Jam menunjukkan 2.12 pagi. Aku tengok housemate aku semua yang lain dah tidor, kecuali Luqman, dia memang suka berjaga malam. Aku baru lepas kemas peralatan seni aku. Penat beb amik course dalam bidang seni even dalam education sekalipun. Apa yang budak - budak fine art buat di universiti, aku di IPG pun kena buat benda yang sama. Cuma disebabkan bidang aku lebih kepada arah Pendidikan, bukannya pengiat seni, maka hasil karya aku pun sekadar surface.
ok, tu pembuka bicara pada malam ni. Tak de ape pun aku nak kongsikan kat blog ni. Benda yang aku nak cerita adalah lebih kepada luahan perasaan dan emosi seorang lelaki.
Berumur genap 21 tahun, adalah satu nikmat yang Allah bagi kat aku, Sepanjang usia tersebut, dah 3 orang gadis yang aku anggap istimewa selepas mak aku dan adik- adik perempuan aku.
Istimewa yang aku highlight kat sini bermaksud seorang yang aku sayang lebih dari seorang kawan. Alhamdulilah, aku tau aku sekadar lelaki yang biasa biasa, pendidikan agama pun tidak setinggi mana, nak kata baik, jauh sekali. Selalu buat dosa dan sebagainya (tiada apa yang dibanggakan). Tapi sampai ke hari ni, aku rasa Allah dah pertemukan aku dengan gadis - gadis yang baik. Dari segi perwatakan, agama dan sikap.
Aku ramai kawan perempuan, dari tomboy hinggalah seseorang yang layak digelar ustazah.Mungkin sebab aku kurang bergaul dengan budak - budak lelaki waktu sekolah dulu menyebabkan aku berkawan dengan perempuan ( aku bukan lelaki lembut).
Start dari situ, aku jadi tempat luahan masalah, yang kadang - kadang nasihat yang aku beri secara spontan pun dorang anggap sebagai penguat semangat. Bermula dari situ, aku mula kenal satu persatu perangai perempuan, ada yang lemah lembut, ganas, garang, bijak, tak yakin pada diri sendiri, kuat cemburu dan sebagainya.
Tapi antara ramai - ramai tu, hanya tiga orang ni saja yang mampu buat keegoan aku runtuh. Cinta pertama aku start dari tingkatan 3, kemudian tingkatan 5 dan terakhir ketika aku berumur 21 tahun. Macam aku cerita sebelum ni, ketiga - tiga gadis yang aku kenal adalah wanita yang baik - baik. Persahabatan istimewa yang terjalin pun hanya sekadar perjumpaan yang boleh dikira dengan jari ( cinta jarak jauh) dan alhamdulilah hingga kini aku yakin dan aku pasti aku tak pernah bersentuhan kulit secara sengaja gadis yang aku sebut tu.
Mungkin sebab aku tak cukup berani nak buat dosa antara dua jantina yang berlainan dan aku takut kelakuan aku tu akan menyebabkan akibat yang buruk pada adik - adik perempuan aku nanti. MINTAK SIMPANG.......amin.
Kadang - kadang, aku hairan kenapa Allah mempertemukan dua insan yang bercinta tapi akhirnya insan tu berpisah. Kalo aku 5 tahun lepas ( 15 tahun) aku akan cakap, dia tak setia la, curang la, bla. bla . bla. Egosentrik aku sangat kuat ketika tu, so daya untuk menyalahkan orang lain adalah menjadi keutamaan bagi budak - budak lelaki yang putus cinta.
Selepas aku dah meningkat dewasa, barulah aku tau, yang Allah mempertemukan dua insan ini supaya manusia sedar bahawa mereka mempunyai perasaan sayang terhadap orang lain. Sengaja Allah temukan lelaki dan wanita, untuk mereka sedar bahawa naluri mereka tidak songsang. Allah mengehadkan batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan kerana Allah lebih tahu jiwa dan nafsu hambaNya. Baik lelaki atau perempuan, jika nafsu menjadi ikutan akhirnya dada dada akhbar dipenuhi dengan berita penjumpaan mayat bayi yang lengkap ataupun separuh lengkap selepas dijamah anjing, burung gagak, dan semut -semut sampah. Tu yang dijumpai, yang gagal ditemui?
Dan sengaja Allah memisahkan dua insan ini untuk kebaikan yang pastinya susah untuk manusia melihat hikmahNya dengan mata fizikal semata - mata.
Mungkin kerana hubungan ini akan mendorong kita melebihi batas sepatutnya
Mungkin kerana kita masih lagi tidak bersedia zahir dan batin
Mungkin kerana kita masih ada tanggungjawab lain yang lebih mustahak untuk dilunaskan
Mungkin kerana dia bukan jodoh kita..........
Dan pastinya Allah lebih Maha Mengetahui
Aku terima suratan dan takdir jika insan yang aku sayang bukan jodohku.
Aku rasa cukup dengan tiga gadis telah dipertemukan dalam hidup ni, aku mengenal kasih sayang seorang wanita terhadap lelaki yang mereka sayang.
Kepada ketiga - tiga gadis tersebut, terima kasih kerana mendewasakan saya. Saya pasti saya dah banyak buat silap, buat kamu sedih, risau, dan rindu. Saya mintak maaf atas kekasaran, keegoan, kedegilan dan kesedihann yang pernah saya lemparkan pada hati kamu yang lembut dan suci
Mungkin bukan jodoh kita buat masa kini, dan mungkin jodoh kita dengan orang lain. Saya mendoakan awak bertemu lelaki yang jauh lagi baik dari saya. Dan bila dah jumpa penganti, jagalah dengan elok.
Insya Allah , demi masa depan, saya akan berusaha untuk berubah Tapi percayalah yang bila saya dah bekerjaya, da bersedia dengan ilmu agama, dan mungkin jodoh saya antara kamu bertiga ataupun orang lain, saya akan masuk meminang secepat mungkin ( aku terpaksa tangguh impian ladang kuda aku)
buat masa sekarang ni, biarlah menyendiri, kerana aku pasti, jika umur aku panjang, akan ada jodohnya nanti.