Followers

Friday, 13 January 2012

sifat mereka yang lahir pada bulan Julai

  • Ada harga dan maruah diri. 











  • Agak pendiam kecuali jika dirangsang.











  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. 











  • Berjiwa sentimental. 











  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. 











  • Jarang berdendam. 











  • Layanan yang serupa dengan semua orang. 











  • Lemah dari segi kesihatan perut. 











  • Membimbing cara fizikal dan mental. 











  • Minta disayangi. 











  • Mudah dan rajin belajar. 











  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus. 











  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet. 











  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. 











  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih. 











  • Pemerhatian yang tajam. 











  • Rajin dalam membuat kerja. 











  • Sangat menjaga hati orang lain. 











  • Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang. Sangat peramah. 











  • Tinggi daya simpati. 











  • Sangat seronok didamping. 











  • Suka duduk di rumah. 











  • Suka mendiamkan diri. 











  • Suka mengenangkan peristiwa/kawan lama. 











  • Suka menilai orang lain dengan pemerhatian. 











  • Suka muhasabah diri. 











  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. 











  • Tak agresif kecuali terpaksa. 











  • Terlalu mengambil berat. 











  • Tidak menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. 











  • Tidak suka benda remeh-temeh.











  • berkemungkinan besar untuk kahwin empat










  • Sumber Asal: Sifat Mereka Yang Lahir Pada Bulan Julai | HASRULHASSAN.COM™
    Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial

    Wednesday, 11 January 2012

    posting oh posting

        Pukul 4.30 petang, kita orang balik dari maktab, sampai sahaja rumah, aku terus campak beg dan pakaian aku atas katil. Aku tak kongsi bilik dengan siapa, sebab bilik aku ni muat – muat untuk aku je. So tak jadi isu lah kalo aku nak berleging ke apa, sebab  duk berkhalwat sorang – sorang.


        Hari ni kecoh pasal isu senior – senior yang telah berjaya diposting untuk mengajar. Alhamdulilah,  lega gak hati bila dengar cerita ni, sebab kalo diorang tak posting macam mahasiswa UPSI, sedikit sebanyak akan menjejaskan peluang aku untuk posting mengajar nanti ( dua tahun lagi).

       Aku lepas tu tengok keputusan penempatan senior – senior di serata Malaysia. Dan macam biasalah, Sarawak menjadi negeri kegemaran untuk Menteri Pelajaran tempatkan guru – guru muda macam kami. Pastu aku review Johor, dalam belas- belas je bilangan guru yang dipost ke sana. 



        Aku mula tongkat dagu, asyik terfikir kemungkinan aku dipost ke Sarawak macam  senior – senior yang lain. Pastu aku teringat pulak cerita seorang senior lelaki yang baru kahwin sebelum diposting ke sana. Kesian, hari ni akad nikah, esok dah kena naik flight terbang ke sana.  Tapi tugas tetap tugas, amanat yang diberi harus digengam rapi agar nasib genarasi terbela dengan keringat seorang guru.

       Aku macam biasalah, back to the old plan, belajar sampai habis, lepas tu tunggu diposting. Bagi sesetengah individu yang mempunyai ijazah Perguruan, diposting tu macam pangilan keramat untuk setiap guru pelatih. Tak yah tunggu lama - lama macam guru – guru UPSI sampai 6 bulan ke atas, tahun lepas tamat pengajian pada bulan 12, bulan 1 tahun depan, dah dipanggil sekolah untuk melapor diri sebagai guru DG 41 ataupun  DG 1 1.



       Bagi guru –guru muda, starting basic gaji pada tahun pertama adalah RM 1925 mengikut skim baru perkhidmatan awam. Tidak termasuk elaun rumah, dan macam – macam elaun lain yang dah cecah RM 700 sebulan. Dan paling mantap, elaun kesusahan hidup mengikut tempat  - tempat di pedalaman. RM 500  paling minimum, maksimum pula RM 1500. Ok, let assume that aku kena posting ke Sarawak,( Kawasan paling rural sekali) pada tahun pertama ( kalo lepas temuduga pengesahan jawatan)

    Rm 1925 + RM 700 + RM 1500 =  RM 4125.

       Banyakkan? Tapi kita kena beringatlah yang dah nama kawasan rural, kesukaran hidup tu pastinya harga yang terpaksa dibayar untuk elaun yang tinggi. Itu tidak termasuk kos penerbangan balik ke semenanjung, kos pengangkutan keluar dari ceruk hutan, naik sampan 2 3 jam semata – mata nak ke Bandar.  Tak de kemudahan internet  dan kemudahan di sekolah di pedalaman pastinya jauh beza dengan sekolah – sekolah di Bandar. Nak tau susah senang pengalaman mengajar di kawasan pedalaman, baca link ni http://duniacikgu.wordpress.com/2010/05/25/cabaran-dan-masaalah-mengajar-di-pedalaman/  .Tapi tak pe, bapak aku dah prepare aku untuk hidup susah. Kalo setakat tidur kat pondok, buka hutan jadi kebun, tanam pokok sawit, semua tu aku dah buat dengan budak indon sejak umur aku 13 tahun.





       Kalau diberi pilih, aku lagi rela posting ke Johor. Kenapa? Sebab aku  banyak tanggungjawab kat sana. Maksud aku, keluarga aku, biznez keluarga dan asset – asset yang perlu dijaga. Aku ada dua orang adik lelaki, tapi dah rezeki  Tuhan bagi, adik aku dua orang ni tak secerdas macam orang lain. Dah nama pun abang sulung, aku kenalah bertanggungjawab atas dua adik ni. Sampai bila abah aku nak jaga diorang. Dah tiba masa aku bawak peranan aku sebagai pelindung, bukan lagi dilindunggi oleh abah.

       Kalo setakat elaun,  aku rasa, income aku buat penternakan lagi banyak…seriously,  aku nak tolong abah uruskan penternakan, ladang kebun abah aku. Sebelah pagi, aku buat tugas aku sebagai guru, sebelah petang dan malam, aku jadi penternak.

       Mungkin orang akan judge aku, ko ni materialisitik la bro. Seriusly, ko betul,  tapi kurang tepat. Aku realistic person. Setiap aspek aku ambil kira baik aspek kebendaan dan rohani. Aku bersyukur sebab terpilih sebagai guru pelatih, dan kalo dikira – kira sepanjang 3 sem foundation dan 4 sem degree yang masih lagi berbaki 4 sem, aku dah habiskan elaun (duit rakyat) sebanyak RM 24,100 dalam masa 3 tahun ni. Masih ada baki lagi rm 16,000 untuk baki 4 sem.

        So kesimpulannya seorang guru pelatih telah ditanggung oleh Menteri Pelajaran melalui pemberian  elaun sebanyak RM 40, 000 secara jumlah kasar untuk pengajian satu tahun setengah  dan empat tahun untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Bagi aku, adalah menjadi tidak adil jika korang merungut bila kena posting mengajar ke kawasan pedalaman.


     Dan jika korang pikir – pikir balik, berapa juta duit rakyat telah diperuntukkan untuk mengeluarkan satu batch dari 27 buah IPG di Malaysia. Dan duit – duit tersebut adalah hasil cukai rakyat. Rakyat yang terdiri dari pelbagai lapisan, lapisan golongan atasan, pertengahan dan bawahan mengikut tahap gaji mereka. Untuk mereka yang telah banyak menyumbang, tidak sepatutnya aku merungut sekiranya aku diposting mengajar  ke tempat asing, kerana selagi roh dikandung jasad, selagi itu jasa ditabur sedaya yang boleh,

       Secara jujurnya, aku rela diposting ke mana –mana, Sarawak or sabah, or mana – mana kawasan pedalaman di Malaysia untuk membalas budi masyarakat. Orang berbudi, kita berbahasa, tapi menjadi orang yang berbudi lebih mulia dari jadi orang yang merasa.  So to Kementerian Pelajaran, postinglah aku ke mana korang nak, bring it on. 



    Tuesday, 10 January 2012

     9 Januari 2009, aku kat maktab macam biasa, buat kerja aku sebagai student a.k.a guru pelatih. Sem ni turn aku jadi ketua unit, so menjadi tanggungjawab aku untuk tunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada anak – anak buah aku ( rakan sekelas).

    Aku mula belajar bangun awal, pukul 6.30 setengah tu aku pastikan aku dah siap mandi dan solat subuh. Thanks to housemates, Zairul, Luqman,  Zakwan dan Hamdan terutamanya yang tak pernah jemu – jemu tegur kelemahan aku. Alhamdulilah, dalam beberapa tahun ni, korang banyak berkorban untuk tengok kawan korang sorang ni sujud balik pada Allah.

    Pukul 6.50 gami biasanya aku dengan kawan – kawan serumah dah siap pakai baju yang menunjukkan kami ni seorang guru pelatih dan kita orang akan pergi ke maktab naik kereta MYVI Zakwan.  Pukul 7.00 singah satu gerai ni, bersarapan sikit kuih – kuih dan minum milo pekat panas .

    Tak sampai 10 minit, terus gerak ke maktab,.kul 7.30 pagi, perhimpunan pagi macam biasa, aku buat peranan aku sebagai Ketua Unit, amik sebarang note yang mungkin melibatkan kelas. Pergi kelas, jumpa kawan – kawan, bergembira selagi boleh, gelak tawa, pastu lecture masuk semua orang senyap dulu (termasuk aku). Kalo ada sesetengah subjek yang aku tak suka,  aku akan buat muka mengantuk dan tertidur….tapi kalo kelas tu happening, mungkin faktor lecture tu suka buat lawak, aku la mahluk tuhan yang suka ketawa berdekah – dekah,  dan time tu baru aku teringat, yang aku ni seorang Ketua Unit, imej kena jaga….

    Pukul 1.15, balik dari maktab, singgah beli makanan kat gerai biasa, Nasi putih dengan lauk ikan keli sambal bersama sayur goreng. Memang itu makanan ruji aku kat sini. Sampai rumah dalam 1.45 pm. Aku akan pastikan aku solat Zohor dulu baru makan. Tak sedaplah solat time perut tengah buncit, nak rukuk tu rasa senak je.

    Pas makan, aku tak tidur. Bukak la facebook kejap, pastu tengok – tengok aktiviti apa yang perlu ketua unit buat untuk sem ni. Cuba tengok gambar kelas. Nilai seorang demi seorang, tengok kekuatan setiap ahli, buat list, dan kemudian baru aku cuba suaikan kedudukan/ jawatan setiap ahli dalam ahli jawatan kuasa program.  Bapak aku ajar, kalau nak jadi ketua, jangan jadi ditaktor, amalkan sisitem khalifah, bukan demokrasi…Aku pelik, apa yang dimaksudkan dengan sistem khalifah? Apa bezanya dengan sistem demokrasi yang kita amalkan?

    Bapak aku hulur aku satu novel, ‘FAJAR SENJA’ (aku lupa siapa penulisnya) .Ni bukan novel cinta, tapi novel yang berkisar sirah – sirah nabi, dari awal pemulaan nabi Muhamad jadi kanak – kanak sehinggalah baginda wafat semasa menjadi rassul. Dan kemudian sahabat – sahabat nabi yang amik alih jawatan sebagai pemimpin umat Islam ketika itu. Dari Saidina Abu Bakar, kemudian Saidina Umar Al Khatab, diikuti oleh Saidina Uthman Affan dan Saidina Ali Abi Talib. Memang seronok aku baca buku ni. Perasaan kagum aku pada sifat leadership yang ada pada Nabi Muhammad dan sahabat – sahabat nabi yang lain. Baginda dan sahabat - sabahat lebih pentingkan kebajikan orang lain berbanding diri sendiri. 

    OK, Dah masuk waktu asar, siap – siap nak solat asar. Ada masa sambung lagi…..


    aku harap sangat sem ni aku dapat pimpin diri sendiri, pimpin iman, pimpin hati, pimpin amal ibadat aku menjadi lebih baik, dan tak  lupa juga mereka di atas ni. Korang banyak memimpin aku, tiba masanya aku balas jasa korang dengan sedaya upaya aku....Aku pohon Ya Allah, hidupkan sahabatku dengan iman dan matikanlah mereka dalam iman. Kau redhailah setiap amal ibadat mereka dan janganlah kau uji kami akan sesuatu yang kami tak mampu dan janganlah kau tarik hidayah yang Kau beri pada kami sesudah Kau berikan kami segala nikmat iman. Sesungguhnya semua atas keredhaan mu Ya Allah. Aku hamba Mu yang lemah lagi hina...hanya sujud pada mu ketika aku dilanda kesedihan tapi melupakan setiap perintah Mu di saat aku dalam kemewahan. ampuni diri ku Ya Allah, banyak hamba Mu yang telah ku saktiti termasuk diri ku sendiri, kasihanilah diri ku Ya Allah, sesungguhnya aku terlupa akan janji - janji ku sewaktu kau tiupkan roh aku dalam jasad seorang bayi. ampuni ku Ya Allah.........

    Monday, 9 January 2012

    Wahai yg engkau, ku rindu,, engkau mungkin sdh tidur, atau engkau masih menatap langit2 rumah brsma khyalan dlm rasamu... Lelahkah engkau dlm menantiku,, akupun lelah dlm menanti harapan dari rahmat-Nya Illahi robbi.. Tetapi buat apa lelah di jadikan alasan untk brhenti dlm brsabar.. Kita kuat pun karena-Nya, kita mampu pun karena-Nya. Teruslah brharap di stiap do'amu, akupun snantiasa brusha dlm sgla kbaikan-Nya. Kita hanya brusha dlm ketulusan hati kita, kita ikhlas untk sgla khendak-Nya, dan kita smga brsabar untk harapan kita.” Wahai yg ku rindu, tidurlah... wl dlm mimpi skalipun smoga kita brtemu, dan brlanjut saling merindu di spertiga malam diantara mengagungkan asma-Nya, dlm sujud mengharapkan kemuliaan-Nya

    Saturday, 7 January 2012

    mengurus dan mengumpul kekayaan, salahkan di sisi Islam?

             Lu kumpul duit banyak – banyak buat ape? Bukan boleh masuk kubur pun, bapak ko mati pun tingal duit atas muka bumi, camtu gak ngan ko nanti. Islam tak pandang la harta benda ni, yang penting hati’ Buat apa kumpul harta banyak – banyak, susah nak masuk syurga nanti


             Itu antara ayat – ayat sopan yang sering aku terima bila aku menegur beberapa individu mengenai pengurusan kewangan mereka. Relax lah, Allah tak pernah menilai darjat manusia akan seberapa banyak harta benda yang kita ada, tapi takwa pada Tuhan tu yang menentukan darjat seseorang hambaNya .


           Aku sendiri percaya bahawa setiap rezeki di muka bumi ni sebenarnya tiada nilai di sisi Allah. Kenapa aku cakap macam tu? Kalo semua harta benda kat dunia ni tinggi nilainya di sisi  Allah, sesungguhnya tiada sedikit pun, mahupun secebis rezeki Allah akan beri pada orang yang ingkar akan perintahNya. Dan aku pasti orang – orang kafir pastinya hidup merempat,  walaupun mereka berusaha bermati - matian sekiranya rezeki dan nikmat di dunia tinggi nilainya di sisi Allah. Tapi macam aku cakap tadi, semua harta, rezeki dan nikmat kemewahan di dunia ni sebenarnya tidak membawa nilai apa – apa kepada Allah, dan oleh kerana Allah tu Maha Pemurah, diberikan semua nikmat kemewahan harta kepada semua manusia , walaupun kepada orang kafir sekiranya mereka berusaha .


              Dunia dan akhirat perlu seimbang, sebab tu aku sebagai insan yang baru nak belajar hidup, perlu sedar yang pengurusan kewangan (hal dunia) tu penting supaya urusan akhirat aku nanti tidak dipengaruhi dengan hal – hal dunia yang tak setel. Sejauh mana kita lari, sejauh mana kita cuba hindari hal – hal yang melibatkan pengurusan kewangan, selagi tu la dunia akan menguasai kita.


            Baru – baru ni aku baca Majalah Gen Q. GENERASI AL QURAN KREATIF. Volume 1, ISU 3. Memang mantap tulisan Hafiszi Othman mengenai hikmah pengurusan kewangan dalam Islam.



           Kalau aku kaki plagiat, mungkin aku akan copy paste apa yang dia tulis dalam majalah tu dan letak dalam blog, lepas tu mengaku segala yang ditulis hak aku. Tapi aku ada falsafah aku sendiri. So aku ringkaskan apa yang baca dalam penulisan beliau yang sebanyak dua helai. Tulisan dia ringkas, padat dan kemas penyusunan isi. Secara overall. Isi yang disampaikan juga mesra pengguna, boleh dihadam dengan mudah dan cara penulisan menunjukkan penulis ini mempunyai perasaan humble ketika menulis dan bermatlamat untuk menyampaikan maklumat berunsur nasihat kepada pembaca dan bukannya berniat untuk bermegah – megah dengan ilmu yang ada.


           Apa yang boleh aku tulis kat sini, hikmah pengurusan kewangan dalam penulisan beliau
    Mengapa saya mesti mengurus wang


    1.              Supaya saya mendapat lebih banyak rezeki – mengurus adalah tanda bersyukur kepada nikmat. Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7,, Jika kamu bersyukur, maka Allah akan tambah lagi nikmat Ku. Dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab ku sangat pedih.


    2.           Supaya Allah lebih sayang – mereka yang menguasai wang menguasai hidupnya. Kuat dirinya dan keluarganya. Bina ummah disenggani manusia dan disayanggi Allah. Sabda Rassullah S.A.W dalam riwayat Muslim yang bermaksud “Mukmin yang kuat lebih baik dan dicintai Allah daripada Mukmin yang lemah”.

    3.         Supaya cepat bebas kewangan – bebas kewangan beerti saya mempunyai masa saya sendiri untuk urusan akhirat

        Letak tangan kat dada, pastu ikrarkan saya bebas kewangan/ saya bermula awal/ Allah sayang saya sebab saya menguasai wang saya.

    Sumber: Hafiszi Othman (2012) ‘Apa yang ditunggu lagi”Majalah Gen Q. GENERASI AL QURAN KREATIF. Volume 1, ISU 3.storm reader. Sdn. Bhd

    Nak baca selanjutnya, pergilah beli kat kedai – kedai majalah, kalo novel ombak rindu tu boleh layan 2 3 kali, setakat majalah ilmu yang berharga rm 7 pun nak lokek ke?

    Friday, 6 January 2012


    lepas solat magrib, belajar ngaji ngan luqman sat ( thank u luqman)  pastu bukak fb, layan chat ngan biz kain dan tudung  si azian a.k.a bakal akak ipar (wakaka), then tetiba ternampak satu status seorang ustazah maktab, sekali je aku baca, terus menusuk ke hati
    huu...kenapa ustazah muda begitu pandai menduga hati gua. benci2. 

    "Air mata lelaki lebih berharga daripada air mata perempuan kerana apabila lelaki menangis, itu bermakna dia sangat sayangkan perempuan yang telah pergi dari hidupnya dan apabila lelaki menangis , lelaki itu memang maksudkannya ... bukan senang nak buat lelaki menangis" ...

    perpisahan dengan perempuan yang bukan milik ku tidak akan membuatkan diri ku sunyi kerana aku pasti Allah telah mengatur segalanya untuk diri ku.








    damn, bakpe aku jiwang sangat sebulan dua ni


    Thursday, 5 January 2012

    Aku baru sampai IPG 4 haribulan 2012 pukul 3. 30 pagi. Malam tu serius aku tak boleh tidur dalam bus, pejam la macam mana pun, memang otak aku akan kata, jangan tido ! jangan tido!



    Aku rasa aku dah cakap kat akak kaunter tu yang aku nak single seat, tapi akak tu boleh bagi seat sebelah menyebelah. Dah malam tu 7 jam aku punya seat sebelah awek UMT (sebab aku nampak file dia ada logo UMT) . Aku rasa nak tukar seat, tapi apakan daya, semua seat penuh, ade sekali tu aku ofter nak tukar seat aku dengan seat single perempuan, tapi dia pun cam tak layan je. So malam tu aku terpaksa duduk sebelah menyebelah dengan awek yang aku pun tak kenal sape.


    Aku amik beg laptop aku, buat divider antara seat aku dengan seat awek tu.  Malam tu bermulalah adegan aku menjadi burung hantu, cuba untuk tidak tidur, sebab awek sebelah ni bukan muhrim kan. Kang dia pergi bantai lentok kat bahu aku, aku plak pergi bantai lentok kat dahi dia, jadi fitnah pulak nanti. Maklumlah tengah tido, apa la sangat iman time tu, dah la dalam gelap,  dilayan pula cara pemanduan bas yang kejap ke kiri kejap ke kanan, tu belum lagi aku kira hawa dingin bus yang sejuk macam freezer.


    Malam tu, aku bertahan dan terus bertahan, cuba untuk mempertahankan kesucian aku dari perempuan yang aku tak kenal dengan mengawal sendiri iman. Falsafah hidup aku satu je,  biarlah jahat cam mana pun, janji jangan sentuh anak dara orang.


    Dan akhirnya sampai juga aku ke Terengganu, dan masa aku keluar dari bus, aku tengok awek UMT tu tersenyum, mungkin sebab dia nak terima kasih sebab aku kejut dia dalam bas tadi, kang tak kejut, sampai Kelantan pulak cik saudari ni nanti.


    Aku amik teksi, balik rumah sewa, call Hamdan suruh bukak pintu, pukul 4. 00 pagi, aku tengok bilik aku dah macam tongkang karam. Dengan anai – anai yang sedang syok bersarang dekat buku - buku lama,  anak- anak tikus yang comel berwarna pink tengah syok baring kat baju yang telah digigit oleh si mak tikus. Maka bermulah tugas aku sebagai cleaner shift malam


     Pukul 6.15 pagi, aku mandi pastu solat subuh, niat dalam hati, tahun ni aku nak jaga solat aku. Aku tak nak sebab aku, housemates aku pun dapat dosa sebab fardu ain sendiri.


    Pukul 8.00 pagi, bermulalah tugas aku sebagai ketua unit. Cuba menjadi  individu yang kononnya mampu memimpin semua orang dalam kelas…..tu je untuk permulaan awal sem ni, ooo, lupa plak, pointer aku sedikit jatuh lagi sem ni. PMGT aku 3.65…..well sem lepas banyak problem peribadi, tapi x pe, jangan jadikan alasan, cuba jadikan kekuatan dan cabaran. Insya Allah akan berjaya.