again~ lewat ke kelas. Budak - budak kelas mula dah naik muak dengan perangai aku. Ni la masalah aku, kalau tak de jawatan atau any commitment, pastinya aku akan reveal bad sides dalam diri aku. Budak - budak kelas dah penat geleng kepala, apatah lagi housemates yang tak jenuh - jenuh menyindir. Tak pe la, silap aku gak, penyakit tak boleh tido malam.
Lewat kalo lecture tak de tak pe. Aku boleh lupa plak pagi tu ada kelas dengan Dr Mazlan. adoi. memang teruk aku kena, Dr Mazalan relax je, tapi aku la yang malu. hehe. Sorry Doctor, janji tak wat lagi.
erm...Dont know how to start, maybe aku dah mula rasa bosan dengan routine kelas. Mungkin aku tak proffesional, atau mungkin aku rasa cam terlalu senior sampai leh break any rules that i want.
entahlah, yang pasti practicum nnt kena buat betul2. cuba kurangkan kelemahan diri. Well budak - budak kelas aku tau aku jenis cam mana, Even aku selalu malas- malas dalam kelas. dorang still percaya setiap sorang dari kami ada kelemahan dan kelebihan masing - masing. Cuma masalah lewat ke kelas tu, seeloknya tak patut berlaku sebab dah 4 tahun kan bersama. hahaha
ok, practicum jangan lewat. kalo sebulan dulu record aku cantik. tak kan aku tak boleh kekalkan prestasi yang cam dlu kan. A solid ma practicum gua.~
Followers
Tuesday, 17 July 2012
Monday, 16 July 2012
berlakon sebagai guru
Practicum
is around the corner, tinggal lagi berapa hari lagi, gua seorang manusia biasa
perlu berlakon sekali lagi. Sebelum ni sebulan tempoh diberi untuk melatih diri
menjadi seorang manusia boleh dipanggil cikgu, guru ataupun sir. Panggilan yang
acapkali disebut keramat, namun bagi ku, seorang guru pelatih , Ia adalah
tanggungjawab.
Bagaimana
panggilan guru tersebut mengubah personality aku secara vice versa. Kau mungkin
tak percaya manusia seperti aku juga bisa mengajar sebaik mana guru lain. Aku
bisa membangkitkan rasa seronok di kalangan murid, menyemarakkan semangat
mereka dan mengajar mereka erti kehidupan. Seperti mana aku mengajar murid
begitu juga mereka mengajar aku tentang nilai – nilai kehidupan dan apa ertinya
bergelar manusia dewasa.
Soalan
biasa, “ kau mengajar murid sekolah rendah’?”
Ya, jawapanku yakin. Tanpa perlu ada rasa segan mahupun malu, namun
bukan rasa takbur dan riak merajai hati. Tiada beza yang begitu ketara, tiada
satu dasar yang menindakkan kepentingan pendidikan awal manusia di satu
institusi yang dipanggil sekolah rendah. Semuanya hampir sama, mendidik dan
mengajar manusia dari pelbagai cabang ilmu, kemahiran dan nilai agama dan
kemanusiaan. Jadi mengapa perlu rasa
malu jika pelanggan perkhidmatan aku adalah golongan insan yang berumur dalam lingkungan 7 hingga 12
tahun? Anggap ini satu takdir yang dibuat dengan perancangan Tuhan.
Mungkin
aku bukan semulia manusia lain, sering kali aku rasa panggilan cikgu itu
diibaratkan satu gelaran yang berat hendak dipikul dengan bahu. Apa yang kau
rasa sekiranya kau berjalan – jalan ke bandar memakai seluar pendek dan tiba –
tiba seorang anak murid memanggil kau dari jauh dengan panggilan ‘cikgu!!’ dan
percayalah setiap pasang mata masyarakat akan tertumpu pada mu dari atas rambut
hingga ke pangkal lutut. Dan di situ kau tahu bahawa masyarakat sudah mula
menilai mu bukan lagi seorang yang biasa tapi seorang yang dipanggil guru. Sekecil
– kecil kesalahan boleh menjadi sebesar jenayah membunuh kerana seorang guru
telah dilantik masyarakat untuk menjadi model yang baik kepada anak – anak mereka.
Rosak seorang guru, maka rosaklah sebuah genarasi.
Dua bulan
tempoh diberi, lupakan kecermelangan yang lepas. Bukan pointer yang menjadi
taruhan, tapi kepercayaan dan tanggungjawab yang jadi sandaran. Berikan buku
RPH, akan dikarang beberapa skrip drama yang pastinya tiada mesej lain kecuali
mendidik. Berhadapan dengan murid, membina kenangan, baik pahit mahupun manis,
akan ku tempuh setiap detik kerana aku percaya ini jalanku.
Aku bisa
menjadi seorang pelakon, namun aku berharap lakonan ku tidak menyakiti sesiapa. Seperti aku hurai dalam post – post yang lepas, aku seorang guru, juga manusia
biasa, tidak mengimpikan syurga dan tidak bersedia untuk neraka. Mungkin
amalan melalui ilmu yang aku tinggalkan
pada murid aku, kalau tidak banyak, sedikit pun jadilah untuk aku jadi jadikan
alas di padang masyar kelak.
Wednesday, 11 July 2012
semua lelaki punya nafsu
ketahuilah, saya pun mcm lelaki lain, punya nafsu, tapi saya bersabar, dan tundakan keiginan saya terhadap apa yang saya sukai. Saya tak bersedih kerana setiap perkara yang baik pastinya mengambil masa untuk menguji sama ada saya layak atau tak untuk awak. Jadi saya bersabar dan tersenyum kerana Allah tu kan maha penyayang
Sunday, 8 July 2012
Friday, 6 July 2012
ada apa dengan lelaki setia?
Dalam
hidup ni, korang akan mengalami satu perasaan yang dipanggil cinta. Dan
biasanya umur macam aku ni, cinta muda mudi tu perkara biasa. Aku cam korang,
pernah bercinta dan kecewa dan yakni lelaki belajar mengenai sesuatu dari
pengalaman cinta mereka.
Bagi
aku, cinta dan setia ni kadang – kadang satu subject matter yang agak
complicated. Biasa kita dengar, lelaki curang, lelaki tak setia, lelaki hidung
belang, lelaki suka pasang spare part dan macam – macam lagi. Aku toleh kiri,
aku toleh kanan, aku rasa jarang – jarang kes yang dinyatakan berlaku sebab
lelaki tak semua macam tu. Bagi aku, bergantung pada pilihan perempuan tu
tersebut menentukan lelaki apa yang dia inginkan. Jika inginkan terlalu
sempurna, pastinya banyak persaingan dan jika berjaya mendapatkan lelaki yang
dia inginkan, belum pasti hatinya tenang.
Hal
yang ingin aku utarakan dalam isu kali ini adalah mengenai lelaki. Korang
pernah dengar mengenai kisah lelaki setia? Jarang – jarang berlaku? Aku masih
rasa lelaki setia tu masih ada, mungkin wajahnya tak semanis dan sekacak Suami
Irma, tetapi kewujudan golongan lelaki seperti itu ada cuma korang je tak
perasan.
Dalam
seminggu ni, entah apa cerita, dua tiga orang member (lelaki) dok mintak
pendapat aku. Ada dua isu yang biasanya buat lelaki pening kepala, antaranya
girlfriend dah mula nak cari penganti baru, ataupun ex bf kepada girlfriend
(bekas kekasih dah mula mai nak tagih janji lama).
KES YANG PERTAMA ( GIRLFRIEND DAH MULA
MENGGATAL CARI LAKI LAIN DAN SIBUK POST GAMBAR SEKSI KAT FACEBOOK)
Nasihat
aku, awatlah hangpa bodoh sangat, pergilah cari lain, tak usah la dok kalot sangat
sal awek cam tu. Kalau niat hang nak cari awek tuk ringan2 buat main dan
sebagainya, sila stay, tapi kalo niat buat isteri, sila cari lain. Hang tak
tengok ka video ustaz Azhar, wanita yang banyak melayan ramai lelaki tak elok
dijadikan isteri.
Dah sah
– sah dia memang jenis attention whore, hang nak ka bakal isteri kau kaki gila
glamour? Post gambar kat facebook sambil terdedah cleavage pastu tulis kat kat
picture, “awak suka saya tak” . Dan selang 5 minit pastu buat dok status “saya
nak cari suami yang boleh membimbing, bukan yang asyik nak mengurat tapi boleh
ajar tutup aurat”. Damn, dia sendiri post gambar half nude pastu ralat tulis
ayat gitu. Sah – sah dia attention whore beb. Bagi aku, bukan kau je dayus,
ayah dia ngan abang – abang dia pun dayus sebab bagi anak perempuan tunjuk
benda tu kat public (facebook ok).
Ramai
lagi perempuan elok – elok. Hang je dok pulun cari yang lawa padahal cover ngan
tepung je tu. Hang setel sendiri la.
Selang
2 – 3 hari, dia kabor dia da break ngan gf dia, rupanya gf dia dah couple lain
sebelum dorang break….sabarlah neh. Hang laki baik, Insya Allah dapat yang baik
– baik.
KES KEDUA (AWEK DOK LAYAN BEKAS KEKASIH
LAMA)
Aiseh….gua
pernah hadapi masalah ni bro. Meh sini aku kabor. Kita lelaki, jangan sebab
perempuan, kita bergaduh sesama sendiri. Kita tak de hak atas perempuan tu.
Tapi perempuan tu ada hak atas diri mereka sendiri. Kalau mereka seorang yang
jujur, pandai menghargai maruah dan takut kehilangan seorang lelaki yang betul –
betul ikhlas, dia tak kan layan ex dia lebih daripada seorang kawan. Tapi kalau
awek hang lebih – lebih, hang nak buat apa pun tak guna gak. Tinggalkan je.
Kadang
– kadang aku tak paham betul ngan perangai kaum aku ni. Dah jadi ex, tinggalkan
jela. Tak yah dok gatal mengayat balik ex lama yang dah jadi kekasih orang tu.
Tengok aku, once an ex, forever an ex. Aku siap pulun halau depa semua jauh
dari hidup aku. Wat menyemak je.
Selang
2 3 hari, awek dia lari duk ikut ex dia…
KES KETIGA. (EX DOK RAYU BALIK SEMULA
AFTER BREAK DENGAN MAMAT LAIN)
Ok bro,
jangan jadi bodoh. Orang dah pernah buang kita, so kita jangan dok ralat nak
offer diri jadi pengubat luka. Kita sendiri pun tak tahu entah apa mamat tu dah
buat sebelum dia break dengan ex kau kan. Bagi aku, kita jangan jadi anjing,
duk makan sampah yang mahluk lain tinggalkan. Banyak lagi pilihan, tak yah la
mendambakan diri menunggu ex – ex kau. Macam kawan aku cakap, once an ex, the
feeling wont be the same anymore.
Ketiga
– tiga kes yang dinyatakan adalah lelaki – lelaki setia. Dan kesimpulannya
lelaki yang setia adalah golongan yang sering dipermainkan oleh kaum wanita.
Kawan
perempuan aku tanya, kat dunia ni tak de ke lelaki yang setia? Aku jawap “ada,
tapi kaum perempuan sendiri yang memupuskan diorang”....gua berlalu sambil meninggalkan kawan perempuan gua yang tercengang -cengang menerima jawapan camtu.
Tuesday, 3 July 2012
pasar raya vs kedai runcit melayu
Life
diteruskan macam biasa, tiada apa yang baru cuma kewujudan shoping complex
iaitu Tunas Manja dah mula dibuka berhampiran dengan kawasan perumahan
kitaorang. Sebelum ni aku merupakan pengguna yang lebih senang untuk ke kedai
runcit berbanding ke Mydin ataupun Giant di bandar Kuala Terengganu.
Tiada yang lebihnya Tunas Manja berbanding
dengan shopping complex Hock Kee Seng (shopping complex yang berdekatan dengan
rumah sewa aku duduk sekarang. Mungkin kerana promosi pembukaan membuatkan
harga – harga sedikit murah dari segi barang runcit dan produk yang lain.
Persoalan
yang bermain di minda aku sekarang, bukannya megahnya sesuatu kawasan perumahan
kerana adanya sebuah atau lebih shoping complex, tapi nasib peniaga – peniaga runcit
yang biasanya terdiri daripada peniaga Melayu.
Bila
sebut isu kaum Melayu, ramai orang akan bangkitkan isu racist, tapi lebih baik
kita lihat skop ni dari segi kekuatan ekonomi orang Melayu di kawasan perumahan
kita. Berapa banyak kedai – kedai runcit yang sudah lama ataupun baru bertapak
terpaksa gulung tikar kerana kehadiran shopping complex di kawasan kita.
Aku tak
nafikan, lambakan shoping –shoping complex macam tesco, Giant, econsave banyak
memberi impak, sama ada positif ataupun negatif bergantung pada kita untuk
menilai menggunakan kematangan akal fikiran. Antara impak positifnya, pengguna
seperti aku boleh membeli barang –barang keperluan dengan harga yang lebih
murah. Semua sedia maklum, shopping
complex mempunyai keupayaan untuk membeli barang dan produk secara borong. Formula
pembelian borong, lebih banyak dan berat kuantiti yang diambil, maka kos
pembelian akan jadi lebih rendah. Jadi tak mustahil kalau shoping complex boleh
menawarkan harga barang yang lebih murah dengan kualiti yang sama seperti di
kedai runcit.
Semua
benda pakai duit, even ko nak park kereta kau di kawasan bandar, kau dah
dikenakan caj. Dengan hidup yang sentiasa menuntut kuasa kewangan, pastinya aku
memilih untuk membeli barang dengan harga yang murah. Cuma keperihatinan aku
terhadap nasib peniaga runcit mula terkesan bila petang tu aku nak beli 1
barang, iaitu pisau cukur. Mengenangkan hanya 1 barang je nak dibeli, so better
aku pergi ke kedai runcit. Dipendekkan cerita, akak cashier ( owner kedai)
kongsi masalah yang dia hadapi dalam dua tiga hari ni.
Pendapatan
seharian dia sebelum ni tak kurang dari rm 250, tapi sejak kehadiran shoping
complex ni, nak dapat rm 50 sehari pun susah. Dia pun tak nafikan harga barang
kat shoping complex lebih murah kerana dorang mampu borong banyak. Berbeza
dengan kes akak ni, dia menjual barang dengan harga yang sedikit mahal disebabkan
harga borong yang tinggi bahkan lebih tinggi dari dari harga di pasar raya.
Jadi, bagaimana golongan peniaga ini mahu survise?
Aku suka untuk beli barang dengan kos yang
lebih rendah, tapi aku tak nak tengok peniaga – peniaga Melayu ni gulong tikar.
Aku cuba untuk menjadi Melayu yang lebih gembira melihat bangsanya berjaya berbanding
teruja melihat bangsa kita jatuh satu demi satu terpaksa bungkus. Berapa ramai orang Melayu yang sanggup keluar
dari medan selesa dan berusaha mencari rezeki dengan berniaga? Sedangkan kita
orang Islam tahu, 9 per 10 kunci kekayaan adalah dengan berniaga, itukan sunah
nabi.
Aku rasa sejarah yang sama akan berlaku di
tempat aku, banyak kedai – kedai runcit Melayu terpaksa tutup kerana tiada
sambutan lagi bila kehadiran Pasar raya Econsave di Muar dulu.
Sampai bila orang Melayu
majoritinya kerja makan gaji? Lebih senang untuk terima gaji tetap dari majikan
berbanding berniaga sendiri dan sampai bila peniaga dan pengeluar produk
majoritinya bukan dari tenaga Orang Melayu itu sendiri.
Jawapan yang mudah, ramai
orang Melayu macam aku lebih gemar jadi pengguna…..lebih mudah untuk membeli
dengan barang dengan kos yang lebih rendah, dan biasanya terlepas pandang akan
kekuatan ekonomi orang Melayu itu sendiri.
Aku rasa, dalam masa 2
bulan, kedai akak tu akan tutup…..kerana jarak antara kedai runcitnya dengan
pasar raya tidak sampai 500 meter. Dan di saat itu, Orang melayu akan hilang
seorang lagi peniaga..
Subscribe to:
Posts (Atom)


