simpan sikit dalam bank ataupun melabor dalam pelaburan yang belom pasti sahih, untung lagi jauh dan mungkin kena tipu. Masa terluang untuk kebun, dihabiskan untuk berbincang isu – isu politik kat kedai kopi. Jangan marah la kalo ada bangsa lain claim orang kita malas, sebab sesetengah orang kita memang suka macam tu.

So mana pergi perjuangan politik kita?  Mana ideologi, manifesto, dan  idea untuk memperjuangkan nasib orang kita? Mana der? Jawapannya benda – benda tu ada kat facebook, korang boleh tengok budak – budak baya aku, tua sikit, tua bangka dok post pasal hal – hal politik kat Malaysia ni. Kalo perjuangan  biru diperkatakan memperjuangkan hak kaum Melayu, dan Hijau memperjuangkan Agama Islam, tetapi entah kenapa aku tengok Orang kita, Melayu yang Beragama Islam, saling bertelagah sesama sendiri tapi tak pernah cuba berganding bahu untuk mengangkat ekonomi orang kita yang berketurunan Melayu dan beragama Islam.

Siapa cakap melalui politik sahaja, martabat kaum Melayu akan naik, Siapa cakap melalui politik sahaja, Imej agama Islam akan cemerlang? Jatuh dan naik bangsa dan agama kita bukan disebabkan faktor kaum lain, tetapi sebab sikap orang kita sendiri yang suka bertelagah sesama sendiri terutamanya dalam bidang politik.

Wednesday, 17 August 2011

aku dan Anjing...

        Kawasan perumahan aku dikelilingi oleh jiran jiran non muslim terutamanya jiran yang berbangsa Cina. Secara biasanya ,  jiran - jiran aku ni gemar membela anjing mungkin sebagai faktor keselamatan harta benda atau sebagai haiwan peliharaan semata - mata. Walaupun anjing lebih sinonim dengan aktiviti menyalak, tapi taman perumahan aku jarang - jarang dapat dengar salakan anjing , Yang terlepas? setakat seekor dua, tetapi tak serang orang. 

      Mungkin pembela - pembela anjing ni pun tahu tentang sensitiviti kaum Melayu yang beragama Islam, jadi kebiasaanya, anjing - anjing ditambat, dan diletakkan jauh dari pintu pagar bagi menggelakkan anjing - anjing ni menyalak pada orang luar.

    Aku ingat lagi, waktu aku ambik kelas tuisyen tingkatan 1 dengan cikgu perempuan aku yang berbangsa Cina. Kami biasanya panggil cikgu tu  "teacher" ataupun cikgu Ng. Dia ajar aku subjek sains dan metamatik. Memandangkan ayah aku pun cikgu, dan kawan baik kepada cikgu Ng ni juga, so biasanya aku dapat perhatian yang agak lebih dan banyak masa diluangkan untuk aku diajar secara individu.

Setiap petang sabtu dan ahad, aku akan pergi ke rumah cikgu Ng untuk belajar metamatik dan sains. Macam jiran - jiran non muslim yang lain, cikgu Ng pun bela anjing. Anjing bukan sebarang anjing beb, jenis Rotweiler lagi.



Jenis anjing Rottweiler ni, memang garang dan ganas, setiap kali student - student lain masuk je pintu pagar rumah cikgu Ng, mesti anjing tu menyalak - nyalak cam nampak hantu. Aku time tu pun baru tingkatan satu, dan macam budak - budak lain gak, aku akan cepat - cepat masuk ke dalam rumah cikgu Ng dengan langkah seribu. Walaupun anjing tu ditambat, kegerunan tu masih boleh dirasa, macam anjing tu berdiri sebelah aku je. 

Selagi cikgu aku tak suruh anjing tu diam, anjing tu akan menyalak - nyalak, sebab mungkin dia pikir kami ni penceroboh/ perompak. Tapi aku respek kat cikgu aku tu, dia suh anjing tu diam, terus senyap si Rottweiler tu lalu masuk ke dalam pondok anjing tanpa mempersoalkan apa - apa. Memang patuh gila sikap anjing ni rupanya.

Pernah sekali tu, aku bawak la bekal ayam goreng ke rumah cikgu, nak makan time lapar, sebab aku tak sempat nak makan tengah hari kat rumah. Sebelum kelas mula, aku makan kat halaman rumah cikgu Ng, sebab tak nak  bagi kotor ruang kelas dia untuk mengajar. 

Bila aku baru nak ratah peha ayam bersalut tepung kfc, aku tengok si rottweiler dah jelir - jelir lidah sambil mengoyang - goyangkan ekornya yang kontot. "Lapar r tu" dalam hati aku mendesus.  Aku tengok cikgu aku tu bagi  si Rottweiler ni nasi putih dengan saki baki tulang ikan yang boleh dikira dengan jari. Sian Rottweiler ni, vegeterian rupanya. (=.=").

Berbekalkan sikap empati aku yang masih kebudak - budakkan time tu, aku pun ratah dulu peha ayam tu untuk perasmian pecah tanah, pastu yang lebih, aku campak kat Rottweiler (tak kan aku nak suap plak kan. Rottweiler pun makan dengan gembira....asal ayat aku cam darjah satu ni?  

Sejak hari tu, aku rajin la membawa bekal untuk dimakan bersama - sama si Rottweiler. Apa yang aku makan, tu la Rottweiler makan. Kalo hari tu aku bawak ayam goreng berempah, dia pun turut sama dapat merasa. Kalo aku bawak telur goreng masak kicap, dia pun turut sama dapat rasa telor....ayat ntah ape - ape...Pernah sekali tu, aku bawak nasi putih ngan lauk sayur bayam. Aku pun  campak la sayur tu kat si Rottweiler. Hasilnya, Rottweiler hanya kuis - kuis sayur tu dengan jari kaki dan berpaling tanda merajuk. Dalam hati aku," dasar anjing" bagi betis nak peha. 

Rutin ni aku amalkan selama setahun, hasilnya si Rottweiler kalo nampak je kelibat aku kat pintu pagar rumah cikgu Ng, mesti dia goyang  - goyang ekor sambil menjelir - jelir lidah mewakilkan emosi gembira. Kalo ikutkan hati aku yang masih keanak - anakan time tu, nak je aku bertepuk tampar mesra dahi si Rottweiler ni. Tapi memandangkan pengetahuan agama aku time tu agak surface, so aku tak berani nak pegang anjing. Takut berdosa besar dan masa tu tak geti lagi nak samak- samak ni. Budak - budak lagikan. Yang aku tahu time tu. Orang Islam tak boleh pegang dan bela anjing.

hasil hubungan intim aku dengan Rottweiler, aku dah tak takut lagi dengan mana - mana anjing. Mana - mana aku pergi, kalo anjing nak kejar, biasanya aku turun dulu dari basikal, pastu tundukkan badan dan cuba capai batu ke, kayu ke. Serius, anjing - anjing ni akan lari bertempiaran. 

Yang aku nampak anjing ni sebenarnya haiwan yang setia, lembut dan berjiwa sensatif. Korang pernah dengar anjing menangis tak? Bagi aku, berbanding kucing, anjing lagi senang memperlihatkan emosi dia. Kalo anjing tu lapar, dia akan menjelirkan lidah. Kalo anjing marah, dia akan menyalak sekuat hati dan cuba menyerang sebarang objek yang dianggap sebagai ancaman. Dan yang lebih penting, anjing adalah haiwan yang bersikap pelindung ataupun protective. Sekiranya Tuan anjing kelihatan diserang oleh individu, anjing tersebut akan terus meluru menerkam individu dan mengigit tangannya. 


Hassan Al-Basri r.a mengatakan bahwa pada anjing ada sifat mulia yang perlu diteladani
oleh setiap orang mukmin.

Pertama :
Anjing itu sentiasa lapar,dia jarang makan sampai kenyang.
Sifat ini adalah sifat orang-orang soleh.

Kedua :
Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap.Dia selalu berpindah randah mengikut keperluannya.
Sifat ini adalah sifat orang-orang yang bertawakkal kepada Allah.

Ketiga :
Anjing tidak tidur pada waktu malam,melainkan sedikit sahaja.Dia selalu berjaga-jaga.
Sifat ini sama seperti sifat orang-orang yang cintakan Allah, sentiasa renggang punggungnya
dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah.

Keempat :
Jika anjing mati,dia tiada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yang mewaris.
Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yang zuhud.

Kelima :
Anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan dirinya daripada tuannya
sekalipun dipukul dan dimarah.
Sifat inilah tanda-tanda yang dimiliki oleh para murid yang siddiqin yang sedang belajar dengan Gurunya.
Tidak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan berbagai-bagai ujian.

Keenam :
Dia lebih redha dan lebih suka bertempat di tanah,tidur di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada
tempat manusia.
Ini adalah tanda-tanda orang yang tawadu’, orang-orang yang suka merendah diri dan tidak menyombong.

Ketujuh :
Jika tempatnya diambil alih oleh orang lain atau ditempati oleh benda lain, dia pindah ke tempat lain tanpa merasa
marah atau berdendam.
Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan bahagiannya.

Kelapan :
Jika ia dipukul,dihalau atau dibaling dengan benda-benda yang menyakitkan,dia menerimanya.Tidak ada perasaan
dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang lepas.
Inilah tanda-tanda hamba Allah yang kusyuk.

Kesembilan :
Jika anjing melihat orang makan,dia melihat saja dari jauh, tidak meminta-minta atau menganggu.Jika diberi makan
atau tidak diberi,dia diam sahaja.
Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah s.w.t.

Kesepuluh :
Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya, tidak menoleh-noleh ke belakang.
Inilah tanda-tanda orang yang susah.




Lepas form 3, aku tengok si Rottweiler dah tak de. Aku pun tanya cikgu Ng, mana anjing cikgu? Cikgu cakap anjing dia dah bagi kat orang lain. Sebab cikgu pun tak de masa nak bagi si Rottweiler tu makan. Mungkin sebab tu si Rottweiler ni selalu miss lunch dia......Cikgu kata, dia buat semua ni pun sebab dia tak nak seksa anjing tu. Dia nak Rottweiler tu hidup riang dengan tuan yang baru.

Aku pun balik dengan keadaan yang hampa. Dalam hati aku bermonolog, kan bagus kalo ayah aku bukak kebun awal - awal, boleh bela si Rotweiler tu kat kebun. Tapi apakan daya, si Rottweiler pun dah tak de....

Sejak hari tu, aku selalu pasang angan - angan, yang aku nak bela  seekor dua anjing  jenis Rottweiler kat ladang aku sebab Ustaz Azhar kata tak ape bela anjing dengan syarat unttuk menjaga haiwan ternakan, menjaga harta ,memburu dan sebagainya.  

Baru - baru ni, aku saja geledah Mudah.my . nak cari Rottweiler puppy. saje nak tengok berapa harga seekor anak anjing jenis Rottweiler ni. Aku budget dalam rm 200 cam tu la. sekali hamik ko. Minimum rm 1000 ke atas.

COMEL......


Sekarang ni, yang menjadi kekeliruan aku, ada pendapat dari ulama mengatakan, hukum jual beli yang berkaitan dengan anjing ni adalah haram. Boleh tak sesiapa yang ada ilmu agama yang boleh dikongsi mengenai hukum jual beli anjing ni? Sebab bagi aku, nak harap orang lain bagi free, memang payah la. So kepada readers, sesiapa yang ada info mengenai kekeliruan aku ni. leh hantar kat email aku. Sebarang kritikan juga aku terima dengan tangan terbuka.



Tuesday, 16 August 2011

mikro teaching

            Ok......hari ni aku ngan kumpulan aku, Hamdan, Zakwan, dan Luqman kena membuat simulasi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Maksudnya di sini, kami 4 orang kena mengajar dan kawan - kawan yang lain berlakon menjadi murid.

Subjek: Pendidikan Jasmani.
lokasi: di dalam bilik darjah
tajuk: kesesuaian dan kebersihan pakaian untuk aktiviti

        Aku kena mengajar di bahagian 'perkembangan' maksudnya bahagian di mana guru mula menghurai isi - isi pengajaran kepada murid. Berbantukan slides di laptop dan 2 keping kad imbasan yang mempunyai gambar  di kedua - dua belah  muka, aku mengerakkan langkah lagak seorang guru yang berpengalaman 25 tahun mengajar.....ok aku tipu, aku gugup sebenarnya sebab ada lecturer yang turut datang observe.

         Baru semalam aku pikir setakat pengajaran untuk darjah dua, benda kacang je. Esok nak mengajar, malam ni baru aku buat slides dan alat bantu mengajar (ABM) . RPH pun dah siap seminggu lepas, so apa nak takut tul tak?

       Tapi jangkaan aku silap sama sekali. Lepas zakwan buat set induksi untuk pembukaan pengajaran,  sampai giliran aku pula berlakon membawa watak guru bertauliah. Memandangkan budak (kawan2 berlakon) yang aku nak ajar ni bertaraf permikiran budak - budak berumur 8 tahun, so aku banyakkanlah menggunakan teknik latih tubi. Setiap fakta yang aku ajar, aku akan suruh budak - budak ni mengulang menyebut beramai - ramai sehingga sebati dengan anak tekak masing - masing. Lepas menjawap soalan secara beramai - ramai, aku akan pilih budak  secara rawak untuk menjawap soalan cepu emas. Bukan apa, saje nak tunjuk kat lecturer yang aku turut menggunakan pendekatan berpusatkan murid. Iaitu murid kena memberi jawapan/pendapat/ dan tak kurang juga loyar buruk yang terpaksa cikgu ni hadap.

        Secara overall, penilai dari barisan students, kata ok.....ok r tu. Dorang puji suara aku lantang dan bergema. Hasil pembelajaran tercapai. Yer la, sama - sama member, nak kritik apa la sangat. Level pun rata - rata sama je. So kebanyakkan comment lebih kepada compliment dan kritikan membina.

         Tapi bila sampai kat tangan lecturer menilai...Hambik ko. ni tak kena, tu tak kena, Set iduksi tiada perkaitan dengan perkembangan sehingga kemuncak pengajaran. Last - last penutup tu baru kena sikit dengan isi perkembangan yang aku ajar tadi. Ibarat cam memasak, mula - mula nak buat nasi ayam, sekali guna proses membuat laksa, last - last jadi nasi ayam balik. Magic kan?

hehe, perasaan aku berbaur kecewa.Melihat komen - komen yang ditulis oleh lecture untuk aku

Hanif

-ve = sering menggunakan sambungan perkataan contoh:

aku sebut" kita kenalah pakai pakaian ber? pastu budak2 sambung, bersih. salah di sisi pengajaran.

-ve = memberi jawapan secara beramai - ramai. Tiada pemerolehan individu.

Aku terdiam bila tengok komen - komen yang ditulis, tapi tak pe la kan, kalo hari ni lecturer tak tegur, sampai esok hingga pencen aku still wat silap lagi

Monday, 15 August 2011

aku dan bukak pose sorang2

        Hari - hari berlalu cam biasa. cuma 1 minggu ni ada sedih sikit la. Kita tak dapat puaskan hati semua pihak, termasuk hati sendiri.....macam - macam orang dah aku mintak nasihat, last - last jalan terbaik adalah just ignore that person for a while.

        Honestly, aku pun paham, setiap persahabatan, mesti ada pergaduhan, dan setiap pergaduhan pastinya membuahkan kebencian...cuma kadang - kadang aku just harap ayat orang - orang lama dulu "dalam benci ada sayang" tu adalah satu kebenaran. I really hope that phrase will be true. Ataupun persahabatan yang dulu penuh dengan keseronokan hanya tinggal kenangan je...Relax r, bukan aku tak pernah hilang kawan. Banyak dah.

         Mungkin sikap aku yang agak outspoken, lurus, dan jujur menyebabkan beberapa member aku angkat kaki. Ada yang berkecik hati, ada yang menarik muka, ada gak yang mengumpat belakang. ( relax r, manusia mana tak mengumpat? tul tak?) Aku akui, yang perangai aku yang agak panas baran, degil dan susah untuk mengawal emosi menjadi punca keretakan persahabatan yang aku ada selama ni.

        Kadang - kadang aku insaf, pastu wat lagi perangai lama. Kalo ada benda tak betul je, confirm straight je aku sound. Bapak aku pun paham yang darah aku ni panas. Banyak dah dia suh aku kawal emosi, tenangkan diri. Aku pernah mintak tips camne nak kurangkan rasa marah kat orang lain. Dia cakap kat aku, setiap kali nak marah kat orang lain, kita gigit lidah sendiri....aku pernah amal, dan cara tu berkesan. Sebab ape? Sebab, lagi kuat kita nak marah, lagi kuatlah kita gigit lidah kita.  Secara teorinya, lidah kita akan sakit, dan cam tu lah kesakitan yang akan dialami oleh orang kita marah nanti..

          Tapi tu lah, manusia selalu lupa. entah kenapa sekali tu aku marah member aku (perempuan) pasal aku rasa ada kerja yang tak sempurna. Yang aku cuma pikir time tu cuma rasa marah aku, aku tak pikir perasaan dia. Bila hati aku dah redha, baru aku ingat orang yang aku marah tu insan yang ada perasaan cam orang lain. OK....aku akui aku bodoh, marah tak dapat selesaikan masalah, menambah masalah lagi ada la.

        Benda tu berlaku sem lepas.....walaupun aku dah mintak maap, tapi entah kenapa rasa bersalah tu masih menguasai diri aku walaupun hakikatnya aku manusia yang tidak begitu kisah atas perasaan orang lain. Sem ni, aku banyak mengasingkan diri. Perbualan dengan member - member pun sekadar berisikan tentang assignment, tugasan dan kelas - kelas yang perlu aku hadiri untuk mencukupkan kuata aku layak menduduki exam. Tak lebih dari itu.

          Bukan niat aku untuk berlaku sombong, cuma rasa bersalah kat hamba Allah yang seorang tu pun dah cukup menghukum aku. Kadang - kadang terbit gak rasa kesal bila member - member nak ajak aku berborak, tapi aku sekadar melayan dengan sekeping senyuman hampa yang jelas menunjukkan yang aku sebenarnya berasa terasing di sini. Bukan aku tak nak mengeluarkan kata - kata yang boleh menghiburkan hati manusia lain, cuma kadang - kadang nafsu yang mewakili setiap petah percakapan. Aku takut perkataan yang keluar dari mulut aku jadi hamburan bahasa kesat kat hati korang........

          Magrib tadi aku bukak puasa sorang - sorang....sebekas nasi ayam dengan sebungkus air soya panas yang dah aku sejukkan dalam peti ais. Member - member rumah ada jemputan makan dengan yang lain. Member yang lain jemput aku. Aku menolak...memikirkan hati aku yang masih lagi tidak stabil, baik aku asingkan diri sekejap...

        Entah kenapa lamunan aku terhenti bila azan berkumandang sayup - sayup magrib tadi. Makanan aku ambil perlahan - lahan tak seperti selalunya kawan - kawan yang akan ingatkan aku bila hampir waktu berbuka jadi persediaan untuk berbuka lebih sempurna. Duduk sorang - sorang, tanpa teman, tanpa keluarga, hanya diri sendiri di ruang tamu menjamu hidangan yang sedia ada. Satu perasaan yang aku alami petang tadi........kesunyian..........




Friday, 12 August 2011

sedih dan kehilangan........

        Aku bukan seorang yang alim,kaki tabligh jauh sekali. Tapi biasalah fitrah manusia macam aku, bila sedih dan rasa kehilangan kita akan mula mencari  siapa pencipta kita. Ibarat anak kecik yang kehilangan ibu bapanya di Mydin, menangis - nangis, berteriak dengan mengalir air mata. Minta dipertemukan segera dengan ibu bapanya. Begitulah  juga macam orang lain, bila kita susah, dengan Tuhan juga kita mintak petunjuk, mintak diberikan semangat dan diringgankan ujian. 

      Bila orang dewasa sedih, nak mengadu kat siapa? nak ngadu kat member, member bukan semua boleh paham. Nak ngadu kat parents? dah janji kat diri, bila besar tak nak susahkan parents. Aku tak pandai nak memberi ceramah berunsurkan agama, cukuplah sekadar aku ingatkan bila, kita rasa susah, kita ngadu kat Allah, bila kita rasa keseorangan, kita ngadu kat Allah, bila kita rasa kehilangan, kita ngadu kat Allah. Dan Allah Taala tak pernah bosan mendengar rintihan hambanya sebab dari kecik lagi aku diajar Allah kan Maha Mendengar lagi Maha Mengasihi.



Ramai orang (termasuk aku) hanya akan ingat Tuhan bila mereka berada dalam kesedihan, kepayahan, kehilangan, berduka lara dan merasa putus asa. Lebih teruk lagi apabila kita terus menerus jatuh dalam kesedihan yang kita sendiri cipta sedangkan segala nikmat yang Allah beri adalah bukti bahawa kasih sayang pencipta kepada hambaNya.

Wednesday, 10 August 2011

Bernafas dalam ego

        BF korang ego? Jenis tak nak mengaku salah?Hanya mendiamkan diri dan buat - buat bodoh bila korang membebel?  Dan jawapannya taniah, sebab BF korang memang ada perasaan.......

            Kebanyakkan gadis - gadis, puan - puan dan suri rumah sekalipun gemar mengatakan pasangan mereka ego, keras hati dan setiap kali berlaku pertengkaran di antara dua orang, mesti lelaki cakap mereka betul. Hasilnya perempuan terpaksa beralah, berdiam diri dan menangis seorang diri. (pengakuan beberapa orang wanita)

            Maka hasilnya, lahirlah sajak - sajak bengong di internet dan blog - blog perempuan (yang baru pas gado or kena dump)  yang mendeklimasikan perasaan wanita semata - mata yang aku kira agak berat sebelah untuk kaum lelaki. 

       Realitinya apa yang tertera di perenggan dua itu memang jauh dari kebenaran sama sekali. This is bullshit~ kenapa? Jawapannya senang je. Lelaki ni ego...Bila ego, dia hanya diam dan duduk. Sambil melihat ekspressi pasangan mereka melampiaskan amarah mereka tak tentu hala, nak - nak kalo bulan mengambang atapun pre menstrual syndrome. Benda yang kecik pun kadang - kadang nampak esok dunia cam nak kiamat.

         Kesan dari amarah yang membabi buta maka keluarlah ayat yang biasa digunakan kaum awek dan isteri "kita clash!!!, awak ceraikan saya sekarang gak!!!!  saya dah tak tahan hidup dengan lelaki ego macam awak ni!!!   ( sila baca macam ayat skrip drama Melayu).

          Kena lelaki penyabar, boleh la gak amik tips kat internet yang kalo bini membebel dan mengamuk, pegi dakap, peluk dan cium dah dan dan.................. (kalo lom kahwin, jangan gatal nak demo kat taman, kang tak pasal kena cekup ngan Jabatan Agama Islam)

           Kalo kena ngan lelaki yang keturunan memang tangan bertindak sebelum perkataan, sah - sah free je dapat hand mark kat muka ( lelaki dayus~) . Tak pun dapat talak tiga sekali row. Tu tak pe lagi, kalo lelaki jenis tricky, terus pasang dan tambah cawangan baru. LU LANGSI, GUA KAHWIN LAGI. hahaha

      OK, enough cerita pasal perempuan, sejak bila plak blog aku bertukar menjadi blog genderism? discrimination  against women? girl? NO. apa yang aku utarakan tadi adalah untuk menjentik sedikit perasaan korang untuk mengetahui serba sedikit tentang perasaan lelaki.

       Ramai cakap ego ni diibaratkan sombong, hidung tinggi, egosentrik dan macam - macam lagi . Aku nak korang tau yang tema ego ni dipopularkan dari negara barat dan sering kali ego ini dikaitkan dengan perangai lelaki...

      Berbeza pulak dengan aku yang mewakili lelaki menganggap panggilan lelaki ego yang kaum wanita beri ini adalah salah satu cara untuk kami melindungi diri kami dari bertengkar terlalu lama dengan pasangan kami. Lelaki bukan macam perempuan, setiap pertengkaran mesti diakhiri dengan adegan pujuk memujuk. Berbeza dengan lelaki, kalo tak nak gado, cukuplah sekadar diam dan bawak diri jauh - jauh.

       Lelaki adalah mahluk yang Allah jadikan, mempunyai susuk tubuh yang tegap dan kekuatan fizikal yang lebih berbanding kaum perempuan. Allah lebihkan lagi dengan kecerdasan akal dan emosi. Semuanya kerana lelaki tu kelak akan menjadi ketua keluarga, pelindung dan pembimbing kepada kaum wanita. 

        Korang boleh bayangkan tak, kalo hak menjatuhkan talak tu terletak di tangan perempuan? Aku pasti jumlah kes penceraian akan meningkat 9 kali ganda dari jumlah yang sedia ada. kenapa? sebab bagi orang Islam, dah sedia tahu yang lelaki diberikan 9 akal dan 1 nafsu, manakala perempuan pula diberikan 9 nafsu tapi satu akal. (siapa yang ego sebenarnya)

        Panggilan lelaki ego yang kaum perempuan wanita beri pada lelaki, hakikatnya lelaki ni lagi mudah beralah. Tak mudah melenting, dan jarang - jarang aku dengar lelaki membebel tak tentu hala pada kawan, adik beradik dan pasangan. Kalo membebel pun mesti ada sebab yang kukuh yang lebih suka aku definasikan sebagai 'nasihat'. (siapa yang ego sebenarnya)

      Suka aku nak ingatkan korang yang perasaan ego dalam diri lelaki sebenarnya perasaan merajuk. Merajuk? yer merajuk, kecewa, kecil hati, terguris perasaan dan macam - macam lagi perasaan sedih. Sama macam apa yang korang alami. Adakalanya perasaan merajuk ni dibiarkan begitu sahaja , membawa diri ke tempat - tempat sunyi, atau bising. Kalau jenis yang alim, biasanya membawa diri ke masjid, berzikir, dan berdoa supaya diberikan kekuatan mengawal amarah si isteri. (siapa yang ego sebenarnya)

        Lelaki yang suka main fb pun, kalo dia merajuk dengan awek dia, dia tak post kat fb. Bukan ape, takut kena kutuk ngan member - member. Hati kaca, Hati taman dan sebagainya. Korang pun sedia maklum, kalo perempuan gado ngan bf , tunang , even suami mesti nak post masalah kat facebook. Honestly to say, sebagai wanita, korang kena pikir yang setiap manusia ni ada air muka yang perlu dijaga. Kalau masalah boleh selesai secara dalaman dan professional, kenapa nak cerita biar satu dunia tahu? Aku rasa korang pun dah sedia maklum apa yang terjadi kepada bekas tunang penjaga gol Malaysia. Kerana fb, dua - dua rugi. ok, full stop.

         Kalo lelaki jenis yang suka keluar dengan kawan - kawan, mungkin membawa diri ke warung - warung mamak sambil tengok match bola bersama kawan - kawan. Dengan cara ini, kemarahan isteri tu hanyak berpanjangan di rumah dan suami tak kan terdorong untuk marah sekali (siapa yang ego sebenarnya)

           Pernah tak dalam situasi hidup korang, tetiba bf  korang hanya mendiamkan diri, tak mau tegur, dingin, call pun tak angkat. Terus korang jump to conclusion, ni mesti curang ni.?........ . So easy to blame other while you are the one who caused it. Pernah tak korang tanya diri korang, aku ada wat salah ke? aku ada marah dia tak hari tu? Aku ada buat apa - apa yang menjatuhkan air muka dia ke?  (siapa yang ego sebenarnya)

             Jadi kepada wanita, suka aku nak ingatkan yang lelaki yang ego adalah lelaki yang ada perasaan... Terpulang kepada korang nak mendefinasikan ego to macam mana. Jika ego itu diibaratkan perasaan sombong, egosentrik (rasa diri selalu betul) dan hidung tinggi, pastinya insan ego itu gemar menyalahkan orang lain.

SIAPA YANG EGO SEBENARNYA....

p/s :hari ni aku ego sebab hati aku merajuk dengan beberapa insan bergelar wanita.......